Cabaran Penternakan Kelulut : Serangan Beruang
Pada 3 Julai 2017, mencatatkan sejarah dalam pengalaman kami menternak lebah kelulut. Ladang kami di Sungai Lembing yang bersebelahan dengan hutan telah diserang dengan beruang. Pada awal pagi isnin, kami mendapat perkabaran yang mendukacitakan daripada sahabat di sana bahawa beruang telah datang bertandang ke ladang kami pada malam harinya. Menurut beliau antara 8-9 log yang telah diganggu dan ada antaranya yang sudah musnah kesemuanya.
Disebabkan kekangan kerja, pada hari selasa kami baru dapat turun ke ladang sg lembing bagi meneliti kemusnahan yang dilakukan. Hasil yang kami dapati adalah seperti berikut:-
- 2 Log H.itama telah musnah sepenuhnya
- 1 Log Canifron telah musnah sepenuhnya
- 3 Log T.binghami telah musnah sepenuhnya
- 1 Log H.itama dapat diselamatkan (log keras/pokok rambutan)
- L log G. thoracica dapat diselamatkan (log keras)
Cik Beruang juga telah membawa lari satu log masuk ke dalam hutan. Log tersebut kami berjaya temukan 20 meter di bawah bukit dan telah musnah sepenuhnya. Hasil pemerhatian kami juga mendapati, Cik Beruang amat meminati log kelulut spesis berdamar ini kerana log berdamar telah musnah. Cik Beruang juga amat memilih juga kerana kesemua log yang diserang antara log yang berada dalam keadaan reput dan proses trimming log oleh hunter telah menipiskan ketebalan log dan mendedahkan sebahagian sarang.
So langkah pencegahan yang kami akan laksanakan segera kerana cycle pergerakan cik beruang dijangka antara 4-7 bulan lagi adalah seperti berikut:-
- Pemasangan lampu spotlight bermasa untuk menerangi kawasan pada waktu malam.
- Pemasangan pagar karan melingkungi kawasan penternakan sahaja (0.3 ekar).
- Membaik pulih log yang reput atau terdedah sarang dengan papan atau di simen fero
- Memasang orang-orangan di lokasi kebun.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua.
Anggaran Kos kerugian dalam lingkungan RM5K. Angaran Kos baikpulih & defence system : RM5K juga.. Kepada Allah kami berserah.
Comments