Posts

Showing posts with the label Penternakan Burung Walit

Rumah Burung

Image
Rumah burung. Rekebentuk dalaman rumah burung

Jenis Burung Walit

Image
Tahukah anda terdapat 13 spesis walit di Malaysia. Daripada 13 spesis tersebut hanya dua spesis yang boleh menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Ia terdiri daripada spesis Aerodramus Fuciphagas dan Aerodramus Maximus daripada keluarga apodiade. Ianya tergolong dalam keluarga apodiformus yang bermaksud berkaki lembik dan ia tidak berupaya untuk memijak kaki ke tanah. walaubagaimanapun ia mempunyai sepasang kaki yang berkuku mampu mencengkam dengan kuat. Mempunyai saiz badan antara 7.5cm - 23cm serta hidup dalam kelompok yang besar. Mampu terbang dalam keadaan gelap menggunakan ecolocation seperti kelawar. source : www.jahaniwalit.com

Agrobank sedia RM67.7j industri burung walit

Image
Ekstrak : Kosmo online 27/5/2010 KUALA LUMPUR - Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun. Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said ( gambar ) berkata, dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah. Beliau berkata, faedah pinjaman yang dikenakan ialah 3.75 peratus. "Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini semalam. Ahmad berkata, peruntukan dana tersebut juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 (RM23,257) kepada AS$15,000 (RM49,837) setahun. Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi ...

BHarian : Garis Panduan Industri Burung Walit Diperhalusi : Noh

Garis panduan industri burung walit diperhalusi: Noh => Extract daripada Berita Harian Online. 2010/05/25 : KUALA LUMPUR: Garis Panduan Industri Burung Walit masih perlu diperhalusi di peringkat beberapa kementerian terbabit sebelum dibawa ke Kabinet, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Noh berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bagi memperhalusi garis panduan itu. Ia sepatutnya dibentangkan di Kabinet dua bulan lalu. "Saya akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan. Kita akan selesaikan perkara ini (garis panduan) tahun ini juga kerana ia perlu untuk pembangunan industri burung walit," katanya. Noh mengulas mengenai garis panduan berkenaan yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengawal dan memantau perkembangan industri itu yang nilainya kini mencecah RM1.5 bilion setahun dan terus meningkat. Terdapat kira-kira 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibin...

Rakan Kongsi Projek Sarang Burung Walet

Saya sedang mencari rakan kongsi yang mahu berkongsi modal untuk bersama-sama berkongsi mendirikan dan menguruskan bangunan sarang burung walet. Jumlah rakan kongsi yang diperlukan adalah seramai 6 orang termasuk diri saya. Jumlah modal yang harus dikeluarkan ialah RM50K seorang. Jangkaan titik mula pulang modal adalah 2.5 tahun hingga 3 tahun. Selepas tarikh ini, kadar pulangan sebulan dijangka 10% daripada modal yang dikeluarkan. Modal hendaklah diuruskan sendiri menggunakan simpanan sendiri/pinjaman persendirian/koperasi/Tekun/Agro Bank dan etc. Lokasi bangunan sedia ada ataupun berdasarkan saranan konsultant. Hanya mereka yang bersedia mengambil risiko sahaja dipelawa. setiap projek yang diceburi semestinya ada risiko yang perlu ditanggung. Sekiranya berminat atau hendak maklumat lanjut, sila email saya di abdulz@streamyx.com.

Hello May 2

May akhirnya datang.. Selamat Hari Pekerja kepada semua warga perkerja di Malaysia. Aku berada di Cheras sekarang kerana ada urusan bisnes orang rumah yang hendak diselesaikan. Semalam bila berbual dengan biras aku yang keja di Kementerian Pertanian, dia memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM10K kepada golongan miskin tegar untuk membina rumah burung yang akan bertindak sebagai program basmi kemiskinan. Sekiranya projek ini berjaya dijangka sebulan akan menghasilkan RM3-4K kepada golongan sasaran dan mengeluarkan mereka ini dikeluarkan daripada garis kemiskinan. Nampaknya fokus kerajaan buat masa ini hanya menggunakan industri walit sebagai medium untuk mengeluarkan golongan miskin daripada kepompong kemiskinan pada skala kecil lagi. Bagi mereka yang berhajat untuk memulakan projek ini dengan mengharapkan bantuan/subsidi kerajaan pada skala komersil, ternyata penantian masih belum berakhir. Pengharapan agar kerajaan menyediakan dana melalui institusi kewangan spt 3F di Agro Bank dengan...

Burung Walit

Sekawan Burung Walit sedang makan anai2 yang berterbangan selepas hujan bersebelahan taman perumahan saya. Banyak sungguh burung ne di sini.

Hello May!!

Bulan May 2010 sudah hampir kembali. Ini bermakna sudah hampir 4 bulan saya tidak mencoretkan apa2 di dalam blog ini. Maaf kepada para pelawat yang hadir tanpa mendapat butiran terbaru daripada saya. Kelukaan hati disebabkan oleh kegagalan projek serai masih bersisa. Ini juga bermakna sudah hampir 6 bulan saya tidak menjenguk kebun serai saya. macam mana lah jadinya kebun serai saya. Serai adalah tumbuhan rumpun yang sangat lasak. walaupun ianya terbiar dengan lama tanpa penjagaan yang baik daripada kita, sifat semulajadinya membuatkannya boleh hidup dengan minimum intervene daripada kita. Harap2 lembu2 dan kambing orang kampung tidak mengganas dalam kebun serai saya disebabkan bertambahnya bilangan tiang2 pagar yang reput dimamah anai2. Saya masih belum terpikir untuk memulakan projek apa lagi ditapak projek serai saya sekarang ini. Yang pastinya 20 batang pokok getah dan hampir 1/2 ekar rumpun serai masih menghuni tapak projek saya. Akhir2 ini fokus saya lebih terarah kepada Projek B...

Projet Walet

Pada 6hb Dec, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa aku dan team berjumpa untuk membincangkan secara serius kemungkinan untuk melaksanakan projek ini. Daripada 5 rakan kongsi, hanya 3 sahaja yang dapat menghadirkan diri. Mesyuarat tetap diteruskan dengan 2 rakan yang tidak hadir memberikan consent untuk kami membuat sebarang keputusan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan langkah2 untuk melaksanakan projek ini terutama langkah awal untuk menubuhkan syarikat dan pengumpulan modal awalan. Kami telah sepakat untuk melaksanakan projek ini disebabkan potensinya yang sangat besar. Sebelum tindakan lanjut diambil, kami telah membuat keputusan untuk menubuhkan AJK yang terdiri daripada kami berlima. AJK ini akan berfungsi untuk melaksanakan tugas2 yang akan difikirkan kemudian bagi melaksanakan projek ini. Keputusan telah dibuat untuk mengumpulkan modal segera untuk membolehkan syarikat dibuka dengan akaun bank. Setiap ahli dikehendaki mengeluarkan modal dalam RM200 seorang. Saya akan menulis...

Industri Walet

Dipetik daripada Akhbar Kosmo. MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut. Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit. Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa. Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan? Isu pelesenan Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu i...

Walet Oh Walet

Pada 14hb Nov yang lalu saya telah mengikuti Kursus Penternakan Burung Walet yang dianjurkan oleh Syarikat Global Excellent Marketing SB di Hotel Putra KL. Tujuan saya mengikuti kursus ini adalah untuk mengetahui serba sedikit bidang penternakan burung walet ini yang sekarang ini didominasikan oleh non-bumiputera. Kursus ini diadakan hanya sehari sahaja bermula jam 9.00am dan ditamatkan pada jam 5.00pm. Sepanjang menjalani kursus ini, para peserta didedahkan dengan ilmu2 berguna mengenai industri burung walet ini. Pada mulanya kami diberikan overview berkenaan industri burung walet di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Burung Walet yang bermutu tinggi hanya terdapat di sekitar Malaysia, Indonesia dan Selatan Thai. Inilah yang menyebabkan negera pengeluar utama dunia sarang burung walet ialah Indonesia, Thailand dan Malaysia. Industri ini telah bermula sekitar ratusan tahun dahulu dan berkembang secara itensive di Indonesia. Walaupun kebanyakan burung walet berpopulasi di Mala...