Posts

Showing posts from 2010

Lawatan Rakan Kongsi

Pada hari Jumaat yang lepas aku dan Nizam pergi ke tapak projek cili fertigasi yang dilaksanakan oleh Kooperasi Agro Jaya Pahang di Kampung Pandan Kuantan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran penuh projek cili fertigasi yang akan kami laksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan sumber kewangan yang mencukupi. Ia juga bertujuan untuk membantu kami membuat anggaran bilangan pokok yang patut kami tanam sebagai permulaan bagi proses pembelajaran. Kami menganggarkan antara 500 hingga 1000 pokok akan ditanam sebagai permulaan. kajian kami juga mendapati bahawa dengan teknik dan tektik yang betul, projek ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Jangkaan pada bulan ke-3, pokok cili yang ditanam sudah mula matang dan boleh dituai walaupun dengan kadar tuaian yang sedikit kerana pokok belum matang.  Pokok dijangka matang pada bulan ke-4 dan seterusnya sehinggalah pokok sudah tidak lagi produktif. Menurut penyelia tapak, pokok cili padi ini boleh bertahan sehingga 12-...

Cili Fertigasi - Kooperasi Agro Jaya

Image
Ari Ahad sempat gaks aku cilok lawat ke kebun Koperasi. Adik aku turun daripada KL untuk amik stock cili untuk dijadikan sampel kepada contact di Pasar Borong. Aku amik 5 kilo dengan harga ladang RM10.00 sekilo.   Pokok Berumur 2 Bulan  Pokok Berumur 3 Bulan - sudah boleh dituai  Anak benih  Anak Pokok berumur sebulan Hasil Cili

Fertegasi

Ari ini aku melawat tapak projek cili fertegasi yang dilaksanakan oleh kawan daripada Koperasi Agro Jaya Pahang Berhad di Kampung Pandan. Sampai di sana aku disambut oleh En Latif yg merupakan penyelia di Tapak Projek . Tapak projek berkeluasan 12 ekar tetapi hanya kira2 4 ekar telah digunakan untuk penanaman cili fertegasi. Terdapat sekitar 7 ribu pokok cili telah ditanam melalui dua fasa. Fasa pertama, pokok sudah sedia di tuai pada awal bulan oktober. fasa kedua melibatkan 1300 pokok akan dituai dalam masa 2 bulan. Dijangkan kira2 18tan cili padi akan dituai sehingga abis musim. aku dalam proses pembelajaran bagi memulakan projek aku sendiri. Masa hanya tuhan sahaja tahu bila aku sudah berani nak memulakanya. Aku ada snap beberapa gambo dan akan aku upload dalam blog ini sedikit masa lagi... ari ne x berape berkesempatan sebab perut agak kekenyangan kerana menghadiri Jamuan Raya. Gambo yang aku snap adalah spt gambar anak pokok semaian, pokok matang, sistem paip, etc.

Buku : Kolonel Jihad - Antara Mitos dan realiti

Sudah lama nak mencoretkan mengenai buku ini tetapi tidak mempunyai kesempatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini terlalu banyak kerja2 pejabat yang perlu diberikan perhatian. Hari ini merupakan hari ketiga akhir di bulan Ramadhan. Ini bermakna tinggal esok sahaja aku berkerja kerana pada hari Khamis akan bercuti sehingga 20hb Sept. bercuti panjang gamaknya. So, selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma. Mohon ampun dan maaf sekiranya coretan di blog ini bisa melukakan sesiapa sahaja. Kolonel Jihad tulisan Abdul Manaf Bin Kasmuri dan diterbitkan oleh Nur Ilham Publication. Beliau merupakan seorang Pegawai Atasan ATM berpangkat Leftenen Kolonel yang telah bertugas sebagai anggota pengaman PBB di Bosnia. Pengalaman beberapa tahun di Bosnia menyebabkan beliau bersara awal dan terlibat dengan kerja-kerja sukarela di kawasan konfik. Keseriusan beliau dengan kerja-kerja sukarela telah membawa beliau sekali lagi ke negara ISLAM bergolak Bosnia sekali lagi. Kehadiran kali kedua beliau...

