Posts

Showing posts with the label dehumidfier

Keperluan Pengawalan Kandungan Kelembapan dalam Madu Kelulut

Image
Kandungan Kelembapan Kandungan Kelembapan yang ada dalam madu kelulut adalah sangat tinggi dan bergantung kepada musim/cuaca persekitaran. Secara puratanya antara 28%-35%. Ada para penternak merekodkan kandungan kelembapan mencatatkan sekitar 40% pada musim hujan atau tengkujuh. Kandungan Kelembapan yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini berlaku:- Frementasi madu berlaku yang akan menyebabkan madu membuak apabila penutup botol dibuka. Botol madu pecah disebabkan tekanan gas yang tinggi. Madu kelulut menjadi terlalu masam Warna Madu menjadi semakin gelap Mendakan pada permukaan madu terhasil Masalah inilah akan menjadikan madu penternak sukar untuk dijual dan disimpan dengan lama. Oleh yang demikian, pada penulisan kali ini saya akan memberikan keadah yang digunapakai untuk mengurangkan kadar kelembapan dalam Madu. Kaedah asas pengawalan  kelembapan(air) didalam madu : Menggunakan sistem double Boiler di bawah suhu 30 Degree Celcius (Codex inte...

PUSAT MEMPROSES MADU INDERAPURA KUANTAN PAHANG

Image
Setelah puas menanti dan menempuhi sesi temuduga, akhirkan syarikat kami trlah diberikan hak untuk mengoperasikan Pusat Pemprosesan Madu Inderapura, Kuantan. Pusat yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang ini terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura, KM13 Jalan Kuantan-Pekan menempatkan mesin pengeringan madu, pusat penyimpanan madu, pusat Jualan dan Pejabat Operasi. Pusat ini Masih dalam proses awal pengoperasiannya. Mesin Pengering Madu yang dibekalkan masih perlukan memerlukan proses naik taraf bagi mempercepatkan proses pengeringan yang pada masa kini memerlukan 24jam pengoperasian tanpa henti. Persoalan disini.. Kenapa madu perlu dikeringkan? Mohon berikan jawapan anda dalam ruangan komen. Kepada mereka yang dapat menjawap dengan tepat, kami akan hadiahkan 1 pack madu stick. Persoalan seterusnya.. Apakah proses pengeringan Madu yang ada diamalkan oleh para pengusaha Madu?