Posts

Showing posts from October, 2010

Lawatan Rakan Kongsi

Pada hari Jumaat yang lepas aku dan Nizam pergi ke tapak projek cili fertigasi yang dilaksanakan oleh Kooperasi Agro Jaya Pahang di Kampung Pandan Kuantan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran penuh projek cili fertigasi yang akan kami laksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan sumber kewangan yang mencukupi. Ia juga bertujuan untuk membantu kami membuat anggaran bilangan pokok yang patut kami tanam sebagai permulaan bagi proses pembelajaran. Kami menganggarkan antara 500 hingga 1000 pokok akan ditanam sebagai permulaan. kajian kami juga mendapati bahawa dengan teknik dan tektik yang betul, projek ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Jangkaan pada bulan ke-3, pokok cili yang ditanam sudah mula matang dan boleh dituai walaupun dengan kadar tuaian yang sedikit kerana pokok belum matang.  Pokok dijangka matang pada bulan ke-4 dan seterusnya sehinggalah pokok sudah tidak lagi produktif. Menurut penyelia tapak, pokok cili padi ini boleh bertahan sehingga 12-16 b

Cili Fertigasi - Kooperasi Agro Jaya

Image
Ari Ahad sempat gaks aku cilok lawat ke kebun Koperasi. Adik aku turun daripada KL untuk amik stock cili untuk dijadikan sampel kepada contact di Pasar Borong. Aku amik 5 kilo dengan harga ladang RM10.00 sekilo.   Pokok Berumur 2 Bulan  Pokok Berumur 3 Bulan - sudah boleh dituai  Anak benih  Anak Pokok berumur sebulan Hasil Cili