Buku : Kolonel Jihad - Antara Mitos dan realiti

Sudah lama nak mencoretkan mengenai buku ini tetapi tidak mempunyai kesempatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini terlalu banyak kerja2 pejabat yang perlu diberikan perhatian. Hari ini merupakan hari ketiga akhir di bulan Ramadhan. Ini bermakna tinggal esok sahaja aku berkerja kerana pada hari Khamis akan bercuti sehingga 20hb Sept. bercuti panjang gamaknya. So, selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma. Mohon ampun dan maaf sekiranya coretan di blog ini bisa melukakan sesiapa sahaja.

Kolonel Jihad tulisan Abdul Manaf Bin Kasmuri dan diterbitkan oleh Nur Ilham Publication.
  1. Beliau merupakan seorang Pegawai Atasan ATM berpangkat Leftenen Kolonel yang telah bertugas sebagai anggota pengaman PBB di Bosnia. Pengalaman beberapa tahun di Bosnia menyebabkan beliau bersara awal dan terlibat dengan kerja-kerja sukarela di kawasan konfik. Keseriusan beliau dengan kerja-kerja sukarela telah membawa beliau sekali lagi ke negara ISLAM bergolak Bosnia sekali lagi.
  2. Kehadiran kali kedua beliau di Bosnia bukan sebagai anggota sukarela tetapi sebagai komander Ordred Mudzahideen (OM) iaitu kumpulan pejuang asing yang memberi khidmat kepada Kerajaan Islam Bosnia. Kejayaan manis pasukan ini adalah apabila mengetuai serbuan ke kubu-kubu askar serbia yang telah membuat kepungan di Bosnia.
  3. Beliau tercedera semasa membuat operasi tentera dan berjaya keluar daripada Bosnia apabila Perjanjian Daytona di tandatanggai. Sekembalinya ditanahair dan setelah sembuh sepenuhnya, kerja-kerja sukarela membawa beliau sekali lagi ke Rohingya dan Ambon serta beberapa kawasan panas lain.
  4. Akhirnya selepas peristiwa 11 september, beliau telah ditahan menggunakan akta ISA dan ditempatkan di Kem Kemunting sehinggalah tarikh pembebasannya beliau 3 tahun lapan bulan kemudian.
My Review:
Buku ini mengisahkan pengalaman beliau di Bosnia dan kawasan konflik lain serta tertumpu kepada pengalaman beliau sendiri yang telah di tahan selam 3 tahun 8 bulan di Kem Kemunting menggunakan AKTA ISA. Ianya sesuai dibaca bagi mereka yang mahukan maklumat mengenai bagaimana pejuang2 Islam memerangai Pengganas Serbia di Bosnia dan kekejaman yang dilakukan oleh mereka. Cerita perjuangan pejuang Islam memberikan another version stories yang tidak diceritakan oleh mana2 media masa dan TV. Ianya merupakan struggle yang ditempuhi oleh pejuang2 islam bagi memperkuatkan diri dan pasukan dalam memerangi pengganas Serbia dan Croatia. Pengalaman beliau sewaktu ditahan di Kem Kemunting juga memberikan sedikit gambaran bagaimana proses penahanan dan siasatan dijalankan.  Saya membelinya melalui seorang kawan dengan harga RM35.00 berserta penghantaran percuma.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kenalilah Madu Kelulut Asli