Merdeka! Malaysia

  1. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun. Sudah separuh abad umur Malaysia dan sepatutnya sudah semakin matang. Tetapi hakikatnya kita masih tercari-cari formula untuk memastikan hubungan antara kaum tetap stabil seperti sebelum ini.
  2. Malam 31hb aku dan family dalalam perjalanan balik daripada KL ke Kuantan. Singgah sebentar pekena Satey Kajang Hj Kasmuri di Gombak sebelum meneruskan perjalan pulang. Aku sebenarnya tidak perasan malam tersebut adalah malam 31hb sehinggalah aku berhenti sebentar di R&R Temerloh kerana rasa mengantuk yang semakin menggila. Bila sampai di R&R, aku terdengar bunyi mercun yang dilepaskan oleh kakitangan R&R dan baru ler aku teringat tentang malam istemewa ini.
  3. Kepada rakan2 sekalian, selamat menyambut hari kemerdekaan diucapkan. Dan yang teramat penting sekali, Ramadhan sudah menghampir 2/3 bulan. Kita sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Semoga diberikan kelapangan oleh Allah supaya dapat memperbanyakan ibadah di hari-hari terakhir. semoga beroleh malam 1000 bulan, malam LailatulQadar.
  4. Sepanjang bulan Ramadhan ini, aktiviti berkebun terpaksa aku tunda sehinggan lepas minggu raya. lebih-lebih lagi, pajero aku pula meragam kerana bateri kong.Duit lagi.
  5. Anak pokok Mulberi yang aku semai sudah mula membesar. Tapi sebahagiannya mati kerana terkena racun rumpai yang disembur oleh Jiran sebelah rumah aku. Nasib badan.
  6. kepulangan aku ke rumah pak mertua di Sungai Lembing membawa buah tangah berupa biji benih pokok durian yang dipinta oleh Mertua aku untuk disemai dan ditanam di kebun durian di Beserah. Pak Mertua aku berharap aku dapat menanamnya kerana katanya tangan aku sejuk dan sesuai untuk tanam pokok. Harap2 kata-katanya masin.
  7. Biji Durian yang disemai sudah mula mengeluarkan Akar dan bercambah. harap akan terus subur.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut