Posts

Showing posts with the label Proses Pengeringan Madu

PUSAT MEMPROSES MADU INDERAPURA KUANTAN PAHANG

Image
Setelah puas menanti dan menempuhi sesi temuduga, akhirkan syarikat kami trlah diberikan hak untuk mengoperasikan Pusat Pemprosesan Madu Inderapura, Kuantan. Pusat yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang ini terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura, KM13 Jalan Kuantan-Pekan menempatkan mesin pengeringan madu, pusat penyimpanan madu, pusat Jualan dan Pejabat Operasi. Pusat ini Masih dalam proses awal pengoperasiannya. Mesin Pengering Madu yang dibekalkan masih perlukan memerlukan proses naik taraf bagi mempercepatkan proses pengeringan yang pada masa kini memerlukan 24jam pengoperasian tanpa henti. Persoalan disini.. Kenapa madu perlu dikeringkan? Mohon berikan jawapan anda dalam ruangan komen. Kepada mereka yang dapat menjawap dengan tepat, kami akan hadiahkan 1 pack madu stick. Persoalan seterusnya.. Apakah proses pengeringan Madu yang ada diamalkan oleh para pengusaha Madu?