Posts

Showing posts from November, 2014

MAHA 2014

Image
MAHA 2014 sudah masuk hari kedua terakhir baru aku berpeluang untuk melawatnya. Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan penjualan madu kelulut yg kami letakkan di booth jualan rakan dan juga melihat sekitar pavalion state Pahang utk melihat barang yang kami letakkan sebagai pameran.  Aku juga berpeluang berjumpa dengan rakanku Sazali untuk berbincang perkembangan perniagaan masing2.

Koloni G. thoracica

Image
Pic yg aku sertakan dalam posting kali ini adalah pic daripada seorang teman penternak yg telah membuka kotak koloni thorasica.. aku amat berbesar hati untuk berkongsinya dengan para pelayar blog ini. Semoga beroleh manfaat atas perkongsian ini. kepada sahabatku, aku mohon perkenan untuk kongsikan gambar koloni tuan di blog ini. Jangan marah ya.. Dalam pic ne jelas menunjukkan broodcell yg berwarna cokelat dan berlapis2. Disinilah terletaknya sell telur jantan, betina dan sel ratu. Ratu menghabiskan sepanjang masa disini. Terdapat juga kantung madu dan kantung roti lebah @ bee bread yang bèrwarna kuning. warna madu agak gelap menunjukkan madu sudah matang. pada waktu ini rasa madu masam2 kemanisan.

Pokok Bunga AMP @ Ulam Raja

Image
ari ne 8 Nov 2014, aktiviti di ladang amatlah ringan. Partner ada urusan di Kuala Terengganu meninggalkan aku kesorangan di ladang. Ditambah pula dengan kerosakan pajero yg masih belum dibaikpulih menyebabkan aku berlenggang je ke ladang. semua tool ditinggalkan di rumah. Perkara yg pertama dilaksanakan di ladang ialah menyiram anak pokok bunga AMP @ Honolulu Creeper dan Pokok Ulam Raja. Mujurlah pagar sempadan sudah dibaiki, maka sang lembu sudah tak boleh nak merayau2 dalam kebun. Ulam Raja & AMP Anak Pokok Bunga Air Mata Pengantin @ Honolulu Creeper

Lawatan ke Ladang Kelulut Honey Plus Resources

Image
Terima kasih atas kesudian para pelawat yg berkunjung ke Ladang Kelulut Madu Plus yang xseberapa ini. semoga tuan/puan memperolehi ilmu yang boleh digunapakai di hari muka. Kami tiada apa yg dapat ditawarkan kecuali sedikit ilmu dan perkongsian pengalaman menternak kelulut yang baru menjangkau setahun jagung ini.

Mini MAHA @ UTC KUANTAN 2014

Image
Road to MAHA Pahang 2014 telah menutup tirainya pad 2 Nov sebentar tadi. ianya merupakan pengalaman yang amat menarik syarikat kami pelajari utk julung2 kalinya penyertaan. walaupun hadir dengan persiapan yang ala kadar disebabkan notis singkat, kami berjaya menjayakannya dengan menghasilkan jualan yang memberangsangkan. Kami pelajari teknik marketing yg paling sempoi. berjaya meningkatkan bilangan jualan yg mendung pada hari pertama dengan berlipat kali ganda pada hari kedua dan ketiga dengan memilih prospect pelanggan dan membuat pujukan supaya singgah ke kaunter jualan. pada tahun hadapan kami akan membuat perubahan yg drastik terutama display yang lebih menonjol dan menambahkan beberapa eleman info untuk memastikan lebih ramai pelanggan singgah ke booth. Lebih ramai pelanggan yg singgan lebih banyak peluang untuk kami convert ke jualan. Kami juga berpeluang untuk berkenalan dengab otai lebah tualang pahang iaitu en napi yg telah dianugerahkan dengan peladang jaya pada t