Posts

Showing posts with the label Ternakan Lebah Madu

Teknik Ntoh Ler!!!

Image
Kepada para penternak kelulut, pernahlah anda berasa putus asa bilamana kotak topping madu yg anda buat masih belum dipenuhi kantung2 madu dan lubang kotak masih berterusan ditutup oleh lebah kelulut walaupun sudah berkali2 anda membukanya tetapi kelulut tetap berkeras menutupnya. Berdasarkannya pemerhatian saya, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:- 1) koloni kelulut masih lemah semasa proses topping dibuat. 2) kotak topping yang dibuat kurang kemas dan terdapat celahan kayu yang membenarkan cahaya masuk. 3) terdapat gangguan serangga seperti semut dan lain2 lg yang berjaya memasuki kotak topping melalui celahan kotak dan batang kayu yang tidak di 'seal' dengan baik. 4) kotak topping tidak ditutup dengan plastik utk prevent serangan semuat atau anai2. Untuk memastikan kelulut membuat kantung madu dalam kotak dengan cepat, saya memperkenalkan Teknik Ntoh Ler yang paling simple. 1) Pastikan kotak topping dan batang kayu tidak mempunyai cela...

Madu Plus : Pelawat

Image
Pada hujung minggu yang lalu, tapak projek kami telah menerima dua pelawat yang berminat untuk mempelajari teknik penternakan kelulut. Mujurlah ketibaan mereka sama masa dengan penerimaan sepoluh koloni baru yang baru ditempah dari KB. Dapatlah kami berkongsi ilmu yang sedikit dengan mereka semoga dapat digunapakai dalam projek mereka pula.  Proses Pembelahan Batang Kayu Abg Aji Sedang beraksi.. Jangan diganggu Sifu sedang turunkan ilmu..... Belajar mengutip madu kelulut secara manual Ilmu kenali Koloni Kelulut

Selamat Tahun Baru 2014

Image
Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Ternakan Kelulut terpaksa mengambil langkah kritikal dengan mengubah modus operandi setelah kotak2 madu yang telah sedia untuk dituai, rosak ke semuanya apabila diserang dengan kera/monyet liar yang kelaparan disebabkan musim tengkujuh. Langkah pertama adalah menyediakan tiang untuk meletakkan kotak2 kelulut nanti. Kotak2 kelulut sekarang ini sedang dalam proses pembinaan oleh tukang kayu yang baru dilantik setelah lama pending. Once ready koloni kelulut sedia ada akan dipindahkan ke dalam kotak kelulut dan kemudiannya diletakkan atas platform yang disediakan. Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah juga mengalami nasib yang sama. Daripada 5 haif pada permulaan, yang tinggal hanya 3 apabila 2 haif kosong disebabkan koloni yang lari. Mungkin disebabkan limpahan hujan yang melampau menyebabkan keadaan kotak lebah yang lembab dan mempercepatkan...

Expansion project II : Tambahan 10 Koloni Kelulut & 5 Haif Lebah Madu Melliferra

Image
Projek Lebah Kelulut kami telah maju dua tapak ke hadapan. Tapak pertama ialah dengan penambahan 10 koloni kelulut baru yang ditempah daripada Kelantan. manakala tapak yang kedua ialah dengan penerimaan 5 haif lebah madu melliferra yang ditempah khas daripada Perlis. Haif Lebah Madu dan Kelulut Buat sementara ini untuk projek lebah madu kami bermula dengan 5 haif sahaja untuk ujian. Masalah pertama yang timbul adalah tabuan yang sering kali menyerang lebah untuk dimakan. Terpaksa la kami bermain badminton pada setiap hari dengan tabuan ini dan secara purata antara 2o ekor tabuan dibunuh. Kami dalam proses mengesan sarang tabuan ini untuk dimusnahkan.  Platform sementara + penambahan air gula utk meningkatkan koloni Koloni lebah madu masih dalam proses meningkatkan kekuatan koloni dengan diberikan makanan tambahan berupa air gula dan pollen yang diberikan mengikut sukatan yang disyorkan oleh tenaga pengajar kami di Pusat Apiari Nasional Parit Botak....

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Lawatan ke Pengusaha Lebah di Melaka

Image
Para peserta di bawah melawat seorang pengusaha lebah yang berjaya di Bukit Katil Melaka. Perjalanan mengambil masa kira2 sejam daripada Ayer Hitam. Setibanya kami di Melaka, kami telah dijamu dengan Nasi Biryani Batu Pahat. Aku x ter Tawkey tengah demo Pengusaha ini mempunyai 2 lokasi lebahnya diletakkannya iaitu di Kota Tinggi dan Pekan, Pahang. Puratanya ia telah berjaya mengeluarkan 1-2tan lebah sebulan. Beliau juga mengeluarkan Royal Jelly dan membekalkan koloni lebah kepada mereka yang berminat untuk memulakan busines lebah ini. Kalau tidak silap kos Hive + 5 frame lebah berharga RM1,500.00 manakala koloni lebah super berharga RM2,500.00. Ratu lebah juga beliau bekalkan kepada mereka yang berminat.

Kursus Asas Perlebahan Komersil : Pemindahan Koloni Apis Cerana

Image
Pada kursus ini kami telah diberikan cara bagaimana untuk memerangkap lebah liar menggunakan perangkap lebah dan kemudiaannya memindahkannya dalam hive yang disediakan. Lebah yang telah membuat sarang dalam perangkap ini dibiarkan dalam sebulan dua sehingga lebah telah membuat kom. Gambar Gelodok : Perangkap Lebah Liar daripada batang sagu Hive kosong disediakan dengan frame yang secukupnya mengikut bilang sarang yang dibuat oleh lebah. Koloni Lebah disediakan utk dipindahkan Sarang sedia untuk dipindahkan Perangkap lebah liar yang telah dibuka dan bersedia untuk dipindahkan ke frame dan seterusnya masuk ke hive. Susunan frame hendaklah mengikut sususan sarang lebah yang asal. Frame yang telah siap dipindahkan dalam hive Setelah semua kom dimasukan dalam frame spt pic di atas, ianya dimasukan dalam hive mengikut urutan yang sebenar dalam sarang asal. Bagi menguatkan koloni untuk membina kom2 yang baru, boleh dimasukan campuran pollen+gula untuk mem...

Kursus Asas Perlebahan komersil Siri 2/2013

Image
Pada 5 August 2013, aku telah ditawarkan untuk menyertai Kursus Asas Perlebahan Komersil Siri 2/2013 yang dianjurkan oleh Pusat Apiari Nasional, Jabatan Pertanian Negeri Johor di Parit Botak Ayer Hitam. 

Peralatan Penternakan Lebah

Image
Penternakan Lebah memerlukan peralatan yang tertentu. Aku x boleh nak explain nama dan jenis alatan yang digunakan. Sebab aku pun x abis skolah lagi dalam bidang ini. So aku share ajer peralatan yang digunapakai dalam industri ini bagi penghasilan madu. 

Cameron : Bee Farm

Image
Penghujung cuti persekolahan yang lalu, kami sekeluarga sempat singah bermalam semalam sahaja di Cameron Highland dalam perjalanan pulang ke Kuantan daripada Ipoh. Selepas penat bermain air seharian di Lost World Of Tambun, kami sekeluarga naik ke Cameron Highland. Semasa dalam perjalanan naik kami singgah di Bee Farm untuk melihat bagaimana lebah diternak serta peralatan yang digunakan.                                             Kotak Koloni Lebah Madu                                                 Koloni Lebah Kelulut Hutan ...

Lebah Lalat

Image
Lebah Lalat Sekarang tengah musim bunga. Pokok Mangga kat depan umah sudah berputik dan sedang membesar. Manakala pokok mata kucing di sebelah rumah sedang lebat berbunga. Mungkinkah didorong oleh tarikan bunga ini menyebabkan pokok kelat paya dihadapan rumah telah dijadikan tempat persinggahan oleh kawanan lebah lalat ini? Saya dimaklumkan oleh kawan mengenai spesis ini. ianya dinamakan lebah lalat disebabkan oleh saiznya yang kecil berbanding dengan saiz lalat biasa. Bolehkan lebah lalat ini dipindahkan ke dalam kotak dan diternak? Aku x der pengelaman dalam hal ini tetapi amat berminat untuk menceburinya.

Ternakan Lebah Madu

Minat terhadap ternakan lebah madu semakin kuat selepas menyaksikan Rancangan Agrotek di RTM 1 awal tahun ini. Rancangan Agrotek dan AgroJournal yang diterbitkan oleh RTM 1 yang bersiaran pada setiap hari Sabtu Jam 6.00pm dan Hari Ahad jam 6.00pm amat aku minati dan ditunggu-tunggu pada setiap minggu.Ini kerana rancangan ini memaparkan perkembangan industri pertanian dan penternakan di seluruh negara dan juga kadangkala diselitkan dengan kisah-kisah kejayaan para pengusaha di luar negera. Ianya dapat memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan yang banyak mengenai sesuatu bidang pertanian. Minat terhadap penternakan lebah madu ini ditambah pula dengan pendedahan suratkhabar mengenai potensi penternakan madu lebah kelulut yang dijalankan oleh seorang pengusaha di Kelantan. Aku juga ada melihat lebah kelulut ini membuat sarang ditepi tangga rumah pak mertua di Sungai Lembing. Terasa ianya seakan berpotensi untuk dikomersilkan kerana kos yang agak minimum dan tidak berapa sukar untuk mel...