Posts

Showing posts with the label Ladang Kelulut Honey Plus Resources

MARDI CHERATING, SIRI BAGING

Image
Update 1:- Alhamdullilah, selesai sudah urusan penambahan 21 log kelulut di site Mardi Cherating yg dimulai pada minggu lepas. Kesemua log sudah siap dipasang topping. Pengawasan terhadap log yang sudah siap dipasang topping pada minggu lepas mendapati sudah ada kantung madu yang dibuat dalam kotak topping. Satu perkembangan yang sangat baik. Ternyata sumber nektar, pollen dan sap yang banyak di kawasan sekitar walaupun buat masa kini, pokok2 belimbing telah dibuat pruning yg hampir menyeluruh. Tiang platform  masih berbaki 20 batang sudah siap dipasang. Hanya menanti 20 log yang masih dalam perkiraan untuk ditempah. Moga diberikan kelapangan masa untuk menguruskannya sebelum site di Inderapura dimulakan dengan kerja2 pembersihan nanti.. Update 2:- Kerja2 penambahan log diteruskan lagi dengan penerimaan 20 log baru daripada pembekal Bera, Seorang teman yang mana saya telah berurusan sejak 3 tahun yang lalu. Log sampai semasa perlawan bolasepak antara Pahang menentang K...

Lawatan Peserta Kursus Lebah Kelulut Jabatan Pertanian

Image
Pada hari ini 3/4, ladang kami menerima kehadiran 40 orang para peserta kursus penternakan lebah kelulut Jabatan Pertanian Pahang. Para peserta telah menjalani kursus amali selama 2 hari di Pusat Latihan Pertanian Pahang Inderapura. Kehadiran mereka untuk menjalani latihan amali insitu di ladang. walaubagaimanapun disebabkan oleh miscommunication antara urusetia dan pihak kami, maka amali potong log n pindah koloni tidak dapat dijalankan. Kami tidak dimaklumkan untuk menyediakan log bagi aktiviti tersebut. Maaf ya. So kami hanya menyediakan crash course mengenai asas penternakan kelulut dan aktiviti pengurusan ladang. Kami hanya berkongsi pengalaman menjalankan penternakan ini selama almost 3 tahun supaya mereka tidak mengulangi sebarang kesilapan yg telah kami tempohi semasa menjalankan penternakan ini. Para Peserta diberikan penerangan Taklimat Pembukaan Para peserta En Zakaria from Kelantan.

Pemindahan Koloni Kelulut ke Mardi Cherating

Image
Proses pemindahan koloni2 yang berada di Ladang Beserah ke Mardi Cherating trlah dilaksanakan pada hari Sabtu dan Ahad ( 7-8/2) dengan jayanya. Kerja2 pemindahan dimulakan pada malam Sabtu disebabkan kekangan kerja pejabat. Kami telah membuat pemilihan koloni2 yang hendak dipindahkan pada sebelah malam bagi memastikan kesemua kelulut telah balik ke sarang. 7 Feb @ 9pm : Sampai ke Ladang dan membuat pemilihan koloni. : untuk permulan hanya 10 koloni dipilih as pilot project. pemantau rapi pengembangan koloni akan dibuat selepas sebulan. sekiranya progress baik, bilangan koloni akan ditingkatkan dengan penambahan koloni baru. : koloni yang telah dikenalpasti akan ditutup pintu masuk dengan menggunakan botol mineral dan selefon tape. : kerja2 siap dalam sejam setengah. kol 11.30pm kami pulang. 8 Feb @ 7:30am : amik partner di rumah dan terus ke kebun : masukan 10 koloni dalam pajero : sampai di tapak mardi cherating. kerja meletakan koloni di platform yg dibuat minggu lepas di...

Taman Agroteknologi Mardi Cherating - Bermula Fasa seterusnya

Image
Akhirnya kelulusan yg kami tunggu2 hadir jua. Panggilan telefon daripada En Samsudin Pengawai Promosi Teknologi Mardi Cherating minggu lepas telah menyelesaikan teka-teki kami selama ini. Honey Plus Resources telah dibenarkan memasuki tapak di Mardi Cherating. Walaupun dengan kelulusan lisan, kami telah merangka untuk memindahkan 10 koloni sedia ada di tapak Beserah ke sini. Hari Ahad kami telah memulakan kerja2 awal dengan menanam kayu platform untuk menempatkan koloni kelulut. lokasi asal yang kami pilih agak panas kerana pokok2 belimbing telah dibuat pruning secara ekstrem oleh pihak pengurusan. Akhirnya kami telah dicadangkan untuk meletakkan koloni di kawasan pokok kelapa madu. Yahoo!!.. Pucuk dicita, ulam mendatang. Kerja2 penanaman kayu platform dijalankan dengan mudah kerana tanah berpasir pantai. agak mudah utk menggali lubang dan menanamnya. kami akan menempatkan kira2 50 koloni di kawasan ini sebagai ujian kesesuaian. kalau tuaian madu memberangsangkan dan pengembangan k...

Mardi Cherating - Agro Tourism

Image
Hari ini aku berpeluang untuk melawat Mardi Cherating untuk membuat penilaian awal bagi kesesuaian Honey Plus Resources melebarkan sayap di kawasan ini. Aku dan rakan kongsi telah bertolak ke Cherating pada jam 9.45am. Kami singgah di Balok untuk mengambil En Samsudin pegawai TP Mardi yang merupakan pegawai penyelia projek. Kami sampai dilokasi tepat jam 11am dan telah dibawa melawat ke kawasan lokasi projek tanaman belimbing. Menurut En Samsudin, tapak ini telah menjadi lokasi menempatkan 5 orang peserta UAM dalam menjalankan projek penternakan lebah kelulut yang pada permulaannya menempatkan sekitar 130 koloni kelulut. Tetapi lawatan aku kali ini mendapati hanya 1 koloni kelulut yang masih bertahan. ermm nampaknya sudah berkubur projek ini. Aku telah dimaklumkan disebabkan penyeliaan yang kurang oleh peserta telah menyebabkab bilangan koloni semakin berkurangan. Ia  juga memaklumkan bahawa serangan semut, babi dan kera menjadi penyumbang utama ditambahkan pula keadaan pokok b...

Lawatan ke Ladang Kelulut Honey Plus Resources

Image
Terima kasih atas kesudian para pelawat yg berkunjung ke Ladang Kelulut Madu Plus yang xseberapa ini. semoga tuan/puan memperolehi ilmu yang boleh digunapakai di hari muka. Kami tiada apa yg dapat ditawarkan kecuali sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman menternak kelulut yang baru menjangkau setahun jagung ini.