Posts

Showing posts with the label sumber nektar dan pollen

Pokok Akasia Mangium & Lebah

Image
Aku berkesempatan untuk melawat lokasi tapak projek lebah kelulut di Pusat Latihan Pertanian Inderapura bagi melihat progres pembinaan infrastruktur. Ternyata tidak banyak perubahan seperti lawatan aku bulan lepas. Pembinaan Culvert ke tapak projek masih belum disiapkan. Aku menuju ke Pejabat Kejuruteraan Jentera PLPI untuk berjumpa Pegawai Bertugas dan berbincang mengenai status projek tersebut. Beliau ada di Pejabatnya dan perbincangan mesra telah berlangsung. Kami mendapat maklumat yang diperlukan dan juga perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini oleh ketua jabatan. Alhamdullilah, kami perlu bersabar sedikit masa lagi untuk dibenarkan beroperasi secara rasmi. Lawatan di tapak juga membolehkan aku captured berapa pic lebah tualang yang sedang mencari nektar di celahan daun Pokok Akasia Mangium. So berbesar hati untuk berkongsi dengan semua pembaca. Pokok Akasia menghasilkan nektar daripada celahan daunnya yang mula menitis pada sebelah pagi dengan cuaca yang panas terik....

Pokok Bunga AMP @ Ulam Raja

Image
ari ne 8 Nov 2014, aktiviti di ladang amatlah ringan. Partner ada urusan di Kuala Terengganu meninggalkan aku kesorangan di ladang. Ditambah pula dengan kerosakan pajero yg masih belum dibaikpulih menyebabkan aku berlenggang je ke ladang. semua tool ditinggalkan di rumah. Perkara yg pertama dilaksanakan di ladang ialah menyiram anak pokok bunga AMP @ Honolulu Creeper dan Pokok Ulam Raja. Mujurlah pagar sempadan sudah dibaiki, maka sang lembu sudah tak boleh nak merayau2 dalam kebun. Ulam Raja & AMP Anak Pokok Bunga Air Mata Pengantin @ Honolulu Creeper

Sumber Nektar : Pokok Air Mata Pengantin

Image
Pokok Bunga Air Mata Pengantin Kepelbagaian jenis pokok yg perlu ditanam atau ada berdekatan dengan koloni kelulut adalah amat penting untuk kesejahteraan koloni. Pengetahuan jenis pokok yg perlu ditanam juga penting bagi memastikan sumber makanan kelulut sentiasa ada sepanjang tahun dan berdekatan. Sumber makanan yg hampir dengan koloni juga penting supaya kelulut tidak perlu terbang terlalu jauh dari sarang dan hanya membawa pulang sedikit nektar ke koloni untuk diproses menjadi madu. jarak yang terlalu jauh sumber makanan akan menyebabkan kelulut memakan sebahagian besar nektar yang dipungut semasa perjalanan pulang untuk sumber tenaga. kat sini saya perkenalkan sejenis pokok yg boleh membantu para penternak memastikan sumber nektar dan pollen sentiasa ada iaitu Pokok Air Mata Pengantin, AMP. Pokok ini sejenis pokok menjalar yang memerlukan sokongan kayu/para. ia juga memerlukan sumber cahaya yang terus kepadanya untuknya berbunga. so pokok AMP xboleh ditanam di bawah pokok....