Posts

Showing posts with the label menuai serai

Selamat Menyambut Ramadhan

Ramadhan datang lagi pada thaun ini. Hari ini merupakan hari yang ke-15 kita berpuasa. Sudah separuh ramadhan meninggalkan kita. Kepada para pembaca blog saya, saya ucapkan selamat menyambut Ramdhan dan Syawal yang bakal menjelma. Semoga ibadah yang kit jalani ini akan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Sepanjang bulan puasa ini, saya tidak berkesempatan untuk melawat Kebun Serai. Rasanya sudah semakin panjang rumput yang tumbuh melata, trutamanya di kawasan yang sudah di tuai. Saya sedang mencari masa yang bersesuaian untuk menghabiskan baki tanaman serai. Disamping itu juga mencari pemborong serai yang bersedia mengambil semua kuantiti serai yang bakal dituai. So, kalau para pembaca mempunyai kenalan para pemborong bolehlah berkongsi dengan saya supaya dapat saya habiskan baki serai tersebut. Jangkaan saya dalam 2-3 tan lagi bakal dapat dituai.

Serai Oh Serai!!

Rancangan Perniagaan untuk Tanaman Serai ini pada mulanya amat mudah tetapi apabila sudah mula menceburi dan ribuan ringgit dan keringat yang dicurahkan, ternyata terlalu memeritkan. Untuk makluman pembaca blog saya, daripada rancangan asal untuk menanam 6 ekar dengan tanaman serai berdasarkan perjanjian yang ditandatanggani hanya 1 ekar sahaja yang berjaya ditanam. Daripada pada 1 ekar yang berjaya ditanya, hanya separuh yang dapat dituai. Di kebun saya, masih ada setengah ekar serai yang belum dituai. Tak tahu lah nak buat macam mana. Saya sudah membuat perancangan untuk menaman Limau Nipis pulak. Antara punca kegagalan yang teramat nyata sekali adalah kegagalan syarikat Moja untuk menguruskan projek dengan berkesan terutamanya untuk memberikan khidmat nasihat yang teramat diperlukan dari permulaan projek sehinggalah kepada aspek pemasaran. Kepada peserta yang masih mentah untuk menceburi bidang pertanian ini atau greenhorn khidmat nasihat teknikal amatlah penting. Dalam segi ini, te