Serangan BSF - Update

Telah lama tidak bercoretan dalam ruangan ini. Apabila buka menu komen, terdapat banyak komen yang tidak terjawap. Antara banyak komen-komen para pelayar blog ini, saya tertarik dengan permintaan untuk saya menulis sambungan mengenai serangan Black Soldier Fly, BSF yang telah mengegarkan seluruh industri kelulut di tanah air sekitar tahun 2016-2017. Memang serangan BSF adalah antara serangan haiwan perosak yang amat berbahaya kepada industri kelulut tetapi bukan BSF sahaja yang menjadi punca kemusanahan koloni kelulut. Serangan Kumbang Pollen juga menjadi antara punca utama di samping cuaca kemarau panjang yang berlaku telah melemahkan koloni kelulut dan seterusnya mendedahkan kepada serangan haiwan perosak ini. Saya akan membicarakan mengenai serangan kumbang pollen dan cuaca pada entry yang lain di masa depan.

Pada Entry ini, saya akan menumpukan penulisan mengenai serangan BSF.

BSF, Up Close & Personal
Inilah rupanya BSF. Berikut adalah definasi BSF mengikut WIKIPEDIA.

Source : Wikipedia.org
The adults of Hermetia illucens measures about 16 mm (5/8 inch).[3] These medium-sized flies have a body predominantly black, with metallic reflections ranging from blue to green on the chest and sometimes with a reddish end of the abdomen. The second abdominal tergite has translucent areas, from which the specific Latin epithet derives. The head is wide, with very developed eyes. The antennas are about twice the length of the head. The legs are black with whitish tarsi. The wings are membranous, in the resting time they are folded horizontally on the abdomen and overlapped.[4]

Hermetia illucens is a mimic fly, very close in size, color, and appearance to the organ pipe mud dauber wasp and its relatives. The mimicry of this particular kind of wasp is especially enhanced in that the fly's antennae are elongated and wasp-like, the fly's hind tarsi are pale, as are the wasp's, and the fly has two small transparent "windows" in the basal abdominal segments that make the fly appear to have a narrow "wasp waist".[4]

Berikut adalah Kitaran Hidup BSF bermula daripada sel telur hinggalah menjadi BSF dewasa yang matang.
Ciri-ciri Utama BSF:

  1. BSF matang hanya boleh hidup dalam masa 5 - 8 hari sahaja. BSF dewasa tidak makan kerana tidak mempunyai mulut tetapi boleh menyedut air sahaja. Seluruh kitaran hidup BSF dewasa hanya untuk mencari pasangan dan mengawan bagi kelangsungan spesis
  2. BSF betina mampu bertelur antara 600-800 telur dalam satu kitaran hidup. Kebiasaannya telur ini akan diletakkan berdekatan dengan sumber makanan.
  3. Larva BSF memerlukan masa 10-14hari sebelum memasuki fasa pre-pupal. BSF dewasa akan keluar daripada pupa dalam tempoh 7 hari.
Celahan antara kayu kotak topping disebabkan cuaca dan pembinaan yang kurang sempurna
Seperti yang dinyatakan di atas, BSF dewasa akan meletakkan sel-sel telurnya ditempat yang berdekatan dengan punca makanan. Kebiasaannya serangan BSF akan terjadi selepas proses tuaian madu dilakukan oleh penternak. Semasa proses tuaian, berlakunya lelehan madu yang akan terkumpul di satu sudut/ruangan dalam kotak topping. Bau madu yang masam inilah akan menarik perhatian BSF betina untuk meletakan sel-sel telurnya dicelahan kayu di kotak topping tanpa perlu masuk dalam sarang kelulut. Larva yang telah menetas yang bersaiz kecil akan memudahkannya bergerak masuk dalam kotak topping melalui celahan kayu terusmencari punca takungan madu yang meleleh tadi. Bayangkan sekitar 600-800 sel larva yang terhasil, sudah pastinya askar-askar kelulut yang menjaga kebersihan dan keselamatan sarang tidak mampu menangkis serangan larva BSF ini. Itu baru seekor BSF yang bertelur.. kalo sampai 10 ekor BSF betina yang bertelur, maka kemusnahan koloni akan tidak dapat dielakkan lagi.

Larva BSF dalam pelbagai size


Gambaran yang diberikan di atas adalah Larva BSF yang sudah mencapai tahap PUPA. Terdapat juga larva yang masih kecil. Ini bermakna serangan BSF sentiasa bertali arus sehinggalah koloni musnah sepenuhnya apabila larva ini mula memakan sel-sel telur dan semua simpanan madu dan pollen yang berada dalam kotak topping. Semua madu akan tertumpah apabila larva ini mengorek kantung madu dan menyebabkan kotak topping dibanjiri dengan madu. 

Log dibakar?

Akhirnya sebilangan penternak akan membakar log yang terkena serangan bagi mengelakkan serangan di log-log yang berdekatan. Adakah tindakan membakar ini adalah pilihan yang betul? Memusnahkan kesan serangan adalah satu tindakan yang betul untuk mengelakkan penyebaran serangan. Tetapi adakah tindakan betul diambil dengan membakar log-log tersebut? saya tinggalkan persoalan ini untuk tuan/puan berikan dalam ruangan komen di bawah. Kalau mendapat sambutan yang memberangsangkan saya akan menulis pula di entri selanjutanya apa yang boleh kita lakukan dengan log2 yang terkena serangan BSF ini?

Lawatilah website syarikat kami di www.maduplus.com atau FB di www.facebook.com/Honeyplusresources
#MaduPlusMart
#MedicinalHoney
 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut