Tanaman Vanila
Artikal daripada AgroBiz : Utusan Malaysia TEMERLOH 9 Jan. - Secara umumnya apabila berbicara mengenai vanila, ramai yang membayangkan kesedapan dan aroma perasa itu apabila dicampurkan ke dalam kek, ais krim, roti atau minuman karbonat. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana vanila dihasilkan. Malah, ramai juga yang tidak mengenali dari segi rupanya, bagaimana untuk mendapatkannya dan dari negara mana ia berasal. Dari sudut sejarah, vanila ialah sejenis tumbuhan liar yang ditemui di Amerika Selatan. Ia telah digunakan oleh kaum asli Mexico sebagai penyedap tembakau sejak berkurun yang lalu. Pada 1721, vanila dibawa ke Eropah oleh orang Sepanyol sebelum dibawa oleh penjajah Belanda ke Bogor, Indonesia pada 1819. Sejak 1850, vanila mula ditanam secara komersial di Indonesia apabila ia telah berjaya didebungakan. Sejak itu, ia semakin digemari kerana keaslian aroma dan perisa aslinya.Meskipun terdapat vanila sintetik yang dikenali sebagai vanilin, namun bahan sebatian itu da...