Cabaran Penternakan : Pagar Elektrik Keselamatan

Pagar Elektrik Keselamatan

Setelah mencuba pelbagai petua yang telah dikongsikan kepada kami seperti pemasangan spotlight, pasang unggun api, pasang ubat nyamuk dan pasang perangkap yang diuruskan oleh PERHILITAN Pahang, akhirkan pihak kami terpaksa akur dengan keperluan memasang pagar elektrik keselamatan. Setelah berhabisan duit dan tenaga, maka pagar elektrik kami telah siap dipasang dan diuji tahap pengoperasiannya.

Walaupun pengetahuan mengenai pemasangan dan pengoperasian pagar elektrik kosong pada mulanya. Berkat kesabaran bertanya kepada ramai orang dalam Group Kelulut Pahang, maka supplier peralatan yang berpatutan telah kami jumpai dan berurusan dengan jayanya. Beliau tidak lokek memberikan khidmat nasihat secara jarak jauh menerusi aplikasi wassup. 



Pihak kami menantikan masa yang sesuai untuk memindah masuk log kelulut di lokasi asal. Pada masa ini operasi pemindahan terpaksa ditunda beberapa kali disebabkan cuaca yang tidak menentu. Hujan merupakan penghalang utama yang membantukan operasi pemindahan ini. Semoga Allah akan membantu kami dalam operasi pemindahan akan datang. Banyak kudrat diperlukan untuk membawa naik log yang rata2nya teramat berat untuk naik ke bukit ne.

Kepada mereka yang memerlukan peralatan Pagar Elektrik Keselamatan, bolehlah menghubungi pembekal saya ini.
1) En Azhar. Kelantan 011-1790 1035
2) Mr Ken Soh. Crilight Selangor 013-800 0168

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut