Posts

Showing posts from January, 2014

Pemisahan Koloni

Image
Pertama kami melakukan proses pemisanhan yang dipelajari daripada YouTube. Saya tak pasti sama ada ianya akan berjaya atau tidak kerana koloni yang ketiadaan ratu akan mengambil masa sedikit untuk menghasilkan sel ratunya sendiri apabila telah menyedari ketiadaan ratu dan seterusnya ratu menetas dan mengawan sendiri. Ianya lebih kepada try n error. Semoga dipermudahkanNYA.  Koloni Asal  Koloni yang baru   Lokasi Koloni lama dan baru

Kotak Kelulut

Image
Kotak Kelulut untuk dijual Kotak Kelulut untuk dijual. RM75.00 per kotak dan min order adalah 10 Set. Kos penghantaran mengikut lokasi. Sekiranya berminat sila call saya di talian 013-9213433. Required min 1 minggu untuk proses pembuatan. Tengah pening camne nak tegak pic ne.... any idea?

Overdrive Phase

Image
Projek aku mengalami fasa overdrive disebabkan keadaan persekitaran yang amat berisiko. Ianya perlu dilaksanakan bagi menyelamakan koloni yang masih ada. Sejak diserang oleh monyet/kera beberapa kali yang telah memusnahkan beberapa koloni maka kami memutuskan untuk mengambil langkah drastik dengan memindahkan koloni kelulut ke dalam kotak kelulut yang diperbuat daripada kayu dan diletakkan di atas platform yang dibina khas. ini akan menyebabkan sarang berada dalam keadaan kukuh dan tidak mudah jatuh atau tumbang apabila ditolak oleh monyet/kera. Tiang2 kotak kelulut Platform Kelulut last sekali adalah memindahkan koloni kelulut daripada batang balak/kayu kepada kotak kelulut yang dibuat khas. Proses pemindahakan ini hendaklah dibuat dengan berhati-hati bagi mengelakkan ratu kelulut mati/lari dan sarang terjejas dengan teruk. Lupe doh camne nok tegakkan pic ne.. dalam folder molek je.

Selamat Tahun Baru 2014

Image
Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Kelulut Terbaru : Pemasangan Tiang Projek Ternakan Kelulut terpaksa mengambil langkah kritikal dengan mengubah modus operandi setelah kotak2 madu yang telah sedia untuk dituai, rosak ke semuanya apabila diserang dengan kera/monyet liar yang kelaparan disebabkan musim tengkujuh. Langkah pertama adalah menyediakan tiang untuk meletakkan kotak2 kelulut nanti. Kotak2 kelulut sekarang ini sedang dalam proses pembinaan oleh tukang kayu yang baru dilantik setelah lama pending. Once ready koloni kelulut sedia ada akan dipindahkan ke dalam kotak kelulut dan kemudiannya diletakkan atas platform yang disediakan. Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah : Pembinaan Pondok Projek Lebah juga mengalami nasib yang sama. Daripada 5 haif pada permulaan, yang tinggal hanya 3 apabila 2 haif kosong disebabkan koloni yang lari. Mungkin disebabkan limpahan hujan yang melampau menyebabkan keadaan kotak lebah yang lembab dan mempercepatkan