Merdeka! Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun. Sudah separuh abad umur Malaysia dan sepatutnya sudah semakin matang. Tetapi hakikatnya kita masih tercari-cari formula untuk memastikan hubungan antara kaum tetap stabil seperti sebelum ini. Malam 31hb aku dan family dalalam perjalanan balik daripada KL ke Kuantan. Singgah sebentar pekena Satey Kajang Hj Kasmuri di Gombak sebelum meneruskan perjalan pulang. Aku sebenarnya tidak perasan malam tersebut adalah malam 31hb sehinggalah aku berhenti sebentar di R&R Temerloh kerana rasa mengantuk yang semakin menggila. Bila sampai di R&R, aku terdengar bunyi mercun yang dilepaskan oleh kakitangan R&R dan baru ler aku teringat tentang malam istemewa ini. Kepada rakan2 sekalian, selamat menyambut hari kemerdekaan diucapkan. Dan yang teramat penting sekali, Ramadhan sudah menghampir 2/3 bulan. Kita sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Semoga diberikan kelapangan oleh Allah supaya dapat memperbanyakan ibadah di hari-...

Buah Mulberi

Image
During weekend, semasa menunggu waktu berbuka, aku ronda2 di belakang rumah dan snap gambar buah Mulberi yang sedang hampir masak. Buah Mulberi muda berwarna hijau dan akan bertukar kepada warna pink apabila makin membesar. Warna pink akan bertukar kepada warna merah dan  rasa buah pada waktu ini adalah sangat masam. Akhirnya buah Mulberi akan bertukar kepada warna purple pekat apabila sudah masak 100%. Pada waktu ini rasa buah adalah sangat manis sekali. Pada waktu ini, buah sudah boleh dipetik dan dimakan secara segar. Kalo nak buat jem Mulberi, buah yang masak 100% hendaklah dicampurkan sedikit dengan buat yang hampir masak (60-80%). Kadar pecahan aku tak tahu sebab buah mulberi aku belum cukup banyak nak buat esperimen. la ne cukup untuk aku makan anak beranak. Buah yang masam diperlukan bagi menggantikan air limau sebagai agen pengawet kalo x silap aku la.

Pajero Burukku 2

Dah dekat sebulan pajeroku meragam. Bila pulas kunci, x bunyi apa2. Selama itulah aktiviti pertanian aku tergendala kerana tak boleh nak ke kebun. Buah durian kat kebun akhirnya diserahkan kepada sepupu di Beserah untuk mengutipnya. Selepas tertangguh untuk memanggil mekanik untuk tengok2kan pajeroku disebabkan perancangan keluarga yang seringkali menghalang, last weekend mekanik telah datang dan tengokkan pajero kesayanganku itu. Bila aku terangkan simptom penyakit, stright away mekanik tur dah boleh detect puncanya. Disebabkan tiada jumper wire dan kereta yang bersesuaian, maka mekanik tur terpaksa cabut bateri dan membawanya ke bengkelnya untuk di charge semula. Dia menjangkakan bateri aku dah kong. Setelah proses charging secara maksimum iaitu selama 2 hari, bateri dipasang semula ke pajeroku. Setelah dibuat ujian, pajeroku telah berjaya dihidupkan selepas almost sebulan terperap kat bawah pokok di depan rumah. Caj yang dikenakan hanya RM25 sahaja. Murah. So pada sesiapa ya...

Ramadhan Datang Lagi

Selamat menyambut Ramdhan kepada semua pembaca. Moga Ramadhan yang hadir pada kali ini membawa seribu rahmat kepada semua warga Malaysia. Bulan yang penuh berkah ini agar dapat dipenuhi dengan ibadat dan kerja2 yang membawa manfaat kepada semua. Rakan kongsi projek serai aku ada menelefon dalam dua hari lepas memaklumkan beliau dapat berjumpa dan towkeh Moja Ventures semasa pulang melawat kubur orang tuanya di Kuala Terengganu. Melaluinya kami dapat menghubungi En Rahman, orang kuat Moja yang mana kami pernah berurusan jualbeli serai sebelum urusan seterusnya dibatalkan kerana kegagalan pihak pembeli membuat pembayaran. Dua2 towkey Moja ini sudah membuat business yang lain dan menurut kata mereka, projek tidak menjadi disebabkan kontrak pembekal tersebut telah diserahkan kepada sebuah syarikat di India disebabkan harga yang lebih kompetatif berbanding Malaysia. Aku kurang termakan dengan alasan yang diberikan kerana pada aku, sebelum kita buat kerja seharusnya bahagian pemasaran dip...

