Madu Plus @ Sg Lembing

Tahun 2017 dimulakan dengan pembukaan ladang kami yang baru di Sungai Lembing Kuantan Pahang. Pencarian lokasi yang bersesuaian akan diteruskan di lokasi baru di Kg Kuala Kenau, Sungai Lembing Kuantan Pahang. Kawasan ini disewa daripada pada saudara terdekat dengan syarat kami membersihakan kebun durian beliau dan menjaganya dengan sempurna sebagai bayaran menggunapakai tanah tersebut. Dimaklumkan bahawa tanah ini berkeluasan 3 ekar dan bersebelahan dengan kawasan Hutan Simpan.


Sebelum operasi pembersihan
Selepas Operasi Pembersihan

Agak mencabar juga bagi menyiapkan kawasan ini pada mulanya. Mau taknya, pokok resam sudah dekat 6-8kaki tinggi. Letih membersihkan kawasan ini sebelum proses memasang tiang platform dimulakan. Hampir sebulan cuti sekolah 2016, aku dan partner mengusahakan kawasan ini secara sambilan. Mujurlah semangat kami kental. Bukan sahaja pokok resam yang tinggi menggalah, anak pokok pun sudah besar-besar betis bayi/budak.


Prose pembersihan kami lakukan sedikit demi sedikit. Ini kerana musim tengkujuh yang sedang mendatang menghalang/membantutkan progres kami sedikit. Tetapi alhamdullilah akhirnya kawasan yang sudah siap dibersihkan dan sedia menerima Log berkeluasan sekitar kurang lebih suku ekar je. Bolehlah kami letakan skitar 20-30 log percubaan di sini.


Penghantaran log awal 4 log kelulut berdamar ( Apicalis, Binghami dan Alecea) dan 1 log L. Latipes telah dibuat pada awal Januari yang lalu. Sepanjang 2 minggu pemantauan kami, semua koloni kelulut berdamar telah mula membaiki pintu masuk dengan sumber damar di kawasan sekeliling. In Shaa Allah lebih banyak log berdamar akan dimasukan ke kawasan ini nanti.


Bagi menceriakan kawasan dan menyediakan sumber pollen dan nektar, kami juga menanam pokok hiasan lain spt Pokok akar dani, Ulam Raja, AMP, Bunga Butang etc.


Musim tengkujuh di Sungai Lembing yang masih menggila. Hujan masih turun mencurah-curah tetapi banjir telah surut. Kami masih menantikan hari yang sesuai untuk memasang kotak topping. Sementara itu, kami sedang menyediakan perangkap2 kelulut yang akan dipasang di kawasan sekitar sebagai persiapan musim swarming nanti yang dijangka datang pada suku 2 dan ke 3 pada setiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut