BHarian : Garis Panduan Industri Burung Walit Diperhalusi : Noh

Garis panduan industri burung walit diperhalusi: Noh => Extract daripada Berita Harian Online.

2010/05/25 :

KUALA LUMPUR: Garis Panduan Industri Burung Walit masih perlu diperhalusi di peringkat beberapa kementerian terbabit sebelum dibawa ke Kabinet, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.

Noh berkata, beliau akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, bagi memperhalusi garis panduan itu. Ia sepatutnya dibentangkan di Kabinet dua bulan lalu.
"Saya akan berjumpa dengan Menteri Kesihatan. Kita akan selesaikan perkara ini (garis panduan) tahun ini juga kerana ia perlu untuk pembangunan industri burung walit," katanya.
Noh mengulas mengenai garis panduan berkenaan yang disediakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi mengawal dan memantau perkembangan industri itu yang nilainya kini mencecah RM1.5 bilion setahun dan terus meningkat.

Terdapat kira-kira 50,000 premis burung walit di seluruh negara dengan kebanyakannya dibina di rumah-rumah kedai, menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat berikutan masalah bau, bunyi dan risiko penyakit.

Selain Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Kesihatan, turut terbabit menggubal garis panduan yang akan digunapakai pihak berkuasa tempatan itu ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut