Roti Lebah aka Beebread Kelulut




BeeBread atau Roti Lebah

Sebagai penternak kelulut, selain daripada penghasilan madu sebagai produk utama, kelulut juga menghasilkan Roti Lebah (Beebread) yang mempunyai pasaran yang tersendiri.  Beebread dihasilkan daripada Pollen yang merupakan serbuk sari jantan pada bunga yang juga dikenali sebagai sumber makanan paling sempurna  dan berkhasiat dari alam semulajadi kerana mempunyai lebih daripada 200 jenis nutrisi di dalamnya, yang semuanya diperlukan oleh tubuh. Bee pollen kaya dengan protein (kira-kira 40% protein), asid amino bebas, vitamin, termasuk B- kompleks, dan asid folik dan ianya adalah lebih kaya dengan protein daripada mana-mana sumber haiwan. Ia mengandungi asid amino lebih daripada daging lembu, telur, atau keju yang sama berat. Kira-kira separuh daripada protein adalah di dalam bentuk asid amino bebas yang sedia untuk digunakan secara langsung oleh badan. Ia datang dari serbuk sari yang mengumpulkan pada tubuh lebah. Bee pollen juga terdiri daripada liur lebah. Kandungan nutrisi dalam setiap pollen adalah berbeza-beza, bergantung dari sumbernya.

Dr Gabriel Cousens MD, telah menyenaraikan debunga lebah sebagai salah satu daripada 22 tenaga makanan yang paling disyorkan beliau. Debunga lebah boleh digunakan secara perubatan untuk pelbagai keadaan kesihatan prostat daripada keadaan kulit dan boleh membantu membetulkan ketidakseimbangan pemakanan tertentu di dalam badan.

Perbezaan Beebread Kelulut dengan Bee Pollen?

Apakah perbezaan ketara antara BeeBread Kelulut dengan Bee Pollen yang anda perhatikan? Adakah sama atau ada perbezaannya? Untuk makluman anda, bee pollen yang banyak terdapat di pasaran adalah pollen yang dihasilkan oleh Lebah Madu. Pollen ini yang dikumpulkan oleh lebah yang disimpan pada kakinya akan dikumpulkan oleh penternak menggunakan Pollen Trap yang diletakan di pintu masuk haif lebah. Disebabkan saiz pollen trap ini kecil, maka pollen yang terletak di kaki belakang lebah akan terjatuh semasa lebah melaluinya. Buntilan pollen ini akan terkumpul dalam takungan dan dikutip oleh penternak.
Berlain pula dengan beebread kelulut. Sari Bunga yang dikumpulkan oleh setiap kelulut akan disimpan dalam kantung/pot bersama dengan bahan-bahan lain. Kemudian pot ini ditutup kemas apabila telah penuh dan akan mengalamai proses frementasi pada satu jangkamasa lama. Bee Pollen yang telah terfrementasi inilah yang dinamakan Beebread Kelulut serta mempunyai 1001 khasiat.
   

Manfaat Beebread


Walaubagaimanapun, kajian khasiat beebread Kelulut masih belum dibuat secara meluas, maka khasiat Bee Pollen dijadikan sandaran. Bee Pollen menjadi sangat penting bagi penjagaan kesihatan, optimalisasi stamina tubuh (tidak mudah lelah) dan peningkatan daya tahan tubuh secara keseluruhan, baik terhadap penyakit maupun terhadap tekanan fizikal dan psikologi.

Bagi individu yang ingin mengamalkan bee pollen sebagai khasiat tambahan, ianya dapat:-

Menyokong proses pertumbuhan dan perkembangan anak, terutama sel rangkaian otak.
Pemakanan tambahan bagi wanita hamil dan menyusui.
Meningkatkan daya berfikir dan daya konsentrasi baik untuk anak, remaja , usia sekolah dan dewasa .
Meningkatkan stamina tubuh bagi para penggemar olah raga, untuk mencapai prestasi tertinggi.
Meningkatkan daya kekebalan tubuh terhadap pelbagai serangan penyakit.
Sebagai penstabil sistem metabolisme tubuh.
Mempertahankan dan memelihara sistem pembiakan baik lelaki maupun wanita.

Bagi pesakit yang menghidapi penyakit, Bee Pollen menjadi sebagai pemulih dari pelbagai cara iaitu antara lain:

Pemulihan keletihan, fizikal mahupun psikologi.
Menangani masalah nafsu makan yang hilang akibat pelbagai penyakit.
Menangani kekurangan pemakanan.
Menghalang berlakunya proses penuaan (degenerasi) yang awal.
Menangani pelbagai halangan yang berkaitan dengan kelainan jantung.
Membantu masalah pada pembuluh darah (penyempitan dan kelenturan).
Menangani masalah darah (kurang darah / anemia).
Membantu memulihkan gangguan sistem pencernaan (termasuk cirit-birit kronik, sukar buang air besar, jangkitan usus ).
Membantu kekurangan daya penglihatan akibat kekurangan gizi atau zat.
Meringankan sakit-sakit sendi.
Masalah lain seperti kelainan kulit yang disebabkan kekurangan zat pemakanan.
Menjaga rangkaian yang sihat dan mencegah kanser.
Memberikan daya seksual.
Menghilangkan rasa penat.
Meringankan keletihan mental.
Meningkatkan kekuatan daya fikir .
Membantu mengatasi masalah jantung kerana bee pollen kaya dengan enzim yang dikehendaki badan .
Menjaga agar sel sel tetap muda melalui kemas kini sel
Sebagai antioksidan yang paling bekhasiat berbanding dengan makanan semulajadi lain .

Tahukah Anda?

De Senectute , buku karya Cicero ( 106-43 SM ) , seorang pujangga Rom , malah menuliskan bahawa hampir setiap rumah tangga Romawi selalu menyimpan madu dan bee pollen sebagai pelengkap makanan , yang dipercayai sebagai anugerah tuhan untuk melindungi kesihatan manusia .

utk Membeli Beetoq Beebread, sila klik.


atau simply clicking https://www.wasap.my/601163423433.

Pengurus kami akan melayani keperluan anda segera.




Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut