Posts

Showing posts from July, 2010

Anak Pokok Mulberi 4

Image
Anak Pokok Mulberi yg sudah berbuah Anak2 pokok mulberi yang disemai sudah mula mengeluarkan daun dan putik buah mulberi. Buat masa sekarang umur anak pokok mulberi yang ditanam adalah lebih kurang 2-3 minggu. DIharap anak-anak pokok akan dapat tumbuh dengan subur. Siraman air diberikan sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau rajin bolehlah siram dua kali sehari bagi memastikan tanah lembap dan pokok dapat air yang secukupnya. Penambahan bilangan anak pokok diteruskan. Polibeg yang sudah diisikan dengan tanah sudah tersedia dan menantikan anak-anak pokok baru ditanam. Pengeluaran bunga Mulberi mengesahkan bahawa pokok mulberi mudah berbuah dan perlukan pencantasan dahan yang berjadual bagi memastikan pokok terus mengeluarkan buah.

Kastor peluang baru pertanian

Sumber : Utusan 21/07/10. DIKENALI sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani. Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini. Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi. Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae. Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand. Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang. Ia

Pokok Jarak

Minat untuk mengetahui mengenai ilmu pertanian semakin mudah bila ada internet. Hanya dengan menaip kata kunci dan menekan button search, beribu maklumat dihujung jari terhidang. 1) Info mengenai tanaman Pokok Jarak diperolehi daripada laman web www.farmbond.com. 2) The castor oil plant, Ricinus communis, is a species of flowering plant in the spurge family, Euphorbiaceae Its seed is called the castor bean, and it is the source of castor oil. Although castor is indigenous to the Egypt, Ethiopia and India, today it is widespread throughout tropical regions such as China, Brazil and Thailand. 3)The castor plant has many uses, particularly the yellowish oil obtained fron the seeds. There are an astonishing number of industrial applications for castor oil and its derivatives (estimated more than 3000 applications), and new ones are continually being discovered. 4) Its application range is from cosmetics, paints, synthetic resins and varnishes, to the areas of plastics, jet engine

Anak Pokok Mulberi 3

Image
1) Hari ini merupakan masuk minggu yang kedua atau 7 hari selepas anak2 pokok mulberi aku disemai dalam polibeg. Seperti yang tertera dalam gambar yang baru disnap petang tadi, menunjukkan anak2 tunas sudah mula membesar sebagai JOHAN. 2) Buat masa ini tiada apa yang perlu dilakukan melainkan proses siraman diteruskan bagi memastikan tanah sentiasa lembab. 3) Anak pokok aku letakkan dibawah teduhan Pokok Kelat Paya supaya kepanasan matahari dapat ditapis secara semulajadi. Bagi tujuan semaian, anak2 pokok tidak perlu diletakan secara terus di bawah panas terik mentari. Kalau boleh diletakan di bawah teduhan.

Anak Pokok Mulberi 2

Image
1) Anak pokok yang aku semai pada minggu lepas sudah mula bertunas. Rasanya tak sampai seminggu semua anak pokok Mulberi yang aku semai sudah bertunas. Kalo tengok kat dalam gambar saya saya attachkan, 100% polibeg yang ada batang keratan pokok Mulberi sudah bertunas. 2) Buat masa sekarang, anak-anak pokok kena disiram selalu. Nasib baiklah cuaca sekarang membantu sangat kerana hampir setiap petang, hujan akan turun. Jadi kuranglah sikit bebanan untuk menyiram. 3) Anak-anak pokok akan dibiarkan terlebih dahulu sehinggalah tunas2 muda sudah semakin membesar dan mengeluarkan daun yang agak banyak sebelum dipindahkan ke tapak kekal. Ia juga bagi memastikan setiap pokok mempunyai akar yang banyak bagi memudahkan tumbesaran sekiranya dipindahkan ke lokasi kekal. 4) Alhamdullilah, cubaan pertama untuk menyemai Anak-Anak Pokok Mulberi sudah berjaya. jadi bolehlah cubaan kedua diteruskan. Nampak gaya aku kena beli polibeg dan tanah yang banyak untuk cubaan kedua ini. Aku menjangkakan unt

Anak Pokok Mulberi

Image
Selepas semalaman batang-batang Mulberi yang terpilih untuk dijadikan anak pokok semaian terendam dalam air yang dicampur hormon penggalak akar, akhirnya batang2 pokok tersebut aku alihkan ke dalam polibeg. Sekarang aku kena siram anak2 pokok ini sehari dua kali supaya tanah sentiasa berair bagi menggalakkan akar tumbuh dengan baik. Harap2 anak pokok ini tumbuh dengan baik dan subur supaya dapat aku pindahkan ke Tanah 3 ekar nanti..

Proses Semaian Pokok Mulberi

Image
Pokok yang aku semai sudah menjulang tinggi dan kurang daunnya. Semalam aku abiskan masa surfing info pasal mulberi di Internet dan mengetahui bahawa pokok ini diperlukan prunning sentiasa bagi menggalakan tunas dan buah yang lebat. ia juga bertujuan untuk mengurangkan ketinggian pokok bagi tujuan penuaian buah yang buah. So, polibeg yang aku isikan tanah untuk tujuan penyemaian pokok2 baru semalam akan digunapakai sedikit masa lagi. Peringat awal ialah kenalpasti dahan yang hendak dijadikan semaian. Potong menggunakan cutter atau gergaji. Dahan pokok mulberi yang berukurlilit seinci pun sudah cukup keras dan kena pakai gergagi. So untuk permulaan aku gondolkan pokok mulberi aku sebelah dahan sahaja. lagi sebelah akan aku gondolkan bila aku dah tambah polibeg dengan tanah. tak berkesempatan. Dahan2 yang telah dipotong hendaklah dibuang daunnya dan dipotong pendek2 dengan ukuran 6-8inci. Selepas itu hendaklah direndamkan dalam air yang dicampurkan dengan hormon pengakar. Rendaman hendak

Pokok Mulberi

Pokok Mulberi/Malberi. Aku sendiri tak pasti nama pokok ini yang mana satu. Pencarian di Internet memberikan dua-dua nama yang sama. Sebenarnya aku tanam pokok ini dah lama dah tanpa mengetahui nama dan peranan pokok ne. aku dapat 2 anak pokok dan hanya 1 aku semai kat belakang rumah setelah lama tersadai kat bawah Pokok Kelat Jawa di depan rumah. Sekarang pokok yang aku tanam sudah tinggi dan buahnya agak banyak dan rasanya masa masa muda dan manis bila sudah masak ranum. Warnanya merah jambu masa belum matang dan bila sudah matang berubah menjadi kehitaman. Pokoknya mudah ditanam dan senang penjagaanya. Bila terlihat kegunaan pokok ini semasa menonton AgroJournal di TV1 pada 2 minggu lepas, tergerak hati untuk mengembangkan projek ini di tapak projek serai. so sebagai permulaan, hari sabtu lepas aku ke kedai Putik Alam untuk membeli polibeg dan harmon pengakar. Semalam aku cuma berkesempatan untuk mengisikan polibeg dengan Tanah. Itupun masih banyak yang belum diisi. Aku menjangkakan