Cara Permohonan Tanah

Saya berpeluang untuk menguruskan permohonan untuk memiliki sebidang tanah di kampung untuk tujuan pertanian di Pejabat Tanah Kuantan. Kiranya inilah kali pertama berurusan dengan Pejabat Tanah berhubung permohonan pemilikan tanah yang saya perolehi daripada Jiran sebelah rumah yang telah tidak mahu mengusahakannya. Tanah ini telah tidak diusahakan dan belum dibuat permohonan hakmilik. So saya disini hendak berkongsi prosidur yang dikenakan untuk urusan permohonan tanah tersebut.
  1. Kepada para pemohon baru hendaklah membeli pelan tanah yang hendak dipohon di Pejabat Tanah dengan bayaran RM10.00. Borang permohonan untuk membeli pelan boleh diperolehi dengan Pejabat Tanah secara percuma. Isi borang tersebut dengan maklumat Lot tanah yang hendak dipohon. Kena dapatkan no lot-lot yang bersebelahan yang telah mempunyai hakmilik untuk senangkan kerja. Kalau hendak mudah, boleh beli borang permohonan tanah atau Borang 1 secara terus dgn berharga RM2.00 untuk dua salinan.
  2. Pelan tanah hendaklah ditandatanggani oleh Pegawai untuk mengesahkannya.
  3. Lepas tur bolehlah upah juruukur tanah untuk mengukur keluasan tanah yang hendak dipohon. Juruukur akan memberikan lukisan plan tanah yang hendak dipohon kepada anda dengan bayaran tertentu... rasanya untuk kerja2 ukur tanah keluasan 1-2 ekar dalam RM300 kot.
  4. Lepas itu kena Isi Borang 1 dengan lengkap berserta tandatangan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam salinan Pelan yang dibeli dengan Pejabat Tanah, hendaklah dihighlightkan dengan Pen Merah Lot tanah yang hendak dipohon berdasarkan Pelan keluasan tanah yang dibuat oleh Juruukur.Pelan ini hendaklah dibuat dua salinan kerana perlu dilekatkan dalam ruangan pelan tanah di Borang 1.
  5. Borang 1 yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar ke kaunter permohonan tanah. Lepas itu, anda akan dikenakan bayaran RM10.00 untuk bayaran proses. Lepas bayaran, Borang 1 hendaklah disahkan oleh Pegawai Tanah yang ada sebelum diserahkan kembali kepada Kaunter Permohonan Tanah.
  6. Akhirnya anda akan diberikan satu surat pengesahan permohonan telah diterima dan akan diproses oleh Pejabat Tanah. Lepas tur bermulalah penantian selama bertahun-tahun sebelum anda mengetahui status permohonan anda. Kebiasaannya pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga sebelum permohonan dipertimbangkan untuk diluluskan.
So, selamat memohon. At least gunakan pengalaman saya yang terpaksa ke sana ke sini untuk urusan ini dan segala kesilapan yang saya lakukan dapat anda hindari. Saya pula berurusan dengan Juruukur terus sebab dah kenal. Dia akan siapkan Lukisan pelan dan beli borang beli Pelan dan Borang 1. Saya berurusan dengan Pejabat Tanah di Pahang. Mungkin prosidur di Pejabat Tanah di Negeri lain ada perubahan.

Selamat Mencuba

Comments

Anonymous said…
saya suhaimi. Saya ada rancangan untuk penanaman sawit. Tp tanah yg saya beli ini tidak mempunyai geran. So, skrg saya nk buat permohonan pemilikan. Tanah ni dikawasan bentong. Di mana eh tanah saudara? Maybe bole bertukar2 pendapat. Msuhaimi.hapit@gmail.com
abdulz said…
tanah saya pohon di sungai lembing. tanah awak sama ler ngan tanah saya. x der geran lg. kena moohon kat pejabat tanah bentong. caranya mudah jer... gi kat PDT Bentong untuk beli pelan. gunakan no pelan tanah yang berdekatan sebagai rujukan. lepas tu upah juru ukur untuk ukur tanah dan buat pelan. then gi pejabat tanah untuk beli borang permohonan dan isi ler boran tersebut dengan lengkap dan hantar kepada pejabat tanah untuk di proses... lepas tur selamat menunggu...
Anonymous said…
Assalam.

Saya Raha dari Kuantan. Nak tanya, kalau bukan orang Pahang, nak memohon tanah di Pahang, boleh ke? Prosesnya sama ke lain?

T.Kasih.
Unknown said…
Brapa lama masa menunggu...2 ke 5 tahun ka...
Unknown said…
Brapa lama masa menunggu...2 ke 5 tahun ka...
Unknown said…
maaf nk bertanye andai kata tanah yg di pinta itu tanah persendirian.kena juga ke berjumpa dgan pehak pejabat tanah ataw sy terus ke tuan tanah sebab tuan tanak memilki 500hektah lebih.tolong pencerahan
kenu said…
salam, saya ingin bertanya kalau kita sudah dapat geram, berapa kos kena bayar kepada kerajaan, tanah yang di mohon hanya suka ekar sahaja , jenis penbangunan
Anonymous said…
kenu...kalau dah dapat geram kena la cari garam pulak
shzahrah said…
saya na cari orang yg na sewa tanah :
1. rumah pusaka 5 ekar ada kolam ikan, rumah pusaka dan tanah terbiar
2, tanah bukit 5 ekar tepi jalan besar di antara jalan temerloh -jerantut. skrg ada getah terbiar

ada sesiapa yg berminat na sewa? hubungi zarah43@yahoo.com
Unknown said…
Salam.. tanah hanya blh tanam getah sahaja ke? Sbb saya nk buat projek sayur hajatnya..
Unknown said…
Saya ingin memohon tanah hutan untuk kebun buah buahan dan kelapa..ada yg sudi membantu ke..
Berapa kos semua tu bos
Anonymous said…
brpa keseluruhan kos utk permohonan pemilikan tanah ni? dari mula proses sampai akhir selesai kluar geran ?
Anonymous said…
Salam..sy nk tanya
1)jika tanah masih dlm permohonan blh kah kita usahakan terlebih dahulu.
2) contoh jika individu a memohon thun 2007 dan individu b mohon 2009 dan permohonan diluluskan kpd individu b..apakah faktor menyebabkn permohonan ind a xditerima dan ind b diterima..
3) berbalik pd soalan 1 td blh kah individu tertentu sesuka hati menolak hasil yg ditanam ditanah yg diusahakn oleh individu lain kerana individu yg usahakn tanah tersebut tiada geran kerana sedang memohon..dan individu yg menolak hasil individu tersebut bukn lah org yg berwajib tp cuma lah individu biasa ..
4) di kg kita dibenarkn mengusahakn tanah yg dipohon. Adakah perkara ini dibenarkn..

Mohon pencerahan dr pihak berwajib atau mereka yg lbh arif ttg hal tersebut..

Popular posts from this blog

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut