Tunaikan Zakat
Salam Ramadhan al-Mubarak. Bulan Ramadhan tahun ini sudah masuk minggu yang terakhir. Sudahkah anda menunaikan Zakat fitrah dan Zakat Harta? Zakat Fitrah di Pahang adalah berkadaran dengan RM7.00 per pax. Saya sudah menunaikan zakat tersebut pada minggu pertama Ramadhan bagi mengelakkan insiden terlupa. Alhamdullilah. Semalam pergi ke Pusat Zakat Pahang untuk menguruskan pengiraan Zakat wang simpanan ASB Ayah Mertua. Alhamdullilah selesai sudah urusan tersebut. Untuk makluman kadar nisab wang simpanan adalah berjumlah RM13,900.00 lebih kurang bersamaan harga emas seberat 85 gram. semasa berurusan dengan PZP, saya dimaklumkan pengiraan kadar zakat adalah berdasarkan jumlah simpanan yang ditolak dengan kadar dividen yang diperolehi pada setiap tahun. ini kerana menurut PZP, wang yang diperolehi melalui pembayaran dividen ini masih belum disahkan mengikut Syarak. Oleh yang demikian, kalau tuan2 hendak tahu secara mudah kadar zakat yang wajib dikeluarkan, sila tolakkan jumlah simpanan