Proses Tuaian Madu
Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu.
Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan.
Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:-
Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih masa untuk memperbaiki kerosakan sarang serta madu yang dituai tidak cukup matang dengan kandungan kelembapan yang tinggi. Ini akan menyebabkan madu cair dan sekiranya diproses mengurangkan kandungan kelembapan, akan berlakunya kehilangan berat yang tinggi.
Setelah log dikenalpasti, penutup kotak dan plasik pelindung dibuka serta dibiarkan seketika untuk menenangkan kelulut. Adakalanya kelulut masih juga aggresif maka boleh diteruskan proses tuaian. Kita akan selamat kerana memakai baju pelindung kelulut.
Gambar di atas adalah contoh kotak topping yang telah dipenuhi dengan madu. Adalah disarankan agar tuan/puan hanya mengambil 2/3 sahaja daripada pot madu yang terdapat di dalam topping dan sebahagian 1/3 dikekalkan untuk bekalkan makanan sekiranya cuaca tidak menentu selepas proses tuaian dibuat bagi memastikan koloni kita kekal aktif.
Berdasarkan gambar pot di atas, bagaimanakah kita hendak kenalpasti pot madu yang sudah matang dan yang belum matang?
Mudah sahaja.. pot madu yang belum ditutup oleh kelulut adalah madu yang belum Matang dan tidak perlu dituai kerana kandungan kelembapan yang tinggi. Sila tuai madu dalam Pot Madu yang sudah ditutup kemas oleh kelulut. Proses Frementasi juga berlaku dalam pot madu. Tuan/puan boleh perhatikan pot madu yang telah tertutup tetapi mempunyai muncung yang cerah adalah pot madu yang telah mengalami proses frementasi. Ini kerana secara natural, setiap nektar yang dikutip oleh kelulut mempunyai kandungan yeast dan apabila dikumpulkan dalam pot madu, yeast akan bertindak balas dengan gula ringkas bagi menghasilkan gas karbon dioksida.
Bagi memudahkan proses tuaian, pot-pot madu akan dipecahkan pada muncungnya dengan lubang yang kecil bagi membolehkan paip sedut madu memasuki pot madu dan menyedutnya keluar. Ianya juga membolehkan kita mengesan pot yang mengandungi madu dan beebread. Sebolehnya kita tidak melakukan kesilapan dengan menyedut ke dalam pot yang mengandungi beebread kerana ia akan mencemarkan madu. Kandungan beebread yang termasuk dalam madu akan mengeruhkan madu dan apabila proses frementasi berlaku kepada madu yang tidak diproses, satu lapisan kotoran akan terhasil dan ini akan mencacatkan rupabentuk madu/botol madu. Adakala kita mendapat pelanggan yang banyak kerenah dan isu ini akan memeningkan kepala kita nanti.
Setelah, madu selesai dituai, madu akan ditapis terlebih dahulu sebelum dimasukkan dalam tong-tong penyimpanan sementara. Proses penapisan diperlukan untuk membuang bendasing-bendasing yang tersedut sekali semasa proses tuaian.
Selepas madu dituai diladang, ianya hendaklah segera di bawa ke pusat pengumpulan dan disimpan dalam ruangan yang sejuk 6 Degree Celcius. disarankan disimpan dalam chiller atau peti sejuk yang tidak bercampur dengan barangan lain. Ini kerana sifat madu yang mudah menyerap bauan sekitar dengan mudah.. Kita tak nak madu kelulut kita berbau ikan atau udang yang disimpan sekali dalam peti sejuk dirumah ya. Pelanggan saya amat cerewet tentang hal ini.

- Pakaian yg bersih
- Sarung Tangan dan penutup mulut
- Pum Penyedut
- Tong Madu
- Alat Penapis

Tong Simpanan Madu Sementara |
Selepas madu dituai diladang, ianya hendaklah segera di bawa ke pusat pengumpulan dan disimpan dalam ruangan yang sejuk 6 Degree Celcius. disarankan disimpan dalam chiller atau peti sejuk yang tidak bercampur dengan barangan lain. Ini kerana sifat madu yang mudah menyerap bauan sekitar dengan mudah.. Kita tak nak madu kelulut kita berbau ikan atau udang yang disimpan sekali dalam peti sejuk dirumah ya. Pelanggan saya amat cerewet tentang hal ini.
Penyimpanan Madu Menggunakan Chiller |
Comments