Anak Pokok Mulberi 5

Image
Fasa kedua penyemaian anak benih telah dijalankan seminggu yang lalu. Oleh kerana bekalan batang pokok mulberi yang sesuai untuk dicambahkan semakin berkurangan, hanya 12 polibeg yang berjaya disemai. Batang2 pokok mulberi yang telah direndam dengan penggalak akar semalaman telah ditanam dalam polibeg yang berisi tanah. Selepas tempoh seminggu, batang2 anak pokok mulberi telah mula mengeluarkan tunas. Sehingga kini, kira2 31 buah polibeg yang berisi anak pokok mulberi telah berjaya ditanam. Harap jangkaan asal sehinggan 50 anak pokok akan berjaya dicapai. Anak2 pokok Fasa pertama telah mula mengeluarkan daun2 yang secondary dan mula mengeluarkan bunga. Pada masa kini, buah tidak sesuai dikutip.   

Anak Pokok Mulberi 4

Image
Anak Pokok Mulberi yg sudah berbuah Anak2 pokok mulberi yang disemai sudah mula mengeluarkan daun dan putik buah mulberi. Buat masa sekarang umur anak pokok mulberi yang ditanam adalah lebih kurang 2-3 minggu. DIharap anak-anak pokok akan dapat tumbuh dengan subur. Siraman air diberikan sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau rajin bolehlah siram dua kali sehari bagi memastikan tanah lembap dan pokok dapat air yang secukupnya. Penambahan bilangan anak pokok diteruskan. Polibeg yang sudah diisikan dengan tanah sudah tersedia dan menantikan anak-anak pokok baru ditanam. Pengeluaran bunga Mulberi mengesahkan bahawa pokok mulberi mudah berbuah dan perlukan pencantasan dahan yang berjadual bagi memastikan pokok terus mengeluarkan buah.

Kastor peluang baru pertanian

Sumber : Utusan 21/07/10. DIKENALI sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani. Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini. Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi. Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae. Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand. Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang. Ia...

Pokok Jarak

Minat untuk mengetahui mengenai ilmu pertanian semakin mudah bila ada internet. Hanya dengan menaip kata kunci dan menekan button search, beribu maklumat dihujung jari terhidang. 1) Info mengenai tanaman Pokok Jarak diperolehi daripada laman web www.farmbond.com. 2) The castor oil plant, Ricinus communis, is a species of flowering plant in the spurge family, Euphorbiaceae Its seed is called the castor bean, and it is the source of castor oil. Although castor is indigenous to the Egypt, Ethiopia and India, today it is widespread throughout tropical regions such as China, Brazil and Thailand. 3)The castor plant has many uses, particularly the yellowish oil obtained fron the seeds. There are an astonishing number of industrial applications for castor oil and its derivatives (estimated more than 3000 applications), and new ones are continually being discovered. 4) Its application range is from cosmetics, paints, synthetic resins and varnishes, to the areas of plastics, jet engine ...

Anak Pokok Mulberi 3

Image
1) Hari ini merupakan masuk minggu yang kedua atau 7 hari selepas anak2 pokok mulberi aku disemai dalam polibeg. Seperti yang tertera dalam gambar yang baru disnap petang tadi, menunjukkan anak2 tunas sudah mula membesar sebagai JOHAN. 2) Buat masa ini tiada apa yang perlu dilakukan melainkan proses siraman diteruskan bagi memastikan tanah sentiasa lembab. 3) Anak pokok aku letakkan dibawah teduhan Pokok Kelat Paya supaya kepanasan matahari dapat ditapis secara semulajadi. Bagi tujuan semaian, anak2 pokok tidak perlu diletakan secara terus di bawah panas terik mentari. Kalau boleh diletakan di bawah teduhan.

Anak Pokok Mulberi 2

Image
1) Anak pokok yang aku semai pada minggu lepas sudah mula bertunas. Rasanya tak sampai seminggu semua anak pokok Mulberi yang aku semai sudah bertunas. Kalo tengok kat dalam gambar saya saya attachkan, 100% polibeg yang ada batang keratan pokok Mulberi sudah bertunas. 2) Buat masa sekarang, anak-anak pokok kena disiram selalu. Nasib baiklah cuaca sekarang membantu sangat kerana hampir setiap petang, hujan akan turun. Jadi kuranglah sikit bebanan untuk menyiram. 3) Anak-anak pokok akan dibiarkan terlebih dahulu sehinggalah tunas2 muda sudah semakin membesar dan mengeluarkan daun yang agak banyak sebelum dipindahkan ke tapak kekal. Ia juga bagi memastikan setiap pokok mempunyai akar yang banyak bagi memudahkan tumbesaran sekiranya dipindahkan ke lokasi kekal. 4) Alhamdullilah, cubaan pertama untuk menyemai Anak-Anak Pokok Mulberi sudah berjaya. jadi bolehlah cubaan kedua diteruskan. Nampak gaya aku kena beli polibeg dan tanah yang banyak untuk cubaan kedua ini. Aku menjangkakan unt...

Anak Pokok Mulberi

Image
Selepas semalaman batang-batang Mulberi yang terpilih untuk dijadikan anak pokok semaian terendam dalam air yang dicampur hormon penggalak akar, akhirnya batang2 pokok tersebut aku alihkan ke dalam polibeg. Sekarang aku kena siram anak2 pokok ini sehari dua kali supaya tanah sentiasa berair bagi menggalakkan akar tumbuh dengan baik. Harap2 anak pokok ini tumbuh dengan baik dan subur supaya dapat aku pindahkan ke Tanah 3 ekar nanti..

Proses Semaian Pokok Mulberi

Image
Pokok yang aku semai sudah menjulang tinggi dan kurang daunnya. Semalam aku abiskan masa surfing info pasal mulberi di Internet dan mengetahui bahawa pokok ini diperlukan prunning sentiasa bagi menggalakan tunas dan buah yang lebat. ia juga bertujuan untuk mengurangkan ketinggian pokok bagi tujuan penuaian buah yang buah. So, polibeg yang aku isikan tanah untuk tujuan penyemaian pokok2 baru semalam akan digunapakai sedikit masa lagi. Peringat awal ialah kenalpasti dahan yang hendak dijadikan semaian. Potong menggunakan cutter atau gergaji. Dahan pokok mulberi yang berukurlilit seinci pun sudah cukup keras dan kena pakai gergagi. So untuk permulaan aku gondolkan pokok mulberi aku sebelah dahan sahaja. lagi sebelah akan aku gondolkan bila aku dah tambah polibeg dengan tanah. tak berkesempatan. Dahan2 yang telah dipotong hendaklah dibuang daunnya dan dipotong pendek2 dengan ukuran 6-8inci. Selepas itu hendaklah direndamkan dalam air yang dicampurkan dengan hormon pengakar. Rendaman hendak...

Pokok Mulberi

Pokok Mulberi/Malberi. Aku sendiri tak pasti nama pokok ini yang mana satu. Pencarian di Internet memberikan dua-dua nama yang sama. Sebenarnya aku tanam pokok ini dah lama dah tanpa mengetahui nama dan peranan pokok ne. aku dapat 2 anak pokok dan hanya 1 aku semai kat belakang rumah setelah lama tersadai kat bawah Pokok Kelat Jawa di depan rumah. Sekarang pokok yang aku tanam sudah tinggi dan buahnya agak banyak dan rasanya masa masa muda dan manis bila sudah masak ranum. Warnanya merah jambu masa belum matang dan bila sudah matang berubah menjadi kehitaman. Pokoknya mudah ditanam dan senang penjagaanya. Bila terlihat kegunaan pokok ini semasa menonton AgroJournal di TV1 pada 2 minggu lepas, tergerak hati untuk mengembangkan projek ini di tapak projek serai. so sebagai permulaan, hari sabtu lepas aku ke kedai Putik Alam untuk membeli polibeg dan harmon pengakar. Semalam aku cuma berkesempatan untuk mengisikan polibeg dengan Tanah. Itupun masih banyak yang belum diisi. Aku menjangkakan...

Penternakan Ikan Keli

Image
Kepada kengkawan yang berminat untuk menjalankan Penternakan Ikan Keli digalakkan untuk membeli eBook Penternakan Ikan Keli yang berharga RM50.00 sahaja. Dalam EBook Panduan Asas Ternakan Ikan Keli (Siri 1) Ini Akan Mendedahkan Bagaimana Kaedah Ternakan Ikan Keli Yang WAJIB Diikuti Oleh Para Penternak Bagi Mendapatkan Hasil Ternakan Yang Lumayan. Terdapat 12 Panduan Berguna Untuk Mempastikan Ikan Yang Diternak Dapat Terus Hidup Sehinggalah Dapat Dituai Untuk Jualan. Di dalam Panduan Ini Juga Didedahkan Bagaimana Untuk Mengelakkan Air Ternakan Ikan Keli Berbau Hanyir Dan Mengganggu Ketenteraman Awam Khususnya Ternakan Yang Dilakukan Dikawasan Kediaman. "Betapa Kita Telah Susah, Jangan Pula Susah Berterusan!!" Panduan Asas Ternakan Ikan Keli Ini Akan Membimbing Anda Memulakan Usaha Ternakan Ikan Keli Sama Ada Secara Kecilan Mahupun Secara Komersil Panduan Ringkas & Mudah Difahami Men...

Pajero Buruk

Hari ini merupakan akhir terakhir dalam bulan Jun 2010. Tak tahu nak coretkan apa bagi menutup blog untuk bulan Jun dan menyambut bulan Julai 2010. Tapi apa yang pastinya dalam bulan Jun ini banyak keputusan besar yang telah aku buat. Yang pertamanya adalah hajat untuk membeli 4WD buruk telah tercapai. Bolehlah Pajero Buruk ner aku bawak ke Kebun dan tapak projek aku yang masih terbengkalai. Tanah 3 ekar bekas Projek Serai aku masih belum berusik. Pagi tadi aku bersarapan dengan rakan kongsi serai aku. Dalam bersembang dia memaklumkan sahabat kami yang melaksanakan Projek Tanaman Serai dengan Moja Ventures dengan keluasan tanaman seluas 8 ekar mengalami masalah yang sama dengan kami. Tapi kami bernasib baik kerana keluasan tanaman yang terlibat hanyalah 1 ekar walaupun sasaran asal untuk menanam kesemuanya. Dimaklumkan rakan kami sudah tak berani nak pergi ke tapak projeknya kerana takut dengan tuan tanah sebab beliau menyewa tanah tersebut untuk menjalankan projek tanaman serai ini. R...

Teknologi biogas hasil teh serai

Oleh LAUPA JUNUS Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI Artikel : Utusan @ 21/6 Najwa Mohd. Nor menunjukkan sistem biogas yang digunakan untuk memproses serai mentah dan menghasilkan teh. USAHLAH bertanya kepada sesiapa apakah khasiat dan manfaat Cymbopogon citratus kerana ramai akan terpinga-pinga? Namun menyebut sahaja serai, ramai akan tersenyum kerana telah maklum bahawa herba tersebut sudah diketahui khasiatnya sejak turun temurun. Serai biasanya digunakan dalam masakan bukan sahaja kerana khasiatnya tetapi juga aroma yang membuka selera. Sebab itu, banyak syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) memanfaatkan serai sama ada untuk dijadikan masakan atau rempah yang telah ditumbuk untuk kegunaan masakan. Pada masa sama, penyelidikan untuk mencari khasiat serai terus dijalankan, bagi mencari kemungkinan sebatian aktif dalam serai boleh bertindak dalam melawan penyakit tertentu. Manfaat serai Menyedari serai mempunyai pelbagai kegunaan, sebuah syarikat tempatan, Rapat Nusantara Sdn. Bhd. mema...

Rumah Burung

Image
Rumah burung. Rekebentuk dalaman rumah burung

Green Agro World - Tanaman Cili & Sayur

Image
Tambahan info Projek Tanaman Cili & Sayur...

Green Agro World - Tanaman Cili & Sayur

Semasa melayari internet saya terbaca mengenai artikal Projek Usahasama Tanaman Cili dan Sayuran yang dilaksanakan oleh Syarikat Green Agro World. Detail syarikat adalah spt berikut; Syarikat Green Agro World telah didaftarkan sebagai syarikat milikan tunggal 100% milik Bumiputera. Bernombor pendaftaran SA 0110484-P syarikat ini di alamat di L1-63, Tingkat 1, Klang City Square, Jalan Nangka / KU1, 41400 Klang, Selangor. Syarikat ini menjalankan aktiviti perkongsian modal untuk mereka yang berminat dengan pertanian tetapi masalah nak menanam, menjaga dan menuai. Para peserta akan diminta membayar modal dan dijanjikan dengan kadar pulangan tetap secara bulanan. Detail jumlah bayaran modal dan pulangan spt di bawah. Konsep Perlaksanaan Projek Usahasama: Projek Usahama ini adalah program khas anjuran syarikat dalam menyokong visi dan misi syarikat untuk menjadi pembekal utama hasil tanaman cili serta tanaman sayuran berdaun serta ulam di Malaysia. Rangka program yang sangat str...

Jenis Burung Walit

Image
Tahukah anda terdapat 13 spesis walit di Malaysia. Daripada 13 spesis tersebut hanya dua spesis yang boleh menghasilkan sarang burung yang boleh dimakan. Ia terdiri daripada spesis Aerodramus Fuciphagas dan Aerodramus Maximus daripada keluarga apodiade. Ianya tergolong dalam keluarga apodiformus yang bermaksud berkaki lembik dan ia tidak berupaya untuk memijak kaki ke tanah. walaubagaimanapun ia mempunyai sepasang kaki yang berkuku mampu mencengkam dengan kuat. Mempunyai saiz badan antara 7.5cm - 23cm serta hidup dalam kelompok yang besar. Mampu terbang dalam keadaan gelap menggunakan ecolocation seperti kelawar. source : www.jahaniwalit.com

eBook Tanaman Cendawan

Image
Sekiranya anda ingin memulakan Projek Tanaman Cendawan, anda haruslah bersedia dengan ilmu di dada supaya projek tidak akan gagal. Untuk memudahkan anda memenuhi ilmu didada, saya sarankan anda membeli ebook tanaman cendawan yang ditulis oleh En Amirul Hafiz. Dengan hanya membayar RM30.00 sahaja, ilmu dan pengalaman yang bertahun-tahun bergelumang dengan cendawan akan anda perolehi dengan satu klik sahaja. Berikut adalah sedutan ebook tersebut:- Mahukah anda ketahui rahsia bagaimana menjadi seorang usahawan cendawan yang berjaya? Adakah anda memiliki sedikit ruang yang cukup untuk membina kandang ayam atau batas sayur di belakang rumah? Tahukah anda bahawa ruang kecil di belakang rumah anda ini cukup berharga kerana mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM1000 ke atas sebulan jika diusahakan dengan berkesan! Kemungkinan anda sudah biasa membeli sepeket cendawan di pasaraya Giant atau Jusco dengan harga RM4.00 ke RM5.00. Dalam satu pak...

Agrobank sedia RM67.7j industri burung walit

Image
Ekstrak : Kosmo online 27/5/2010 KUALA LUMPUR - Agrobank memperuntukkan RM67.7 juta untuk membiayai projek berkaitan industri burung walit yang nilai eksportnya kini melebihi RM1 bilion setahun. Pengarah Urusannya, Datuk Ahmad Said ( gambar ) berkata, dana pinjaman yang dilancarkan sejak 19 Mei lepas itu akan membolehkan kira-kira 2,000 pelanggan membina rumah burung walit kos rendah antara RM10,000 dan RM30,000 sebuah. Beliau berkata, faedah pinjaman yang dikenakan ialah 3.75 peratus. "Peruntukan dana ini akan membantu pengusaha burung walit dan orang ramai menceburi industri menguntungkan ini," katanya pada sidang media mengenai dana pinjaman itu di Ibu pejabat Agrobank di sini semalam. Ahmad berkata, peruntukan dana tersebut juga sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE) untuk meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 (RM23,257) kepada AS$15,000 (RM49,837) setahun. Burung walit ialah antara industri berimpak tinggi yang diberi ...

BHarian : Garis Panduan Industri Burung Walit Diperhalusi : Noh

Garis panduan industri burung walit diperhalusi: Noh => Extract daripada Berita Harian Online. 2010/05/25 : KUALA LUMPUR: Garis Panduan Industri Burung Walit masih perlu diperhalusi di peringkat beberapa kementerian terbabit sebelum dibawa ke Kabinet, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Noh berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bagi memperhalusi garis panduan itu. Ia sepatutnya dibentangkan di Kabinet dua bulan lalu. "Saya akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan. Kita akan selesaikan perkara ini (garis panduan) tahun ini juga kerana ia perlu untuk pembangunan industri burung walit," katanya. Noh mengulas mengenai garis panduan berkenaan yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengawal dan memantau perkembangan industri itu yang nilainya kini mencecah RM1.5 bilion setahun dan terus meningkat. Terdapat kira-kira 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibin...

