Anak Pokok Mulberi 4


Anak Pokok Mulberi yg sudah berbuah
  1. Anak2 pokok mulberi yang disemai sudah mula mengeluarkan daun dan putik buah mulberi. Buat masa sekarang umur anak pokok mulberi yang ditanam adalah lebih kurang 2-3 minggu. DIharap anak-anak pokok akan dapat tumbuh dengan subur.
  2. Siraman air diberikan sekurang-kurangnya sehari sekali. Kalau rajin bolehlah siram dua kali sehari bagi memastikan tanah lembap dan pokok dapat air yang secukupnya.
  3. Penambahan bilangan anak pokok diteruskan. Polibeg yang sudah diisikan dengan tanah sudah tersedia dan menantikan anak-anak pokok baru ditanam.
  4. Pengeluaran bunga Mulberi mengesahkan bahawa pokok mulberi mudah berbuah dan perlukan pencantasan dahan yang berjadual bagi memastikan pokok terus mengeluarkan buah.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut