Posts

Showing posts with the label Bisness

Hello May 2

May akhirnya datang.. Selamat Hari Pekerja kepada semua warga perkerja di Malaysia. Aku berada di Cheras sekarang kerana ada urusan bisnes orang rumah yang hendak diselesaikan. Semalam bila berbual dengan biras aku yang keja di Kementerian Pertanian, dia memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM10K kepada golongan miskin tegar untuk membina rumah burung yang akan bertindak sebagai program basmi kemiskinan. Sekiranya projek ini berjaya dijangka sebulan akan menghasilkan RM3-4K kepada golongan sasaran dan mengeluarkan mereka ini dikeluarkan daripada garis kemiskinan. Nampaknya fokus kerajaan buat masa ini hanya menggunakan industri walit sebagai medium untuk mengeluarkan golongan miskin daripada kepompong kemiskinan pada skala kecil lagi. Bagi mereka yang berhajat untuk memulakan projek ini dengan mengharapkan bantuan/subsidi kerajaan pada skala komersil, ternyata penantian masih belum berakhir. Pengharapan agar kerajaan menyediakan dana melalui institusi kewangan spt 3F di Agro Bank dengan...

Bulan Syawal Menjelma

Bulan Syawal menjelma lagi. Hari sudah masuk hari yang ke-15 Syawal. Kepada para pembaca yang sudah melunaskan Puasa Enam, tahniah diucapkan. Kepada yang belum mula, haruslah segera memulakannya. Kepada yang sudah mula tetapi masih tercari-cari hari yang lapang/free dengan jamuan hari keluarga, happy searching. Jangan sampai tercari-cari walaupun syawal sudah sampai ke penghujungnya. Azam saya untuk melaksanakan 2 hari puasa dalam minggu ini. rasanya esok kena mula puasa untuk hari yang ke-3. Manakala dalam minggu depan untuk cuba selesaikan baki 2 hari lagi. Inilah cabaran yang dihadapi oleh kita selepas bulan ramadhan. Cabaran untuk melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan Syawal. Cabarannya amat berat kerana orang yang macam saya, terasa sibuk menghadiri undangan open house kengkawan, jiran dan para pelanggan saya. Sepanjang bulan puasa dan bulan syawal ini jugalah saya sudah lama tidak menjenguk kebun serai saya. Entah apa yang sudah jadi gamaknya. Kira mujurlah pokok2 serai ...