Projek Lembu Tenusu

Image
Sewaktu dalam perjalanan pulang daripada K. Trg ke Kuantan, aku dan member berhenti sebentar di Mesra Mall Kerteh. Kami singgah sebentar untuk membeli makanan di Burger King. Semasa menunggu, aku berlegar-legar di sekitar Mall tersebut untuk window shopping. Tetiba aku ternampak satu kaunter promosi projek lembu tenusu yang dilaksanakan oleh Prestige Dairy Farm Sdn Bhd. Aku bila bab projek cam ne memang aku minat nak tahu lebih lanjut. So, bersoaljawablah aku dengan promoter. Berdasarkan maklumat awal yang aku dapat daripada promoter ne, projek ne lebih kurang macam projek pelaburan lintah, ikan keli, serai dan sebagainyalah. Para pelabur akan mengeluarkan wang RM10k untuk membeli induk lembu dan induk tersebut akan diuruskan oleh company ne dengan ikatan kontrak selama 8 tahun. So, lepas sampai umah, aku surf ler internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut pasal company ne dan modus operandinya. secara brief apa yg boleh dikongsi adalah spt berikut; Project History On a v...

Arowana

Image
Sedang leka membuka lembaran akhbar, tiba-tiba mata saya terlihat satu artikal promosi projek ikan arowana yang dijalankan oleh Syarikat Oversea Delight Sdn Bhd(ODSB). Mereka beroperasi di Perak. Kepada mereka yang mempunyai wang tetapi tidak mempunyai masa serta kepadakaran untuk mengusahakan projek Ikan Kelisa bolehlah menghubungi syarikat ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam pakej2 yang ditawarkan. Pada pengamatan awal saya berdasarkan pemerhatian di website company ini, www.arowana2u.com, syarikat amat serius dalam mengusahakan projek ternakan ikan arowana ini. dengan kepakaran yang ada, pada pendapat saya projek ini mempunyai daya maju. anda boleh memulakan projek dengan melaburkan wang RM380K untuk membeli 20 induk ikan dan akan diberikan sebuah kolam oleh ODSB. ODSB akan menjaga ikan dan membuat tuaian dalam masa 2-3 bulan sekali. Kalau duit tak brape banyak, boleh kongsi dengan member, cari 10 orang untuk kongsi satu kolam. Harga modal bergantung kepada jenis induk ikan y...

Rakan Kongsi Projek Sarang Burung Walet

Saya sedang mencari rakan kongsi yang mahu berkongsi modal untuk bersama-sama berkongsi mendirikan dan menguruskan bangunan sarang burung walet. Jumlah rakan kongsi yang diperlukan adalah seramai 6 orang termasuk diri saya. Jumlah modal yang harus dikeluarkan ialah RM50K seorang. Jangkaan titik mula pulang modal adalah 2.5 tahun hingga 3 tahun. Selepas tarikh ini, kadar pulangan sebulan dijangka 10% daripada modal yang dikeluarkan. Modal hendaklah diuruskan sendiri menggunakan simpanan sendiri/pinjaman persendirian/koperasi/Tekun/Agro Bank dan etc. Lokasi bangunan sedia ada ataupun berdasarkan saranan konsultant. Hanya mereka yang bersedia mengambil risiko sahaja dipelawa. setiap projek yang diceburi semestinya ada risiko yang perlu ditanggung. Sekiranya berminat atau hendak maklumat lanjut, sila email saya di abdulz@streamyx.com.

Happy Mothers Days

To All mothers, happy mothers day. Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang untuk menyambutnya dengan adik beradik yang lain dirumah emak di Kota Tinggi Johor. Cuti Hari Hol di Pahang membolehkan saya sekeluarga pulang ke rumah emak di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor. Hari Ahad, rumah emak dipenuhi dengan jeritan anak sedara yang sedang meningkat umurnya. Sungguh riuh sekali tetapi terasa tetap aman dengan keriuhan tersebut. Selama 3 hari dirumah emak bermakna selama 3 hari juga saya tidak ber'online'. Terasa hendak melapangkan fikiran sepuas-puasnya dirumah emak. Malas nak fikirkan mende lain. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, mata aku tak lepas2 melihat kiri dan kanan jalan yang sedang rancak dibina rumah burung. Bermula selepas bandar Pekan hinggalah ke sempadan Endau-Rompin. Sempat juga aku snap beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama. Nantilah bila ada kesempatan gambar tersebut akan diupload kemudian. Semasa dalam perjalanan juga kami singgah di Gerai Le...

