Posts

Image
JEMPUTAN SAMBUTAN HARI LEBAH SEDUNIA 2022 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 bertema "Kelestarian Lebah: Pencetus Biodiversiti, Pemangkin Ekonomi". Maklumat Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 adalah seperti berikut: Tarikh : 20 Mei 2022 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Auditorium Rashdan                 Baba, Bangunan TNCPI,                 UPM Pendaftaran: https://forms.gle/F2JvKVRZJL4cJTxp9 Kesudian Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan menyertai Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.  Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 ini adalah terbuka kepada semua.  Sekian, terima kasih #HariLebahDunia  #SelamatkanLebahKita  #KelulutMalaysia  #Amalkan...

Pusat Pemprosesan Madu Inderapura tersohor di Kuantan

Image
  Pusat Pemprosesan Madu Inderapura Kuantan Pusat Pemprosesan Madu Tersohor Kuantan Pahang sememangnya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan khazanah hutan dan eko pelancongan. Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini memiliki segala macam tarikan pelancongan dari tanah tinggi hinggalah ke pantai yang indah. Ibu negeri Pahang, Kuantan, tidak kurang juga hebatnya. Banyak tempat tempat menarik yang boleh anda lawati. Sekiranya anda bercuti di Kuantan dan tertanya-tanya di manakah tempat untuk mendapatkan madu kelulut yang terbaik untuk dijadikan cenderamata kepada yang tersayang? Kami cadangkan anda pergi ke Pusat Pemprosesan Madu Inderapura di Kuantan Pahang. Apa yang menarik di sini? Lokasi Pusat Proses Madu Pusat Pemprosesan Madu Inderapura yang terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura Kuantan, KM 13 Jalan Kuantan-Pekan merupakan pusat pemprosesan madu di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang telah mendapat pensijilan ...

Khasiat Madu Kelulut

Image
Anugerah Alam Semulajadi/ Gift from Nature Beetoq Madu Kelulut ialah anugerah alam semula jadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan serta antipengoksida semula jadi. Fakta Am Madu Kelulut:- Madu Kelulut mengandungi kandungan lembapan sehingga 35% dan ianya tinggi berbanding madu lebah iaitu 25%.  Madu kelulut mempunyai nilai pH 3.15-6.64. Ini menyebabkan madu kelulut bersifat asid dan mampu menyekang pembiakan bakteria dan kulat. Madu Kelulut mempunyai kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) yang rendah pada madu mentah. Madu Kelulut mempunyai kandungan penurunan gula (reducing sugar) Fruktose dan Glukose antara 60-75%. Manakala Sukrose dan Maltose dalam peratusan yang sangat rendah. Madu Kelulut mengandungi sehingga 14 mineral tetapi kandungan mineral yang paling banyak dikesan adalah Kalium, Natrium, Calsium & Magnesium. Madu Kelulut mengandungi Fenolik As...

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut

Image
Kandungan roti lebah/ beebread kelulut Roti Lebah terhasil daripada frementasi sari bunga pollen dan nekar dalam kantung simpanan. Ianya sangat berkhasiat dan   Komposisi utama roti lebah adalah seperti berikut: Enzim, lakto ferment dan yis yang memainkan peranan penting dalam metabolisma sel Kandungan asid amino yang tinggi dan mudah diserap oleh badan Antioxidant - flavonoids (polyphenols) yang sangat membantu dalam pengedaran darah Asid lemak - Omega 6 dan Omega 3 Phytosterols yang boleh menurunkan kolesterol dan membantu prostate berfungsi dengan baik. Bahan anti bakteria semula jadi Vitamin seperti Pro Vitamin A, B Kompleks, C dan E Garam mineral seperti Zink, selenium, kalsium dan besi. Harga produk Beetoq kelulut Kod Produk : BB50g Nama Produk : Beetoq Beebread/Roti Lebah 50g Harga Jualan SM : RM59.00 Harga Jualan S&S : RM69.00 Potensi Beebread  kelulut Produk ini sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif sepanjang masa. Sesua...

Roti Lebah aka Beebread Kelulut

Image
BeeBread atau Roti Lebah Sebagai penternak kelulut, selain daripada penghasilan madu sebagai produk utama, kelulut juga menghasilkan Roti Lebah ( Beebread ) yang mempunyai pasaran yang tersendiri.   Beebread dihasilkan daripada Pollen yang merupakan serbuk sari jantan pada bunga yang juga dikenali sebagai sumber makanan paling sempurna   dan berkhasiat dari alam semulajadi kerana mempunyai lebih daripada 200 jenis nutrisi di dalamnya, yang semuanya diperlukan oleh tubuh. Bee pollen kaya dengan protein (kira-kira 40% protein), asid amino bebas, vitamin, termasuk B- kompleks, dan asid folik dan ianya adalah lebih kaya dengan protein daripada mana-mana sumber haiwan. Ia mengandungi asid amino lebih daripada daging lembu, telur, atau keju yang sama berat. Kira-kira separuh daripada protein adalah di dalam bentuk asid amino bebas yang sedia untuk digunakan secara langsung oleh badan. Ia datang dari serbuk sari yang mengumpulkan pada tubuh lebah. Bee pollen juga terdiri dari...

Keperluan Pengawalan Kandungan Kelembapan dalam Madu Kelulut

Image
Kandungan Kelembapan Kandungan Kelembapan yang ada dalam madu kelulut adalah sangat tinggi dan bergantung kepada musim/cuaca persekitaran. Secara puratanya antara 28%-35%. Ada para penternak merekodkan kandungan kelembapan mencatatkan sekitar 40% pada musim hujan atau tengkujuh. Kandungan Kelembapan yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini berlaku:- Frementasi madu berlaku yang akan menyebabkan madu membuak apabila penutup botol dibuka. Botol madu pecah disebabkan tekanan gas yang tinggi. Madu kelulut menjadi terlalu masam Warna Madu menjadi semakin gelap Mendakan pada permukaan madu terhasil Masalah inilah akan menjadikan madu penternak sukar untuk dijual dan disimpan dengan lama. Oleh yang demikian, pada penulisan kali ini saya akan memberikan keadah yang digunapakai untuk mengurangkan kadar kelembapan dalam Madu. Kaedah asas pengawalan  kelembapan(air) didalam madu : Menggunakan sistem double Boiler di bawah suhu 30 Degree Celcius (Codex inte...

Proses Tuaian Madu

Image
Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu. Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan. Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:- Pakaian yg bersih Sarung Tangan dan penutup mulut Pum Penyedut Tong Madu  Alat Penapis Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih m...

Pure Honey vs Fake Honey

Image
How to differentiate Pure Honey & Fake Honey Hopefully our readers can easily understand for the pic above. Kalau perlukan maklumat lanjut, kita bercerita menerusi ruangan komen ya.. Soalan yang menarik akan kami berikan sepacket madu stick keluaran kami. Berminat membeli madu kelulut asli secara runcit atau pukal.. sila hubungi 0139205789 atau layari www.maduplus.com #MaduPlus

Serangan BSF - Update

Image
Telah lama tidak bercoretan dalam ruangan ini. Apabila buka menu komen, terdapat banyak komen yang tidak terjawap. Antara banyak komen-komen para pelayar blog ini, saya tertarik dengan permintaan untuk saya menulis sambungan mengenai serangan Black Soldier Fly, BSF yang telah mengegarkan seluruh industri kelulut di tanah air sekitar tahun 2016-2017. Memang serangan BSF adalah antara serangan haiwan perosak yang amat berbahaya kepada industri kelulut tetapi bukan BSF sahaja yang menjadi punca kemusanahan koloni kelulut. Serangan Kumbang Pollen juga menjadi antara punca utama di samping cuaca kemarau panjang yang berlaku telah melemahkan koloni kelulut dan seterusnya mendedahkan kepada serangan haiwan perosak ini. Saya akan membicarakan mengenai serangan kumbang pollen dan cuaca pada entry yang lain di masa depan. Pada Entry ini, saya akan menumpukan penulisan mengenai serangan BSF. BSF, Up Close & Personal Inilah rupanya BSF. Berikut adalah definasi BSF mengikut WIKIPEDIA....

PUSAT MEMPROSES MADU INDERAPURA KUANTAN PAHANG

Image
Setelah puas menanti dan menempuhi sesi temuduga, akhirkan syarikat kami trlah diberikan hak untuk mengoperasikan Pusat Pemprosesan Madu Inderapura, Kuantan. Pusat yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang ini terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura, KM13 Jalan Kuantan-Pekan menempatkan mesin pengeringan madu, pusat penyimpanan madu, pusat Jualan dan Pejabat Operasi. Pusat ini Masih dalam proses awal pengoperasiannya. Mesin Pengering Madu yang dibekalkan masih perlukan memerlukan proses naik taraf bagi mempercepatkan proses pengeringan yang pada masa kini memerlukan 24jam pengoperasian tanpa henti. Persoalan disini.. Kenapa madu perlu dikeringkan? Mohon berikan jawapan anda dalam ruangan komen. Kepada mereka yang dapat menjawap dengan tepat, kami akan hadiahkan 1 pack madu stick. Persoalan seterusnya.. Apakah proses pengeringan Madu yang ada diamalkan oleh para pengusaha Madu?

Cabaran Penternakan : Pagar Elektrik Keselamatan

Image
Pagar Elektrik Keselamatan Setelah mencuba pelbagai petua yang telah dikongsikan kepada kami seperti pemasangan spotlight, pasang unggun api, pasang ubat nyamuk dan pasang perangkap yang diuruskan oleh PERHILITAN Pahang, akhirkan pihak kami terpaksa akur dengan keperluan memasang pagar elektrik keselamatan. Setelah berhabisan duit dan tenaga, maka pagar elektrik kami telah siap dipasang dan diuji tahap pengoperasiannya. Walaupun pengetahuan mengenai pemasangan dan pengoperasian pagar elektrik kosong pada mulanya. Berkat kesabaran bertanya kepada ramai orang dalam Group Kelulut Pahang, maka supplier peralatan yang berpatutan telah kami jumpai dan berurusan dengan jayanya. Beliau tidak lokek memberikan khidmat nasihat secara jarak jauh menerusi aplikasi wassup.  Pihak kami menantikan masa yang sesuai untuk memindah masuk log kelulut di lokasi asal. Pada masa ini operasi pemindahan terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan cuaca yang tidak menentu. Hujan merupakan pen...

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang Siri 3

Image
Pembinaan Pagar Elektrik Setelah mendapati cadangan Pihak Perhilitan tidak berjaya menyekat "Lawatan Tapak" oleh En Beruang, maka kami telah memindahkan ke semua log ke lokasi selamat yang baru buat sementara. Pembinaan pagar elektrik telah kami mulakan dengan penanaman tiang konkrit di setiap sempadan Ternakan. Pekerja Kami yg berdedikasi Kalo tengok badan keding je, tp steady je angkat tiang 4x4 naik bukit 40 btg 40 batang tiang konkrit siap dipasang dalam masa 2 hari sahaja untuk keluasan kawasan 0.5 ekar. Next adalah pembelian Energizer, Insulator, Dawai, Earthing Rod etc. Semoga perangcangan ini berjalan dengan sempurna dan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Doakan kami.

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang Siri 2

Image
Perhilitan Pahang : Ops Beruang Berdasarkan lawatan tapak 2 minggu yang lalu, pihak perhilitan ada mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secara sementara bagi menghindarkan kehadiran si beruang matahari ini. Antara saranan Perhilitan adalah penggunaan spotlight, pembakaran ubat nyamuk dan pemasangan lampu warna warni. Pemasangan ubat nyamuk hanya mampu bertahan selama 2 hari sahaja. Ini kerana faktor cuaca dan ubat nyamuk yang dipasang. Hujan akan memadamkan ubat nyamuk tersebut dan juga bau yang dihasilkan. Keadaan bukit yang kuat berangin akan mempercepatkan pembakaran ubat nyamuk. jadi x sempat hari nak cerah, ubat nyamuk dah abis terbakar. kesan bau ubat nyamuk akan hilang dengan cepat. Maka cik beruang masih juga datang bertandang. Akhirnya laporan dibuat kepada Perhilitan Pahang dan hari ini mereka datang membawa perangkap untuk memerangkap beruang tersebut. Si Beruang sekiranya tertangkap akan dipindahkan ke hutan yang lain. Kami share kerja-kerja pemasangan ...

Pum sedut madu, baju lebah dan topi Lebah

Image
MaduPlus Mart menawarkan penjualan Topi Lebah dan Baju Lebah yang boleh digunapakai semasa proses pemasangan kotak topping dan penuaian madu. Baju Lebah : RM49/pcs Topi Lebah : RM19/pcs Pihak kami juga ade menjual PUM MADU set Lengkap yang sedia digunapakai terus diladang. Ini kerana set lengkap kami termasuklah bateri 12V dan charger bateri. Limited warranty ditawarkan. Set Lengkap : RM300.00 Untuk tempahan sila hubungi Hj Izharuddin : 013-9205789 , Ahmad Tarmizi : 011-10048020 , Abdullah : 013-9213433, Azizah : 019-6322261 atau beli di atas talian di portal kami  di maduplus.com atau boleh membeli di agrobazaar online. Mudah sahaja, anda buat pesanan secara dalam talian di laman web kami atau secara terus dengan kami, anda buat bayaran melalui kad kredit/debit hanya di www.maduplus.com atau secara bank transfer ke akaun Bank Islam Berhad no akaun 06019010099401 dan kami akan poskan kepada anda menerusi POSLAJU .

Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang

Image
Pada 3 Julai 2017, mencatatkan sejarah dalam pengalaman kami menternak lebah kelulut. Ladang kami di Sungai Lembing yang bersebelahan dengan hutan telah diserang dengan beruang. Pada awal pagi isnin, kami mendapat perkabaran yang mendukacitakan daripada sahabat di sana bahawa beruang telah datang bertandang ke ladang kami pada malam harinya. Menurut beliau antara 8-9 log yang telah diganggu dan ada antaranya yang sudah musnah kesemuanya. Disebabkan kekangan kerja, pada hari selasa kami baru dapat turun ke ladang sg lembing bagi meneliti kemusnahan yang dilakukan. Hasil yang kami dapati adalah seperti berikut:- 2 Log H.itama telah musnah sepenuhnya 1 Log Canifron telah musnah sepenuhnya 3 Log T.binghami telah musnah sepenuhnya 1 Log H.itama dapat diselamatkan (log keras/pokok rambutan) L log G. thoracica dapat diselamatkan (log keras) Cik Beruang juga telah membawa lari satu log masuk ke dalam hutan. Log tersebut kami berjaya temukan 20 mete...

Kelulut Kristal @ Ladang Sungai Lembing

Image
Ladang Kelulut Kristal Sudah lama tidak mencoretkan sebarang post dalam blog ini. So posting kali ini saya nak tunjukan progress ladang baru saya di Sg Lembing. Kawasan ini berkeluasan 3 ekar dan luas kawasan yang baru dibersihkan hanyalah less then suku ekar. Ia dibuat berdasarkan skala ketebalan dompet saya. Buat masa sekarang sejumlah 20koloni kelulut telah ditempatkan dilokasi ini. 14 Log Kelulut Berdamar ( T.binghami, T. Aleacea, T. melanouca, T. canifron,), 4 log H.itama, 1log L.latipes dan 1 log G.Thoracica. Memandangkan lokasi ladang bersebelahan dengan hutan, maka semua koloni kelulut berdamar telah berkembang dengan baik. Kami sedang berusaha untuk mendapat spesis berdamar yang lain sepeti T. apicalis, H. fimbriata, T.colina etc. Apicalis dan Fimbriata telah dipesan dan akan dihantar dalam waktu terdekat. Kami menjangka sehingga 40 log yang akn ditempatkan dilokasi ini dengan fokus untuk menghasilkan madu kristal yang premium. Sekiranya semua koloni berkembang baik, ...

Madu Plus @ Sg Lembing

Image
Tahun 2017 dimulakan dengan pembukaan ladang kami yang baru di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Pencarian lokasi yang bersesuaian akan diteruskan di lokasi baru di Kg Kuala Kenau, Sungai Lembing Kuantan Pahang. Kawasan ini disewa daripada pada saudara terdekat dengan syarat kami membersihakan kebun durian beliau dan menjaganya dengan sempurna sebagai bayaran menggunapakai tanah tersebut. Dimaklumkan bahawa tanah ini berkeluasan 3 ekar dan bersebelahan dengan kawasan Hutan Simpan. Sebelum operasi pembersihan Selepas Operasi Pembersihan Agak mencabar juga bagi menyiapkan kawasan ini pada mulanya. Mau taknya, pokok resam sudah dekat 6-8kaki tinggi. Letih membersihkan kawasan ini sebelum proses memasang tiang platform dimulakan. Hampir sebulan cuti sekolah 2016, aku dan partner mengusahakan kawasan ini secara sambilan. Mujurlah semangat kami kental. Bukan sahaja pokok resam yang tinggi menggalah, anak pokok pun sudah besar-besar betis bayi/budak. Prose pembersihan kami lakuk...