Posts

Showing posts from December, 2009

Projet Walet

Pada 6hb Dec, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa aku dan team berjumpa untuk membincangkan secara serius kemungkinan untuk melaksanakan projek ini. Daripada 5 rakan kongsi, hanya 3 sahaja yang dapat menghadirkan diri. Mesyuarat tetap diteruskan dengan 2 rakan yang tidak hadir memberikan consent untuk kami membuat sebarang keputusan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan langkah2 untuk melaksanakan projek ini terutama langkah awal untuk menubuhkan syarikat dan pengumpulan modal awalan. Kami telah sepakat untuk melaksanakan projek ini disebabkan potensinya yang sangat besar. Sebelum tindakan lanjut diambil, kami telah membuat keputusan untuk menubuhkan AJK yang terdiri daripada kami berlima. AJK ini akan berfungsi untuk melaksanakan tugas2 yang akan difikirkan kemudian bagi melaksanakan projek ini. Keputusan telah dibuat untuk mengumpulkan modal segera untuk membolehkan syarikat dibuka dengan akaun bank. Setiap ahli dikehendaki mengeluarkan modal dalam RM200 seorang. Saya akan menulis

Industri Walet

Dipetik daripada Akhbar Kosmo. MASALAH pelesenan premis burung walit yang dibina di kawasan bandar dilihat mampu menggugat perkembangan industri tersebut. Kekangan itu dibuat berikutan burung walit didakwa menggugat populasi penduduk di sekitarnya, terutama dari aspek risiko penyakit yang dikaitkan dengan haiwan tersebut. Masalah pengurusan dan pemantauan juga dikatakan menyentuh sensitiviti penduduk terlibat. Justeru, ia menimbulkan dilema di kalangan pedagang sarang burung walit. Masalah itu amat ketara di Sarawak, lokasi di mana premis burung dilarang dibina di kawasan bandar. Sedangkan pada masa yang sama, negeri itu mempunyai lebih 1,500 premis burung 'haram' yang perlu ditangani secara bijak oleh pihak berkuasa. Persoalannya, sejauh manakah benarnya andaian itu dan apakah jalan penyelesaian terbaik supaya hasrat kerajaan untuk memperkasa industri burung walit tidak berkubur di tengah jalan? Isu pelesenan Apakah ia relevan untuk dilihat dalam konteks kenegerian? Atau isu i