Pusat Pemprosesan Madu Inderapura tersohor di Kuantan

 

Pusat Pemprosesan Madu Inderapura Kuantan

Pusat Pemprosesan Madu Tersohor Kuantan

Pahang sememangnya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan khazanah hutan dan eko pelancongan. Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini memiliki segala macam tarikan pelancongan dari tanah tinggi hinggalah ke pantai yang indah. Ibu negeri Pahang, Kuantan, tidak kurang juga hebatnya. Banyak tempat tempat menarik yang boleh anda lawati. Sekiranya anda bercuti di Kuantan dan tertanya-tanya di manakah tempat untuk mendapatkan madu kelulut yang terbaik untuk dijadikan cenderamata kepada yang tersayang? Kami cadangkan anda pergi ke Pusat Pemprosesan Madu Inderapura di Kuantan Pahang. Apa yang menarik di sini?

Lokasi Pusat Proses Madu

Pusat Pemprosesan Madu Inderapura yang terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura Kuantan, KM 13 Jalan Kuantan-Pekan merupakan pusat pemprosesan madu di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM. Pusat ini juga telah memperolehi pentauliahan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang dikawalselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pentauliahan dua sijil ini memberikan produk keluaran kami setanding dengan produk kontemporari sekarang.

Bangunan kilang yang berkeluasan 1200 kaki persegi ini dioperasikan oleh syarikat Honey Plus Resources yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun Januari 2018. Kilang ini mempunyai kelengkapan memproses madu dengan kapasiti 1000kg sebulan menggunakan 2 mesin pengeringan madu yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Buat masa kini hanya 2 jenis madu yang diproses di kilang ini iaitu Madu Kelulut dan Madu Lebah Tualang. Sumber madu diperolehi daripada Ladang Ternak Kelulut Beetoq di Campstay Sg Lembing dan juga daripada para penternak kelulut yang berdaftar dengan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang, PUKP yang juga merupakan ahli Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia, GPUKM. Manakala sumber madu tualang diterima daripada para pencari madu tualang di sekitar Pahang dan Terengganu.

Kerjasama dengan Universiti

Selain daripada pemprosesan madu, kilang juga telah berkerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang untuk memproses roti lebah atau Pollen Kelulut. Pollen Kelulut merupakan sari bunga yang dikumpulkan oleh kelulut dan disimpan dalam kantung pollen serta mengalamai proses frementasi yang lengkap. Mesin pemprosesan beebread kelulut yang dibekalkan oleh UMP berkemampuan mengeringkan 500gram beebread dalam tempoh sejam. Kami sentiasa berkerjasama untuk meningkatkan kadar pengeluaran beebread pada masa hadapan.

Pusat Pemprosesan Madu Inderapura juga menjalinkan kerjasama dengan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia, UIAM dalam menjalankan aktiviti pengekstrakan propolis kelulut. Pengkaji UIAM telah menjalankan kajian untuk memudahkan proses pengekstrakan propolis mentah kepada propolis tulen dengan cara yang mudah. Propolis tulen yang terhasil dapat digunakan dalam penghasilan produk kosmatik dan kesihatan yang lain. Syarikat akan menghasilkan produk hiliran berasaskan propolis tulen yang telah dihasilkan ini.

Apa yang boleh diperolehi?

Pelanggan boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk kelulut dan melihat bagaimana madu diproses sehingga siap dibotolkan. Selain daripada mendapatkan produk madu beetoq yang berkualiti tinggi, pelanggan juga dapat berkongsi ilmu penternakan kelulut dan pemprosesan madu kelulut. Untuk membuat temujanji, boleh hubungi 011-63423433 atau email ke honeyplusresources@gmail.com. Selain dari itu, pelanggan juga boleh mendapatkan produk kami secara atas talian di laman sesawang https://beetoq.com/beetoq-mart/.


Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli