Posts

Showing posts with the label Penyakit serai

Status Pokok , Baja & Racun

Image
Sudah lama tidak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Pertukaran tempat kerja yang baru menyebabkan masa senggang terlalu kurang untuk membolehkan saya meluangkan masa menulis dalam ruangan ini. Dalam coretan yang lalu saya ada melaporkan mengenai serangan Bena Perang terhadap tanaman serai saya. di sini saya ingin memaparkan bukti mengenai serangan tersebut. Daripada gambar di atas jelas kelihatan pokok yang terkena serangan menjadi kering dan layu. sekiranya tidak dibuat pencegahan segera, rumpun ini akan terus kering dan mati. Kalau tuan2 nak cari tanda serangan bena perang ini, bolehlah tuan2 cabut 2-3btg pokok serai dan belah batangnya. sekiranya terdapat tanda2 korekan pada batang, maka tuan2 akan nampak ulat/anak bena perang sedang bersembunyi ditengah2 batang2 tersebut. pokok2 lama kelamaan akan kering dan mati kerana ulat2 tersebut memakan bahagian tengah batang. Setelah dinasihatkan oleh seorang kawan, saya menggunakan racun AGR Malathion. racun ini ada d...

Serangan Bena Perang

Serangan ulat yg dialami rupa-rupanya adalah disebabkan Bena Perang. Sudah disahkan oleh Pakar. Ulat tersebut berada dalam batang pokok setelah menetas daripada telur. Hidup dengan memakan cairan dalam batang sehingga menjadi matang dan bertukar kepada kepompong. Pokok yang diserang akan menjadi layu dan ahkirnya mati. Bahagian yang diserang : Pangkal batang Pokok Serai Peringkat diserang : Mula tanam hingga dituai Tanda Kerosakan Serangga dewasa dan anak jelmaan merosak pokok padi secara menghisap cairan pokok dan menyebabkan pembesaran pokok terbantut. Jika populasi perosak tinggi dan dibiarkan tanpa kawalan, pokok serai akan menjadi kuning dan akhirnya kering. Keadaan ini disebut "hopper-burn" sama spt pokok padi. Kawalan Sembur racun serangga yang disyorkan apabila populasi bena perang mencapai 20 ekor dewasa/perdu dan 50 ekor anak/perdu. Jenis racun yng disyorkan adalah buprofezin, buprfezin + isoprocard, imidacloprid, fipronil dan thiamethoxam. dicadangkan menggunakan R...

Serangan Ulat

Image
Ulat dalam btg serai.. Ternyata projek ini penuh dengan cubaan dan rintangan. ingatkan tanam serai ini tanamanya tahan lasak dan kurang serangan penyakit. tapi ternyata jangkaan awal meleset belaka. Pokok-pokok serai yang mulanya merimbun hijau makin layu dan kering. rimbunan yang besar dan gemuk semakin jadi mengecil dan akhirnya layu dan kering. Pening jugak kepala bila melihat pokok2 serai yang sudah hampir matang semakin layu dan kering. So, kami memulakan siasatan rapi dengan mencabut beberapa rumpun serai yang terkena penyakit. saisatan terhadap batang serai mendapati terdapat kesan lecur dan lubang yang banyak. kebanyakkan pangkal batang serai mereput dan apabila batang disiat, kami mendapati terdapat banyak ulat yang mendiaminya. terdapat juga ulat yang sudah menjadi kepompong. so, kami simpulkan, pokok serai kami sudah diserang serangga. terpaksa ler kami merujuk kepada Moja Ventures dan Peladang untuk membeli racun yang sesuai. kami akan maklumkan kepada semua pembaca racun ...