Khasiat Madu Kelulut


Anugerah Alam Semulajadi/ Gift from Nature


Beetoq Madu Kelulut ialah anugerah alam semula jadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan serta antipengoksida semula jadi.


Fakta Am Madu Kelulut:-
  1. Madu Kelulut mengandungi kandungan lembapan sehingga 35% dan ianya tinggi berbanding madu lebah iaitu 25%. 
  2. Madu kelulut mempunyai nilai pH 3.15-6.64. Ini menyebabkan madu kelulut bersifat asid dan mampu menyekang pembiakan bakteria dan kulat.
  3. Madu Kelulut mempunyai kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) yang rendah pada madu mentah.
  4. Madu Kelulut mempunyai kandungan penurunan gula (reducing sugar) Fruktose dan Glukose antara 60-75%. Manakala Sukrose dan Maltose dalam peratusan yang sangat rendah.
  5. Madu Kelulut mengandungi sehingga 14 mineral tetapi kandungan mineral yang paling banyak dikesan adalah Kalium, Natrium, Calsium & Magnesium.
  6. Madu Kelulut mengandungi Fenolik Asid tumbuhan yang menunjukkan bahawa madu ini adalah asli. Kajian mendapati sehingga 14 sebatian fenolik terdapat dalam madu kelulut.
  7. Madu Kelulut mempunyai warna kuning cerah sehinggalah hitam.  Ianya bergantung kepada jenis nektar bunga yang dihisap lebah, keadaan cuaca dan pemprosesan madu.
  8. Madu Kelulut mengandungi bakteria probiotik yang banyak berbanding dengan minuman berkultur lain dipasaran. 


POTENSI KHASIAT MADU KELULUT

Berikut adalah khasiat madu kelulut:-
  1. Kandungan gula ringkas boleh memberikan tenaga secara cepat ketika badan dalam keletihan.
  2. Kandungan probiotik dapat melancarkan sistem pencernaan dan sekaligus akan meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.
  3. Kandungan Fenolik, flavonoid dan Vitamin C yang berfungsi sebagai bahan antioksida dapat membantu merencatkan penyakit kronik seperti kanser, koronari arteri, degenerasi saraf, melambatkan proses penuaan. 
  4. Vitamin C yang terkandung dalam madu dapat mempercepatkan proses penyembuhan demam, selsema, bantuk dan resdung.
  5. Kehadiran asid amino iaitu antara 0.05 hingga 1.0 peratus (terutama asid amino proline) adalah sangat penting untuk pembinaan kolagen dan tisu kartilaj untuk menguatkan otot dan sendi tulang.
  6. Terdapatnya enzim seperti Oksidase, invertase, amilase dan katalase. Manakala enzim utama seperti Invertase, diastase, dan glukosa oksidase. Enzim glukosa oksidase penting dalam penguraian glukosa kepada hidrogen peroksida dan asid glukonik. Hidrogen peroksida mempunyai sifat melawan mikroorganisma patogen, manakala asid glukonik boleh membantu penyerapan kalsium dalam tulang manusia.

Produk Beetoq Kelulut Honey 270g

Kod Produk : BKH270g
Nama Produk : Beetoq Kelulut Honey 270g
Harga Jualan SM : RM109.00
Harga Jualan S&S : RM119.00


Ciri-ciri utama produk

  1. Sesuai untuk kegunaan persorangan atau keluarga yang mengamalkan madu kelulut sebagai makanan supplement.
  2. Mudah disimpan dalam ruang penyimpan rumah pada suhu bilik. Madu tidak mengalami proses penapaian dan botol tidak akan pecah.
  3. Bentuk yang menarik dan mudah dibawa ke mana sahaja. 
untuk membeli, sila klik.

Produk Beetoq Kelulut Honey 270g

Kod Produk : BKH140g
Nama Produk : Beetoq Kelulut Honey 140g
Harga Jualan SM : RM69.00
Harga Jualan S&S : RM79.00
·        

Ciri-ciri utama produk

  1. Produk ini direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan bergerak sepanjang masa.
  2. Produk ini mudah digunakan, hanya picit dan makan tanpa risko madu tertumpah.
  3. Mudah disimpan dalam beg kembara anda kerana bentuknya yang kecil.
  4. Mudah dibawa untuk kerja luar kawasan tanpa membawa botol madu yang besar dan berat.
  5. Sesuai untuk mereka yang akan mengerjakan Umrah dan Haji yang memerlukan bekalan tenaga tambahan segera dan dapat memastikan badan sentiasa sihat.
Untuk membeli produk kami, sila klik.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli