Pokok Mulberi

Pokok Mulberi/Malberi. Aku sendiri tak pasti nama pokok ini yang mana satu. Pencarian di Internet memberikan dua-dua nama yang sama. Sebenarnya aku tanam pokok ini dah lama dah tanpa mengetahui nama dan peranan pokok ne. aku dapat 2 anak pokok dan hanya 1 aku semai kat belakang rumah setelah lama tersadai kat bawah Pokok Kelat Jawa di depan rumah.

Sekarang pokok yang aku tanam sudah tinggi dan buahnya agak banyak dan rasanya masa masa muda dan manis bila sudah masak ranum. Warnanya merah jambu masa belum matang dan bila sudah matang berubah menjadi kehitaman. Pokoknya mudah ditanam dan senang penjagaanya. Bila terlihat kegunaan pokok ini semasa menonton AgroJournal di TV1 pada 2 minggu lepas, tergerak hati untuk mengembangkan projek ini di tapak projek serai. so sebagai permulaan, hari sabtu lepas aku ke kedai Putik Alam untuk membeli polibeg dan harmon pengakar.

Semalam aku cuma berkesempatan untuk mengisikan polibeg dengan Tanah. Itupun masih banyak yang belum diisi. Aku menjangkakan pada peringakt awal aku berhajat untuk menyemai 20 anak pokok ini sebagai projek perintis. Sekiranya berjaya akan ditingatkan bilangan dimasa depan. lagi satu, pokok mulberi yang aku tanam di belakang rumah masih kecil lagi dan belum boleh digunapakai secara maksimum untuk dijadikan baka.

Hari sabtu juga aku melawat ke Kebun Durian di Beserah. Ada temujanji dengan orang untuk membersihkan kebun ayah mentua aku. Pokok Durian sedang dalam proses "membuang buruk" iaitu buah2 yang kurang elok telah digugurkan. rasanya dalam seminggu dua, buah yang berkualiti akan mula gugur.. masalahnya keadaan kebun yang terlaku bersemak menyebabkan hajat untuk tour seluruh kebun terbantut sedikit.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut