Posts

Khasiat Madu Kelulut

Image
Anugerah Alam Semulajadi/ Gift from Nature Beetoq Madu Kelulut ialah anugerah alam semula jadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan serta antipengoksida semula jadi. Fakta Am Madu Kelulut:- Madu Kelulut mengandungi kandungan lembapan sehingga 35% dan ianya tinggi berbanding madu lebah iaitu 25%.  Madu kelulut mempunyai nilai pH 3.15-6.64. Ini menyebabkan madu kelulut bersifat asid dan mampu menyekang pembiakan bakteria dan kulat. Madu Kelulut mempunyai kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) yang rendah pada madu mentah. Madu Kelulut mempunyai kandungan penurunan gula (reducing sugar) Fruktose dan Glukose antara 60-75%. Manakala Sukrose dan Maltose dalam peratusan yang sangat rendah. Madu Kelulut mengandungi sehingga 14 mineral tetapi kandungan mineral yang paling banyak dikesan adalah Kalium, Natrium, Calsium & Magnesium. Madu Kelulut mengandungi Fenolik Asid t

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut

Image
Kandungan roti lebah/ beebread kelulut Roti Lebah terhasil daripada frementasi sari bunga pollen dan nekar dalam kantung simpanan. Ianya sangat berkhasiat dan   Komposisi utama roti lebah adalah seperti berikut: Enzim, lakto ferment dan yis yang memainkan peranan penting dalam metabolisma sel Kandungan asid amino yang tinggi dan mudah diserap oleh badan Antioxidant - flavonoids (polyphenols) yang sangat membantu dalam pengedaran darah Asid lemak - Omega 6 dan Omega 3 Phytosterols yang boleh menurunkan kolesterol dan membantu prostate berfungsi dengan baik. Bahan anti bakteria semula jadi Vitamin seperti Pro Vitamin A, B Kompleks, C dan E Garam mineral seperti Zink, selenium, kalsium dan besi. Harga produk Beetoq kelulut Kod Produk : BB50g Nama Produk : Beetoq Beebread/Roti Lebah 50g Harga Jualan SM : RM59.00 Harga Jualan S&S : RM69.00 Potensi Beebread  kelulut Produk ini sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif sepanjang masa. Sesuai untuk m

Roti Lebah aka Beebread Kelulut

Image
BeeBread atau Roti Lebah Sebagai penternak kelulut, selain daripada penghasilan madu sebagai produk utama, kelulut juga menghasilkan Roti Lebah ( Beebread ) yang mempunyai pasaran yang tersendiri.   Beebread dihasilkan daripada Pollen yang merupakan serbuk sari jantan pada bunga yang juga dikenali sebagai sumber makanan paling sempurna   dan berkhasiat dari alam semulajadi kerana mempunyai lebih daripada 200 jenis nutrisi di dalamnya, yang semuanya diperlukan oleh tubuh. Bee pollen kaya dengan protein (kira-kira 40% protein), asid amino bebas, vitamin, termasuk B- kompleks, dan asid folik dan ianya adalah lebih kaya dengan protein daripada mana-mana sumber haiwan. Ia mengandungi asid amino lebih daripada daging lembu, telur, atau keju yang sama berat. Kira-kira separuh daripada protein adalah di dalam bentuk asid amino bebas yang sedia untuk digunakan secara langsung oleh badan. Ia datang dari serbuk sari yang mengumpulkan pada tubuh lebah. Bee pollen juga terdiri daripada liur

Keperluan Pengawalan Kandungan Kelembapan dalam Madu Kelulut

Image
Kandungan Kelembapan Kandungan Kelembapan yang ada dalam madu kelulut adalah sangat tinggi dan bergantung kepada musim/cuaca persekitaran. Secara puratanya antara 28%-35%. Ada para penternak merekodkan kandungan kelembapan mencatatkan sekitar 40% pada musim hujan atau tengkujuh. Kandungan Kelembapan yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini berlaku:- Frementasi madu berlaku yang akan menyebabkan madu membuak apabila penutup botol dibuka. Botol madu pecah disebabkan tekanan gas yang tinggi. Madu kelulut menjadi terlalu masam Warna Madu menjadi semakin gelap Mendakan pada permukaan madu terhasil Masalah inilah akan menjadikan madu penternak sukar untuk dijual dan disimpan dengan lama. Oleh yang demikian, pada penulisan kali ini saya akan memberikan keadah yang digunapakai untuk mengurangkan kadar kelembapan dalam Madu. Kaedah asas pengawalan  kelembapan(air) didalam madu : Menggunakan sistem double Boiler di bawah suhu 30 Degree Celcius (Codex internat

Proses Tuaian Madu

Image
Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu. Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan. Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:- Pakaian yg bersih Sarung Tangan dan penutup mulut Pum Penyedut Tong Madu  Alat Penapis Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih masa

Pure Honey vs Fake Honey

Image
How to differentiate Pure Honey & Fake Honey Hopefully our readers can easily understand for the pic above. Kalau perlukan maklumat lanjut, kita bercerita menerusi ruangan komen ya.. Soalan yang menarik akan kami berikan sepacket madu stick keluaran kami. Berminat membeli madu kelulut asli secara runcit atau pukal.. sila hubungi 0139205789 atau layari www.maduplus.com #MaduPlus

Serangan BSF - Update

Image
Telah lama tidak bercoretan dalam ruangan ini. Apabila buka menu komen, terdapat banyak komen yang tidak terjawap. Antara banyak komen-komen para pelayar blog ini, saya tertarik dengan permintaan untuk saya menulis sambungan mengenai serangan Black Soldier Fly, BSF yang telah mengegarkan seluruh industri kelulut di tanah air sekitar tahun 2016-2017. Memang serangan BSF adalah antara serangan haiwan perosak yang amat berbahaya kepada industri kelulut tetapi bukan BSF sahaja yang menjadi punca kemusanahan koloni kelulut. Serangan Kumbang Pollen juga menjadi antara punca utama di samping cuaca kemarau panjang yang berlaku telah melemahkan koloni kelulut dan seterusnya mendedahkan kepada serangan haiwan perosak ini. Saya akan membicarakan mengenai serangan kumbang pollen dan cuaca pada entry yang lain di masa depan. Pada Entry ini, saya akan menumpukan penulisan mengenai serangan BSF. BSF, Up Close & Personal Inilah rupanya BSF. Berikut adalah definasi BSF mengikut WIKIPEDIA.