Anak Pokok Mulberi 2



1) Anak pokok yang aku semai pada minggu lepas sudah mula bertunas. Rasanya tak sampai seminggu semua anak pokok Mulberi yang aku semai sudah bertunas. Kalo tengok kat dalam gambar saya saya attachkan, 100% polibeg yang ada batang keratan pokok Mulberi sudah bertunas.

2) Buat masa sekarang, anak-anak pokok kena disiram selalu. Nasib baiklah cuaca sekarang membantu sangat kerana hampir setiap petang, hujan akan turun. Jadi kuranglah sikit bebanan untuk menyiram.

3) Anak-anak pokok akan dibiarkan terlebih dahulu sehinggalah tunas2 muda sudah semakin membesar dan mengeluarkan daun yang agak banyak sebelum dipindahkan ke tapak kekal. Ia juga bagi memastikan setiap pokok mempunyai akar yang banyak bagi memudahkan tumbesaran sekiranya dipindahkan ke lokasi kekal.

4) Alhamdullilah, cubaan pertama untuk menyemai Anak-Anak Pokok Mulberi sudah berjaya. jadi bolehlah cubaan kedua diteruskan. Nampak gaya aku kena beli polibeg dan tanah yang banyak untuk cubaan kedua ini. Aku menjangkakan untuk menyemai sehingga 50 anak pokok sebelum proses penanaman di tapak kekal nanti.

5) Kepada sesiapa yang ada pengalaman menanam pokok mulberi ini, bolehlah berkongsi ilmu dengan saya. Sebagai contoh:-
i) Anak pokok sesuai ditanam pada jarak antara pokok yang sesuai dan semaksimum?
ii) Cara penjagaan yang sesuai?
iii) Cara pembajaan?
iv) Cara prunning untuk menghasil buah maksimum?
v) Cara pengutipan hasil?

6) Sekiranya bilangan anak pokok mencapai bilangan yang disasarkan, proses penanaman ke tapak projek akan dilaksanakan pada Hujung Tahun ini. Kenapa? sebab waktu ini adalah musim tengkujuh. so bebanan untuk kerja2 penyiraman anak2 pokok akan diminimumkan.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut