Posts

Showing posts from June, 2008

Proses Membajak Tanah Selesai

Image
Pada 18hb Jun, Kerja-kerja membajak tanah seluas 3 ekar telah dimulakan oleh Jabatan Pertanian setelah lebih 2 bulan menunggu. Kelewatan adalah disebabkan Tractor telah digunakan untuk membajak tanah ditempat lain selain ketiadaan pemandu. Tapi Alhamdulillah, kerja-kerja membajak telah mula dijalankan dilokasi kami. walaubagaimanapun kerja2 tersbeut tidak dapat disudahkan kerana mesin mengalami kerosakan. kerja-kerja membajak akan disambung pada 23hb Jun nanti. Hanya 1 ekar tanah sahaja yg sudah dibajak. gamar spt dibawah. Akhirnya tanah tapak projek kami telah selesai dibajak. Pihak Jabatan ternyata telah mengotakan apa yang telah dijanjikan iaitu untuk menyiapkan kerja2 tersebut pada 23hb Jun. Walaubagaimanapun, kami tidak dapat menyaksikan kerja2 membajak tersebut disebabkan kekangan kerja dipejabat. maklumlah projek ini hanya dijalankan pada hujung minggu sahaja secara sambilan. Mulai sekarang, kami sudah boleh merangka tindakan selanjutnya iaitu memulakan kerja2 pemasangan paip