Posts

Showing posts with the label Proses Pembajaan

Status Pokok , Baja & Racun

Image
Sudah lama tidak berpeluang untuk mencoretkan sesuatu dalam blog saya ini. Pertukaran tempat kerja yang baru menyebabkan masa senggang terlalu kurang untuk membolehkan saya meluangkan masa menulis dalam ruangan ini. Dalam coretan yang lalu saya ada melaporkan mengenai serangan Bena Perang terhadap tanaman serai saya. di sini saya ingin memaparkan bukti mengenai serangan tersebut. Daripada gambar di atas jelas kelihatan pokok yang terkena serangan menjadi kering dan layu. sekiranya tidak dibuat pencegahan segera, rumpun ini akan terus kering dan mati. Kalau tuan2 nak cari tanda serangan bena perang ini, bolehlah tuan2 cabut 2-3btg pokok serai dan belah batangnya. sekiranya terdapat tanda2 korekan pada batang, maka tuan2 akan nampak ulat/anak bena perang sedang bersembunyi ditengah2 batang2 tersebut. pokok2 lama kelamaan akan kering dan mati kerana ulat2 tersebut memakan bahagian tengah batang. Setelah dinasihatkan oleh seorang kawan, saya menggunakan racun AGR Malathion. racun ini ada d...

Jenis Baja dan cara campuran baja

Image
Jenis Baja N46 yang digunakan. Baja Organik Tonmai. Sorry gambo guni dia lain kali jer Cara mencampurkan kedua-dua baja. kena kreatif sket..

Merumput & Membaja

Image
Proses penjagaan pokok serai selepas proses penanaman adalah lebih tertumpu kepada aspek merumput dan membaja. Merumput adalah proses berterusan yang bertujuan untuk mengurang atau menghalang pertumbuhan rumput liar yang akhirnya akan menjadi pesaing kepada anak pokok serai dalam mendapatkan nutrien yang mencukupi. proses merumput terbahagi kepada dua iaitu mencabut rumput dan meracun. Sekiranya bilangan rumput yang tumbuh tidak banyak seeloknya rumput2 yang tumbuh dicabut sahaja menggunakan tangan. Tetapi sekiranya rumput yang tumbuh agak banyak, proses merumput boleh dibuat dengan memesin rumput dengan menggunakan mesin pemotong rumput. Selepas rumput di mesin pendek barulah proses meracun dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai boleh dilaksanakan. Apabila meracun ianya hendaklah dilakukan dengan berhati-hati supaya racun tidak terkena daun serai. Biasanya semburan yang digunakan adalah semburan yang kecil dan ditujukan rapat kepada tanah serta jauh daripada rumpun pokok. seboleh...

Selamat Hari Raya

Fuh yooo!!! Dah lama tak online... hari ner dah 17 hari dalam bulan syawal. Tapi aku masih baru dapat 3 hari pose sunat... masih ader balance 3 hari lagi... next week kena kasi abis... esok dok leh nak pose sbb aku kena gi kebun untuk baja pokok serai aku... Semalam aku gi Kemaman untuk beli baja jenis Tomai... harga dalam RM130 untuk satu beg seberat 50kg... pokok serai aku dah kena baja untuk pusingan pertama. Berdasarkan manual aku kena gunakan baja N46 untuk 1 beg seberat 1 kg ang ditambah dengan baja Tomai sebanyak 25 kg. baja N46 aku beli kat kedai Peladang di Kuantan. Satu beg seberat 50kg berharga RM150. so untuk pusingan pertama aku kena modalkan RM280.00. balance 25kg baja Tomai boleh aku gunakan untuk pembajaan pusingan kedua. Proses pembajaan pusingan pertama mudah sket kerana kuantiti baja yang sedikit setaip pokok. hanya satu sudu saja untuk setiap pokok yang dibaja secara spot. Baja Tomai dah baja N46 kena campur dahulu dan kemudian barulah ditabur pada setiap pokok. Pro...