Kelulut Kristal @ Ladang Sungai Lembing

Ladang Kelulut Kristal
Sudah lama tidak mencoretkan sebarang post dalam blog ini. So posting kali ini saya nak tunjukan progress ladang baru saya di Sg Lembing. Kawasan ini berkeluasan 3 ekar dan luas kawasan yang baru dibersihkan hanyalah less then suku ekar. Ia dibuat berdasarkan skala ketebalan dompet saya.
Buat masa sekarang sejumlah 20koloni kelulut telah ditempatkan dilokasi ini. 14 Log Kelulut Berdamar ( T.binghami, T. Aleacea, T. melanouca, T. canifron,), 4 log H.itama, 1log L.latipes dan 1 log G.Thoracica.

Memandangkan lokasi ladang bersebelahan dengan hutan, maka semua koloni kelulut berdamar telah berkembang dengan baik. Kami sedang berusaha untuk mendapat spesis berdamar yang lain sepeti T. apicalis, H. fimbriata, T.colina etc. Apicalis dan Fimbriata telah dipesan dan akan dihantar dalam waktu terdekat. Kami menjangka sehingga 40 log yang akn ditempatkan dilokasi ini dengan fokus untuk menghasilkan madu kristal yang premium. Sekiranya semua koloni berkembang baik, kami menjangkakan produk madu kristal kami yang pertama dituai dalam bulan Jun nanti. 3 bulan daripada sekarang.

Spesis kelulut yang memerlukan damar 
Spesis yang memerlukan damar ialah semua spesis dalam genus Homotrigona, Odontotrigona, Platytrigona, Tetragonilla serta beberapa genus Tetragonula, Lophotrigona (L. canifrons) dan Lisotrigona (L. carpenteri) (kredit : www.kelablebahkelulut.com)

Pokok sumber damar
Jenis-jenis yang mana damar diperoleh ialah pokok-pokok dipterokarpa seperti keruing, meranti, cengal, resak, balau dan lain-lain. (kredit: www.kelanlebahkelulut.com)


Kawasan Ladang sebelum dibersihkan.

Selepas dibersihkan dengan penempatan log kelulut

Kawasan Ladang yang baru dibersihkan mengikut fasa

Sejuk mata memandang berat lagi kaki nak heret log naik bukit tu

Progres Log H. itama

Sang KelulutKu yang sedang mengambil resin pokok manggis
Next entry saya akan kongsikan semua jenis2 kelulut yang ada dalam ladang kami nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut