Posts

Showing posts from January, 2011

Cara Permohonan Tanah

Saya berpeluang untuk menguruskan permohonan untuk memiliki sebidang tanah di kampung untuk tujuan pertanian di Pejabat Tanah Kuantan. Kiranya inilah kali pertama berurusan dengan Pejabat Tanah berhubung permohonan pemilikan tanah yang saya perolehi daripada Jiran sebelah rumah yang telah tidak mahu mengusahakannya. Tanah ini telah tidak diusahakan dan belum dibuat permohonan hakmilik. So saya disini hendak berkongsi prosidur yang dikenakan untuk urusan permohonan tanah tersebut. Kepada para pemohon baru hendaklah membeli pelan tanah yang hendak dipohon di Pejabat Tanah dengan bayaran RM10.00. Borang permohonan untuk membeli pelan boleh diperolehi dengan Pejabat Tanah secara percuma. Isi borang tersebut dengan maklumat Lot tanah yang hendak dipohon. Kena dapatkan no lot-lot yang bersebelahan yang telah mempunyai hakmilik untuk senangkan kerja. Kalau hendak mudah, boleh beli borang permohonan tanah atau Borang 1 secara terus dgn berharga RM2.00 untuk dua salinan. Pelan tanah hendaklah

Tanaman Vanila

Artikal daripada AgroBiz : Utusan Malaysia TEMERLOH 9 Jan. - Secara umumnya apabila berbicara mengenai vanila, ramai yang membayangkan kesedapan dan aroma perasa itu apabila dicampurkan ke dalam kek, ais krim, roti atau minuman karbonat. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana vanila dihasilkan. Malah, ramai juga yang tidak mengenali dari segi rupanya, bagaimana untuk mendapatkannya dan dari negara mana ia berasal. Dari sudut sejarah, vanila ialah sejenis tumbuhan liar yang ditemui di Amerika Selatan. Ia telah digunakan oleh kaum asli Mexico sebagai penyedap tembakau sejak berkurun yang lalu. Pada 1721, vanila dibawa ke Eropah oleh orang Sepanyol sebelum dibawa oleh penjajah Belanda ke Bogor, Indonesia pada 1819. Sejak 1850, vanila mula ditanam secara komersial di Indonesia apabila ia telah berjaya didebungakan. Sejak itu, ia semakin digemari kerana keaslian aroma dan perisa aslinya.Meskipun terdapat vanila sintetik yang dikenali sebagai vanilin, namun bahan sebatian itu da

Black Paper Sos

Tahukah anda kenapa dalam blog ne ada tajuk black paper sos? Sebabnya aku minat dengan sos ne dan sudah banyak kedai makan yang aku pesan chicken chop/lamb chop fail kerana black paper sos yang tak power. So, dalam beberapa hari ini aku surfing internet untuk dapatkan resepi ne. Anak2 aku juga minat dengan black paper sos. So untuk resepi original black paper sos ne aku kena bagi kredit kat Miraman Mesra.Net. Bahan2: 2-3 sudu besar lada hitam ditumbuk/kisar halus(boleh tambah jika nak pedas) 2 ulas bawang putih(tumbuk lumat) stok ayam -(buat sendiri atau guna kiub) air(3-4 cawan) (jika guna air stok ayam tak perlu air) 2-3 sudu tepung jagung(gaulkan dgn air) garam/perisa mentega/butter utk menumis cara2: panaskan butter. tumis bawang putih hingga naik bau masukkan lada hitam masukkan stok ayam. gaul rata masukan air masukkan garam/perisa masukkan air tepung jagung gaul hingga pekat Tapi dalam cubaan pertama ne, kira 80% berjaya sebab aku blend lada hitam tak terlal

Kebun Durian

Image
Hujung minggu ini aku berkesempatan untuk memesin rumput di Kebun Durian Ayah Mertua yang berkeluasan 2 ekar di Beserah. Selama dua hari memotong rumput mengunakan mesin potong rumput Takana yang baru dibeli dalam bulan Disember tahun lalu. Hari pertama menggunakan mesin potong rumput yang baru aku terasa agak kekok. Maklum ler inilah kali pertama menggunakan mesin yang baru dibeli. Aku main belasah ajer. Cuba untuk membiasakan diri dengan mesin tersebut. Mesin yang aku beli dengan harga RM450 seunit, tidaklah terasa berat. Agak ringan dan mudah digunakan. Menurut taukeh kedai yang aku beli, ianya mesin yang simple dan ringan. Ternyata dakwaan taukeh kedai tur memang benar. Mesin Tanaka memerlukan minyak 2T untuk membantu pembakaran minyak dengan kadaran 20 liter minyak dengan 450ml 2T. Kalau minyak 2T terlebih, kadar pembakaran minyak dalam kebuk akan menjadi tidak efisen dan karbon yan tidak terbakar akan dikeluarkan di ekzos spt minyak hitam. Kalau ini terjadi, minyak kena tamba

Arowana @ Kelisa

Image
Cuaca masih tidak menentu sekarang. Hujan turun mencurah-curah memandakan musim banjir akan bakal melanda Pantai Timur. Kelantan & Terengganu sudah mula dilanda banjir dan Pahang masih bertahan setakat ini. Esok 3hb Jan 2011, merupakan hari pertama persekolahan. Ia juga menandakan genap 3 tahun Arwah Ibu mertuaku meninggalkan kami. Hari ini ke sekolah anak untuk membayar yuran pendaftaran dan membeli buku latihan. Seminggu bercuti, tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan kerana hujan, hujan & more hujan. Aku terbaca iklan mengenai penternakan ikan kelisa yang dijalankan oleh Oversea Delight SB (ODSB) melalui laman sesawang www.arowana2u.com. Puas aku selidiki semua info mengenai ODSB dan konsep penternakannya yang ditawarkan. Aku ada mendaftar dalam laman ini tetapi sehingga kini masih tiada maklumbalas daripada syarikat. Mungkin busy kot nak sambut tahun baru. Aku cuma nak tahu mengenai pakej yang ditawarkan dan masih ada kolam yang masih kosong.  Antara pakej yang aku ber