Posts

Showing posts with the label Projek Tanaman Pokok Mulberi

Buah Mulberi

Image
During weekend, semasa menunggu waktu berbuka, aku ronda2 di belakang rumah dan snap gambar buah Mulberi yang sedang hampir masak. Buah Mulberi muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada warna pink apabila makin membesar. Warna pink akan bertukar kepada warna merah dan  rasa buah pada waktu ini adalah sangat masam. Akhirnya buah Mulberi akan bertukar kepada warna purple pekat apabila sudah masak 100%. Pada waktu ini rasa buah adalah sangat manis sekali. Pada waktu ini, buah sudah boleh dipetik dan dimakan secara segar. Kalo nak buat jem Mulberi, buah yang masak 100% hendaklah dicampurkan sedikit dengan buat yang hampir masak (60-80%). Kadar pecahan aku tak tahu sebab buah mulberi aku belum cukup banyak nak buat esperimen. la ne cukup untuk aku makan anak beranak. Buah yang masam diperlukan bagi menggantikan air limau sebagai agen pengawet kalo x silap aku la.

Anak Pokok Mulberi 5

Image
Fasa kedua penyemaian anak benih telah dijalankan seminggu yang lalu. Oleh kerana bekalan batang pokok mulberi yang sesuai untuk dicambahkan semakin berkurangan, hanya 12 polibeg yang berjaya disemai. Batang2 pokok mulberi yang telah direndam dengan penggalak akar semalaman telah ditanam dalam polibeg yang berisi tanah. Selepas tempoh seminggu, batang2 anak pokok mulberi telah mula mengeluarkan tunas. Sehingga kini, kira2 31 buah polibeg yang berisi anak pokok mulberi telah berjaya ditanam. Harap jangkaan asal sehinggan 50 anak pokok akan berjaya dicapai. Anak2 pokok Fasa pertama telah mula mengeluarkan daun2 yang secondary dan mula mengeluarkan bunga. Pada masa kini, buah tidak sesuai dikutip.   

Anak Pokok Mulberi 4

Image
Anak Pokok Mulberi yg sudah berbuah Anak2 pokok mulberi yang disemai sudah mula mengeluarkan daun dan putik buah mulberi. Buat masa sekarang umur anak pokok mulberi yang ditanam adalah lebih kurang 2-3 minggu. DIharap anak-anak pokok akan dapat tumbuh dengan subur. Siraman air diberikan sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau rajin bolehlah siram dua kali sehari bagi memastikan tanah lembap dan pokok dapat air yang secukupnya. Penambahan bilangan anak pokok diteruskan. Polibeg yang sudah diisikan dengan tanah sudah tersedia dan menantikan anak-anak pokok baru ditanam. Pengeluaran bunga Mulberi mengesahkan bahawa pokok mulberi mudah berbuah dan perlukan pencantasan dahan yang berjadual bagi memastikan pokok terus mengeluarkan buah.

Anak Pokok Mulberi 3

Image
1) Hari ini merupakan masuk minggu yang kedua atau 7 hari selepas anak2 pokok mulberi aku disemai dalam polibeg. Seperti yang tertera dalam gambar yang baru disnap petang tadi, menunjukkan anak2 tunas sudah mula membesar sebagai JOHAN. 2) Buat masa ini tiada apa yang perlu dilakukan melainkan proses siraman diteruskan bagi memastikan tanah sentiasa lembab. 3) Anak pokok aku letakkan dibawah teduhan Pokok Kelat Paya supaya kepanasan matahari dapat ditapis secara semulajadi. Bagi tujuan semaian, anak2 pokok tidak perlu diletakan secara terus di bawah panas terik mentari. Kalau boleh diletakan di bawah teduhan.

Anak Pokok Mulberi 2

Image
1) Anak pokok yang aku semai pada minggu lepas sudah mula bertunas. Rasanya tak sampai seminggu semua anak pokok Mulberi yang aku semai sudah bertunas. Kalo tengok kat dalam gambar saya saya attachkan, 100% polibeg yang ada batang keratan pokok Mulberi sudah bertunas. 2) Buat masa sekarang, anak-anak pokok kena disiram selalu. Nasib baiklah cuaca sekarang membantu sangat kerana hampir setiap petang, hujan akan turun. Jadi kuranglah sikit bebanan untuk menyiram. 3) Anak-anak pokok akan dibiarkan terlebih dahulu sehinggalah tunas2 muda sudah semakin membesar dan mengeluarkan daun yang agak banyak sebelum dipindahkan ke tapak kekal. Ia juga bagi memastikan setiap pokok mempunyai akar yang banyak bagi memudahkan tumbesaran sekiranya dipindahkan ke lokasi kekal. 4) Alhamdullilah, cubaan pertama untuk menyemai Anak-Anak Pokok Mulberi sudah berjaya. jadi bolehlah cubaan kedua diteruskan. Nampak gaya aku kena beli polibeg dan tanah yang banyak untuk cubaan kedua ini. Aku menjangkakan unt...

Anak Pokok Mulberi

Image
Selepas semalaman batang-batang Mulberi yang terpilih untuk dijadikan anak pokok semaian terendam dalam air yang dicampur hormon penggalak akar, akhirnya batang2 pokok tersebut aku alihkan ke dalam polibeg. Sekarang aku kena siram anak2 pokok ini sehari dua kali supaya tanah sentiasa berair bagi menggalakkan akar tumbuh dengan baik. Harap2 anak pokok ini tumbuh dengan baik dan subur supaya dapat aku pindahkan ke Tanah 3 ekar nanti..

Proses Semaian Pokok Mulberi

Image
Pokok yang aku semai sudah menjulang tinggi dan kurang daunnya. Semalam aku abiskan masa surfing info pasal mulberi di Internet dan mengetahui bahawa pokok ini diperlukan prunning sentiasa bagi menggalakan tunas dan buah yang lebat. ia juga bertujuan untuk mengurangkan ketinggian pokok bagi tujuan penuaian buah yang buah. So, polibeg yang aku isikan tanah untuk tujuan penyemaian pokok2 baru semalam akan digunapakai sedikit masa lagi. Peringat awal ialah kenalpasti dahan yang hendak dijadikan semaian. Potong menggunakan cutter atau gergaji. Dahan pokok mulberi yang berukurlilit seinci pun sudah cukup keras dan kena pakai gergagi. So untuk permulaan aku gondolkan pokok mulberi aku sebelah dahan sahaja. lagi sebelah akan aku gondolkan bila aku dah tambah polibeg dengan tanah. tak berkesempatan. Dahan2 yang telah dipotong hendaklah dibuang daunnya dan dipotong pendek2 dengan ukuran 6-8inci. Selepas itu hendaklah direndamkan dalam air yang dicampurkan dengan hormon pengakar. Rendaman hendak...

Pokok Mulberi

Pokok Mulberi/Malberi. Aku sendiri tak pasti nama pokok ini yang mana satu. Pencarian di Internet memberikan dua-dua nama yang sama. Sebenarnya aku tanam pokok ini dah lama dah tanpa mengetahui nama dan peranan pokok ne. aku dapat 2 anak pokok dan hanya 1 aku semai kat belakang rumah setelah lama tersadai kat bawah Pokok Kelat Jawa di depan rumah. Sekarang pokok yang aku tanam sudah tinggi dan buahnya agak banyak dan rasanya masa masa muda dan manis bila sudah masak ranum. Warnanya merah jambu masa belum matang dan bila sudah matang berubah menjadi kehitaman. Pokoknya mudah ditanam dan senang penjagaanya. Bila terlihat kegunaan pokok ini semasa menonton AgroJournal di TV1 pada 2 minggu lepas, tergerak hati untuk mengembangkan projek ini di tapak projek serai. so sebagai permulaan, hari sabtu lepas aku ke kedai Putik Alam untuk membeli polibeg dan harmon pengakar. Semalam aku cuma berkesempatan untuk mengisikan polibeg dengan Tanah. Itupun masih banyak yang belum diisi. Aku menjangkakan...