Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang Siri 2

Perhilitan Pahang : Ops Beruang

Berdasarkan lawatan tapak 2 minggu yang lalu, pihak perhilitan ada mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan secara sementara bagi menghindarkan kehadiran si beruang matahari ini. Antara saranan Perhilitan adalah penggunaan spotlight, pembakaran ubat nyamuk dan pemasangan lampu warna warni. Pemasangan ubat nyamuk hanya mampu bertahan selama 2 hari sahaja. Ini kerana faktor cuaca dan ubat nyamuk yang dipasang. Hujan akan memadamkan ubat nyamuk tersebut dan juga bau yang dihasilkan. Keadaan bukit yang kuat berangin akan mempercepatkan pembakaran ubat nyamuk. jadi x sempat hari nak cerah, ubat nyamuk dah abis terbakar. kesan bau ubat nyamuk akan hilang dengan cepat. Maka cik beruang masih juga datang bertandang.

Akhirnya laporan dibuat kepada Perhilitan Pahang dan hari ini mereka datang membawa perangkap untuk memerangkap beruang tersebut. Si Beruang sekiranya tertangkap akan dipindahkan ke hutan yang lain. Kami share kerja-kerja pemasangan perangkap tersebut. pasang kat tepi rumah je. sbb xlarat nak angkat naik atas bukit. Berat Nanang perangkap tu.






Nak tahu umpan apa yang perhilitan gunapakai? Hanya minyak masak terpakai. kalau minyak masak lepas goreng ikan masih lagi ler power. Moga2 perangkap ini mengena dan beruang dapat dipindahkan ke kawasan lain yang jauh. Walaubagaimanapun, semua log yang baki telah dipindahkan ke lokasi lain semenatara menanti tindakan pihak Perhilitan dan Pembinaan Pagar Elektrik siap sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut