Posts

Showing posts with the label serangan BSF. Serangga Black Soldier Fly.

Serangan BSF - Update

Image
Telah lama tidak bercoretan dalam ruangan ini. Apabila buka menu komen, terdapat banyak komen yang tidak terjawap. Antara banyak komen-komen para pelayar blog ini, saya tertarik dengan permintaan untuk saya menulis sambungan mengenai serangan Black Soldier Fly, BSF yang telah mengegarkan seluruh industri kelulut di tanah air sekitar tahun 2016-2017. Memang serangan BSF adalah antara serangan haiwan perosak yang amat berbahaya kepada industri kelulut tetapi bukan BSF sahaja yang menjadi punca kemusanahan koloni kelulut. Serangan Kumbang Pollen juga menjadi antara punca utama di samping cuaca kemarau panjang yang berlaku telah melemahkan koloni kelulut dan seterusnya mendedahkan kepada serangan haiwan perosak ini. Saya akan membicarakan mengenai serangan kumbang pollen dan cuaca pada entry yang lain di masa depan. Pada Entry ini, saya akan menumpukan penulisan mengenai serangan BSF. BSF, Up Close & Personal Inilah rupanya BSF. Berikut adalah definasi BSF mengikut WIKIPEDIA.