Posts

Showing posts from June, 2010

Penternakan Ikan Keli

Image
Kepada kengkawan yang berminat untuk menjalankan Penternakan Ikan Keli digalakkan untuk membeli eBook Penternakan Ikan Keli yang berharga RM50.00 sahaja. Dalam EBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1) Ini Akan Mendedahkan Bagaimana Kaedah Ternakan Ikan Keli Yang WAJIB Diikuti Oleh Para Penternak Bagi Mendapatkan Hasil Ternakan Yang Lumayan. Terdapat 12 Panduan Berguna Untuk Mempastikan Ikan Yang Diternak Dapat Terus Hidup Sehinggalah Dapat Dituai Untuk Jualan. Di dalam Panduan Ini Juga Didedahkan Bagaimana Untuk Mengelakkan Air Ternakan Ikan Keli Berbau Hanyir Dan Mengganggu Ketenteraman Awam Khususnya Ternakan Yang Dilakukan Dikawasan Kediaman. "Betapa Kita Telah Susah, Jangan Pula Susah Berterusan!!" Panduan Asas Ternakan Ikan Keli Ini Akan Membimbing Anda Memulakan Usaha Ternakan Ikan Keli Sama Ada Secara Kecilan Mahupun Secara Komersil Panduan Ringkas & Mudah Difahami Men

Pajero Buruk

Hari ini merupakan akhir terakhir dalam bulan Jun 2010. Tak tahu nak coretkan apa bagi menutup blog untuk bulan Jun dan menyambut bulan Julai 2010. Tapi apa yang pastinya dalam bulan Jun ini banyak keputusan besar yang telah aku buat. Yang pertamanya adalah hajat untuk membeli 4WD buruk telah tercapai. Bolehlah Pajero Buruk ner aku bawak ke Kebun dan tapak projek aku yang masih terbengkalai. Tanah 3 ekar bekas Projek Serai aku masih belum berusik. Pagi tadi aku bersarapan dengan rakan kongsi serai aku. Dalam bersembang dia memaklumkan sahabat kami yang melaksanakan Projek Tanaman Serai dengan Moja Ventures dengan keluasan tanaman seluas 8 ekar mengalami masalah yang sama dengan kami. Tapi kami bernasib baik kerana keluasan tanaman yang terlibat hanyalah 1 ekar walaupun sasaran asal untuk menanam kesemuanya. Dimaklumkan rakan kami sudah tak berani nak pergi ke tapak projeknya kerana takut dengan tuan tanah sebab beliau menyewa tanah tersebut untuk menjalankan projek tanaman serai ini. R

Teknologi biogas hasil teh serai

Oleh LAUPA JUNUS Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI Artikel : Utusan @ 21/6 Najwa Mohd. Nor menunjukkan sistem biogas yang digunakan untuk memproses serai mentah dan menghasilkan teh. USAHLAH bertanya kepada sesiapa apakah khasiat dan manfaat Cymbopogon citratus kerana ramai akan terpinga-pinga? Namun menyebut sahaja serai, ramai akan tersenyum kerana telah maklum bahawa herba tersebut sudah diketahui khasiatnya sejak turun temurun. Serai biasanya digunakan dalam masakan bukan sahaja kerana khasiatnya tetapi juga aroma yang membuka selera. Sebab itu, banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) memanfaatkan serai sama ada untuk dijadikan masakan atau rempah yang telah ditumbuk untuk kegunaan masakan. Pada masa sama, penyelidikan untuk mencari khasiat serai terus dijalankan, bagi mencari kemungkinan sebatian aktif dalam serai boleh bertindak dalam melawan penyakit tertentu. Manfaat serai Menyedari serai mempunyai pelbagai kegunaan, sebuah syarikat tempatan, Rapat Nusantara Sdn. Bhd. mema

Rumah Burung

Image
Rumah burung. Rekebentuk dalaman rumah burung

Green Agro World - Tanaman Cili & Sayur

Image
Tambahan info Projek Tanaman Cili & Sayur...

Green Agro World - Tanaman Cili & Sayur

Semasa melayari internet saya terbaca mengenai artikal Projek Usahasama Tanaman Cili dan Sayuran yang dilaksanakan oleh Syarikat Green Agro World. Detail syarikat adalah spt berikut; Syarikat Green Agro World telah didaftarkan sebagai syarikat milikan tunggal 100% milik Bumiputera. Bernombor pendaftaran SA 0110484-P syarikat ini di alamat di L1-63, Tingkat 1, Klang City Square, Jalan Nangka / KU1, 41400 Klang, Selangor. Syarikat ini menjalankan aktiviti perkongsian modal untuk mereka yang berminat dengan pertanian tetapi masalah nak menanam, menjaga dan menuai. Para peserta akan diminta membayar modal dan dijanjikan dengan kadar pulangan tetap secara bulanan. Detail jumlah bayaran modal dan pulangan spt di bawah. Konsep Perlaksanaan Projek Usahasama: Projek Usahama ini adalah program khas anjuran syarikat dalam menyokong visi dan misi syarikat untuk menjadi pembekal utama hasil tanaman cili serta tanaman sayuran berdaun serta ulam di Malaysia. Rangka program yang sangat str

Jenis Burung Walit

Image
Tahukah anda terdapat 13 spesis walit di Malaysia. Daripada 13 spesis tersebut hanya dua spesis yang boleh menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Ia terdiri daripada spesis Aerodramus Fuciphagas dan Aerodramus Maximus daripada keluarga apodiade. Ianya tergolong dalam keluarga apodiformus yang bermaksud berkaki lembik dan ia tidak berupaya untuk memijak kaki ke tanah. walaubagaimanapun ia mempunyai sepasang kaki yang berkuku mampu mencengkam dengan kuat. Mempunyai saiz badan antara 7.5cm - 23cm serta hidup dalam kelompok yang besar. Mampu terbang dalam keadaan gelap menggunakan ecolocation seperti kelawar. source : www.jahaniwalit.com