Pokok Akasia Mangium & Lebah
Aku berkesempatan untuk melawat lokasi tapak projek lebah kelulut di Pusat Latihan Pertanian Inderapura bagi melihat progres pembinaan infrastruktur. Ternyata tidak banyak perubahan seperti lawatan aku bulan lepas. Pembinaan Culvert ke tapak projek masih belum disiapkan. Aku menuju ke Pejabat Kejuruteraan Jentera PLPI untuk berjumpa Pegawai Bertugas dan berbincang mengenai status projek tersebut. Beliau ada di Pejabatnya dan perbincangan mesra telah berlangsung. Kami mendapat maklumat yang diperlukan dan juga perancangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini oleh ketua jabatan. Alhamdullilah, kami perlu bersabar sedikit masa lagi untuk dibenarkan beroperasi secara rasmi. Lawatan di tapak juga membolehkan aku captured berapa pic lebah tualang yang sedang mencari nektar di celahan daun Pokok Akasia Mangium. So berbesar hati untuk berkongsi dengan semua pembaca. Pokok Akasia menghasilkan nektar daripada celahan daunnya yang mula menitis pada sebelah pagi dengan cuaca yang panas terik....