Happy Mothers Days
To All mothers, happy mothers day. Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang untuk menyambutnya dengan adik beradik yang lain dirumah emak di Kota Tinggi Johor. Cuti Hari Hol di Pahang membolehkan saya sekeluarga pulang ke rumah emak di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Hari Ahad, rumah emak dipenuhi dengan jeritan anak sedara yang sedang meningkat umurnya. Sungguh riuh sekali tetapi terasa tetap aman dengan keriuhan tersebut. Selama 3 hari dirumah emak bermakna selama 3 hari juga saya tidak ber'online'. Terasa hendak melapangkan fikiran sepuas-puasnya dirumah emak. Malas nak fikirkan mende lain. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, mata aku tak lepas2 melihat kiri dan kanan jalan yang sedang rancak dibina rumah burung. Bermula selepas bandar Pekan hinggalah ke sempadan Endau-Rompin. Sempat juga aku snap beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Nantilah bila ada kesempatan gambar tersebut akan diupload kemudian. Semasa dalam perjalanan juga kami singgah di Gerai Le...