Pinjaman Tekun Nasional & Rakan Kongsi Dicari

TEKUN Nasional yang dahulunya di kenali sebagai Yayasan TEKUN Nasional adalah merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diwujudkan pada 9 November 1998. Matlamat penubuhan TEKUN Nasional adalah untuk menyediakan kemudahan pembiayaan secara mudah dan cepat kepada bumiputera untuk memula dan memajukan lagi perniagaan mereka. Mulai tahun 2008, TEKUN Nasional telah membuat perubahan dan pembaharuan selaras dengan keperluan semasa dengan menjadikan institusi ini sebagai sebuah institusi pembangunan usahawan yang strategik dan tidak hanya menyediakan kemudahan modal perniagaan semata-mata. Kini TEKUN Nasional menjadi sebuah institusi yang menyediakan peluang-peluang perniagaan serta peluang-peluang menjana pendapatan, pembiayaan modal perniagaan, khidmat bimbingan dan sokongan serta Jaringan Usahawa Yayasan Tekun Nasional menyediakan pinjaman serendah RM500.00 sehingga maksimum RM50,000.00 dengan caj pembayaran balik serendah 4% setahun. Proses pinjam...

FAMA Pahang sedia 58 tapak pasar tani baru

Tajuk yang ditera dalam coretan ini sebenarnya dipetik daripada berita suratkhabar Utusan Malaysia pada hari ini 3 May 2010. Tahniah kepada FAMA kerana telah berjaya menambahkan bilangan tapak pasar tani di negeri Pahang. Ramai para peniaga yang bergantung 100% kehidupan dengan meniaga di tapak2 pasar tani ini. Pasar tani yang baru dibuka di Peramu merupakan pasar tani yang ke-9 di Bandar Kuantan. Semoga sambutan yang diberikan menggalakkan daripada para pengunjung yang mahukan barangan yang segar dan berharga murah. Saya merasakan Pembukaan Pasar-pasar tani yang baru telah memberikan kesempatan kepada para peniagaan untuk memasarkan barangan secara terus kepada pembeli. Ia juga memberikan kesempatan kepada para pengusaha projek pertanian memasarkan barangan keluaran mereka secara terus kepada para pembeli tanpa melalui orang tengah. Dengan cara ini keuntungan para pengusaha akan dimaksimumkan dan juga dapat menerima maklumbalasa secara terus terhadap mutu serta kualiti produk yang dik...

Hello May 2

May akhirnya datang.. Selamat Hari Pekerja kepada semua warga perkerja di Malaysia. Aku berada di Cheras sekarang kerana ada urusan bisnes orang rumah yang hendak diselesaikan. Semalam bila berbual dengan biras aku yang keja di Kementerian Pertanian, dia memaklumkan kerajaan memperuntukkan RM10K kepada golongan miskin tegar untuk membina rumah burung yang akan bertindak sebagai program basmi kemiskinan. Sekiranya projek ini berjaya dijangka sebulan akan menghasilkan RM3-4K kepada golongan sasaran dan mengeluarkan mereka ini dikeluarkan daripada garis kemiskinan. Nampaknya fokus kerajaan buat masa ini hanya menggunakan industri walit sebagai medium untuk mengeluarkan golongan miskin daripada kepompong kemiskinan pada skala kecil lagi. Bagi mereka yang berhajat untuk memulakan projek ini dengan mengharapkan bantuan/subsidi kerajaan pada skala komersil, ternyata penantian masih belum berakhir. Pengharapan agar kerajaan menyediakan dana melalui institusi kewangan spt 3F di Agro Bank dengan...

Burung Walit

Sekawan Burung Walit sedang makan anai2 yang berterbangan selepas hujan bersebelahan taman perumahan saya. Banyak sungguh burung ne di sini.

Hello May!!

Bulan May 2010 sudah hampir kembali. Ini bermakna sudah hampir 4 bulan saya tidak mencoretkan apa2 di dalam blog ini. Maaf kepada para pelawat yang hadir tanpa mendapat butiran terbaru daripada saya. Kelukaan hati disebabkan oleh kegagalan projek serai masih bersisa. Ini juga bermakna sudah hampir 6 bulan saya tidak menjenguk kebun serai saya. macam mana lah jadinya kebun serai saya. Serai adalah tumbuhan rumpun yang sangat lasak. walaupun ianya terbiar dengan lama tanpa penjagaan yang baik daripada kita, sifat semulajadinya membuatkannya boleh hidup dengan minimum intervene daripada kita. Harap2 lembu2 dan kambing orang kampung tidak mengganas dalam kebun serai saya disebabkan bertambahnya bilangan tiang2 pagar yang reput dimamah anai2. Saya masih belum terpikir untuk memulakan projek apa lagi ditapak projek serai saya sekarang ini. Yang pastinya 20 batang pokok getah dan hampir 1/2 ekar rumpun serai masih menghuni tapak projek saya. Akhir2 ini fokus saya lebih terarah kepada Projek B...