TKPM Pulau Manis
Taman Kekal Pengeluaran Makanan Pulau Manis Lawatan secara tidak sengaja ke TKPM Pulau Manis sewaktu menjalankan kerja2 site survey di Lepar. Sifat ingin tahu bagaimana TKPM beroperasi telah membawa aku ke TKPM Pulau Manis yang dikawalselian Pejabat Pertanian Daerah Kuantan. Berdasarkan signboard ditepi jalan hanya menunjukkan 1.5KM jarak ke lokasi tetapi apabila sudah ditempuhi ianya lebih daripada itu. Adalah dalam 4.5KM dari simpang masuk tadi. Kalau tuan2 berjumpa dengan pintu masuk ladang YP Plantation maknanya anda sudah melalui jalan yang betul. Masuk ke simpang kiri sebelum sampai di pintu masuk Ladang YP Plantation ini dan tempuhi jalan 1.5KM lagi dan anda akan sampai ke sini. Pemerhatian aku mendapati banyak lot kosong yang menandakan tanaman sudah dituai dan dalam proses penggantian tanaman yang baru. Terdapat juga plot yang sedang dalam proses tuaian seperti dalam gambar yang disertakan ini iaitu tanaman Peria dan Timun. Sebenarnya tujuan aku survey lokasi ini adal...