Posts

Showing posts with the label Moja Ventures

Ramadhan Datang Lagi

Selamat menyambut Ramdhan kepada semua pembaca. Moga Ramadhan yang hadir pada kali ini membawa seribu rahmat kepada semua warga Malaysia. Bulan yang penuh berkah ini agar dapat dipenuhi dengan ibadat dan kerja2 yang membawa manfaat kepada semua. Rakan kongsi projek serai aku ada menelefon dalam dua hari lepas memaklumkan beliau dapat berjumpa dan towkeh Moja Ventures semasa pulang melawat kubur orang tuanya di Kuala Terengganu. Melaluinya kami dapat menghubungi En Rahman, orang kuat Moja yang mana kami pernah berurusan jualbeli serai sebelum urusan seterusnya dibatalkan kerana kegagalan pihak pembeli membuat pembayaran. Dua2 towkey Moja ini sudah membuat business yang lain dan menurut kata mereka, projek tidak menjadi disebabkan kontrak pembekal tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat di India disebabkan harga yang lebih kompetatif berbanding Malaysia. Aku kurang termakan dengan alasan yang diberikan kerana pada aku, sebelum kita buat kerja seharusnya bahagian pemasaran dip