Lawatan Rakan Kongsi

  1. Pada hari Jumaat yang lepas aku dan Nizam pergi ke tapak projek cili fertigasi yang dilaksanakan oleh Kooperasi Agro Jaya Pahang di Kampung Pandan Kuantan.
  2. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran penuh projek cili fertigasi yang akan kami laksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan sumber kewangan yang mencukupi.
  3. Ia juga bertujuan untuk membantu kami membuat anggaran bilangan pokok yang patut kami tanam sebagai permulaan bagi proses pembelajaran. Kami menganggarkan antara 500 hingga 1000 pokok akan ditanam sebagai permulaan.
  4. kajian kami juga mendapati bahawa dengan teknik dan tektik yang betul, projek ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Jangkaan pada bulan ke-3, pokok cili yang ditanam sudah mula matang dan boleh dituai walaupun dengan kadar tuaian yang sedikit kerana pokok belum matang. 
  5. Pokok dijangka matang pada bulan ke-4 dan seterusnya sehinggalah pokok sudah tidak lagi produktif. Menurut penyelia tapak, pokok cili padi ini boleh bertahan sehingga 12-16 bulan sekiranya penjagaan baja yang betul dengan setiap pokok berupaya menghasilkan 300-500 gram sebulan.
  6. perbincangan kami akan diteruskan untuk menjalankan projek ini. Kami merancang untuk menjadikan projek ini sebagai pilot projek kerana ianya boleh dikembangkan dengan lebih luas lagi. Sekarang ini aku sudah mempunyai pembeli yang mahu menerima sehingga 1 tan pada setiap 4-7hari. Kat mana aku boleh dapatkan bekalan cili padi dengan konsisten.
  7. Aaaha!!! aku dah ada idea nak buat macam mana tetapi kami kena berjaya dengan projek pilot ini sebelum dikembangkan lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut