JEMPUTAN SAMBUTAN HARI LEBAH SEDUNIA 2022 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia akan menganjurkan Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 bertema "Kelestarian Lebah: Pencetus Biodiversiti, Pemangkin Ekonomi". Maklumat Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 adalah seperti berikut: Tarikh : 20 Mei 2022 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang Tempat: Auditorium Rashdan Baba, Bangunan TNCPI, UPM Pendaftaran: https://forms.gle/F2JvKVRZJL4cJTxp9 Kesudian Dato/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan menyertai Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sambutan Hari Lebah Sedunia 2022 ini adalah terbuka kepada semua. Sekian, terima kasih #HariLebahDunia #SelamatkanLebahKita #KelulutMalaysia #AmalkanMaduTempatan
Posts
Pusat Pemprosesan Madu Inderapura tersohor di Kuantan
- Get link
- X
- Other Apps
Pusat Pemprosesan Madu Inderapura Kuantan Pusat Pemprosesan Madu Tersohor Kuantan Pahang sememangnya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan khazanah hutan dan eko pelancongan. Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini memiliki segala macam tarikan pelancongan dari tanah tinggi hinggalah ke pantai yang indah. Ibu negeri Pahang, Kuantan, tidak kurang juga hebatnya. Banyak tempat tempat menarik yang boleh anda lawati. Sekiranya anda bercuti di Kuantan dan tertanya-tanya di manakah tempat untuk mendapatkan madu kelulut yang terbaik untuk dijadikan cenderamata kepada yang tersayang? Kami cadangkan anda pergi ke Pusat Pemprosesan Madu Inderapura di Kuantan Pahang. Apa yang menarik di sini? Lokasi Pusat Proses Madu Pusat Pemprosesan Madu Inderapura yang terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura Kuantan, KM 13 Jalan Kuantan-Pekan merupakan pusat pemprosesan madu di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang telah mendapat pensijilan HALA
Khasiat Madu Kelulut
- Get link
- X
- Other Apps
Anugerah Alam Semulajadi/ Gift from Nature Beetoq Madu Kelulut ialah anugerah alam semula jadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan dan kesihatan. Kajian saintifik membuktikan madu mempunyai kesan antimikrob, antikeradangan serta antipengoksida semula jadi. Fakta Am Madu Kelulut:- Madu Kelulut mengandungi kandungan lembapan sehingga 35% dan ianya tinggi berbanding madu lebah iaitu 25%. Madu kelulut mempunyai nilai pH 3.15-6.64. Ini menyebabkan madu kelulut bersifat asid dan mampu menyekang pembiakan bakteria dan kulat. Madu Kelulut mempunyai kandungan Hydroxymethylfurfural (HMF) yang rendah pada madu mentah. Madu Kelulut mempunyai kandungan penurunan gula (reducing sugar) Fruktose dan Glukose antara 60-75%. Manakala Sukrose dan Maltose dalam peratusan yang sangat rendah. Madu Kelulut mengandungi sehingga 14 mineral tetapi kandungan mineral yang paling banyak dikesan adalah Kalium, Natrium, Calsium & Magnesium. Madu Kelulut mengandungi Fenolik Asid t
Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut
- Get link
- X
- Other Apps
Kandungan roti lebah/ beebread kelulut Roti Lebah terhasil daripada frementasi sari bunga pollen dan nekar dalam kantung simpanan. Ianya sangat berkhasiat dan Komposisi utama roti lebah adalah seperti berikut: Enzim, lakto ferment dan yis yang memainkan peranan penting dalam metabolisma sel Kandungan asid amino yang tinggi dan mudah diserap oleh badan Antioxidant - flavonoids (polyphenols) yang sangat membantu dalam pengedaran darah Asid lemak - Omega 6 dan Omega 3 Phytosterols yang boleh menurunkan kolesterol dan membantu prostate berfungsi dengan baik. Bahan anti bakteria semula jadi Vitamin seperti Pro Vitamin A, B Kompleks, C dan E Garam mineral seperti Zink, selenium, kalsium dan besi. Harga produk Beetoq kelulut Kod Produk : BB50g Nama Produk : Beetoq Beebread/Roti Lebah 50g Harga Jualan SM : RM59.00 Harga Jualan S&S : RM69.00 Potensi Beebread kelulut Produk ini sesuai untuk mereka yang sentiasa aktif sepanjang masa. Sesuai untuk m
Roti Lebah aka Beebread Kelulut
- Get link
- X
- Other Apps
BeeBread atau Roti Lebah Sebagai penternak kelulut, selain daripada penghasilan madu sebagai produk utama, kelulut juga menghasilkan Roti Lebah ( Beebread ) yang mempunyai pasaran yang tersendiri. Beebread dihasilkan daripada Pollen yang merupakan serbuk sari jantan pada bunga yang juga dikenali sebagai sumber makanan paling sempurna dan berkhasiat dari alam semulajadi kerana mempunyai lebih daripada 200 jenis nutrisi di dalamnya, yang semuanya diperlukan oleh tubuh. Bee pollen kaya dengan protein (kira-kira 40% protein), asid amino bebas, vitamin, termasuk B- kompleks, dan asid folik dan ianya adalah lebih kaya dengan protein daripada mana-mana sumber haiwan. Ia mengandungi asid amino lebih daripada daging lembu, telur, atau keju yang sama berat. Kira-kira separuh daripada protein adalah di dalam bentuk asid amino bebas yang sedia untuk digunakan secara langsung oleh badan. Ia datang dari serbuk sari yang mengumpulkan pada tubuh lebah. Bee pollen juga terdiri daripada liur
Keperluan Pengawalan Kandungan Kelembapan dalam Madu Kelulut
- Get link
- X
- Other Apps
Kandungan Kelembapan Kandungan Kelembapan yang ada dalam madu kelulut adalah sangat tinggi dan bergantung kepada musim/cuaca persekitaran. Secara puratanya antara 28%-35%. Ada para penternak merekodkan kandungan kelembapan mencatatkan sekitar 40% pada musim hujan atau tengkujuh. Kandungan Kelembapan yang tinggi telah dikenalpasti sebagai punca permasalahan ini berlaku:- Frementasi madu berlaku yang akan menyebabkan madu membuak apabila penutup botol dibuka. Botol madu pecah disebabkan tekanan gas yang tinggi. Madu kelulut menjadi terlalu masam Warna Madu menjadi semakin gelap Mendakan pada permukaan madu terhasil Masalah inilah akan menjadikan madu penternak sukar untuk dijual dan disimpan dengan lama. Oleh yang demikian, pada penulisan kali ini saya akan memberikan keadah yang digunapakai untuk mengurangkan kadar kelembapan dalam Madu. Kaedah asas pengawalan kelembapan(air) didalam madu : Menggunakan sistem double Boiler di bawah suhu 30 Degree Celcius (Codex internat
Proses Tuaian Madu
- Get link
- X
- Other Apps
Madu asli mentah yang dituai daripada Pot Madu memerlukan proses pengurusan yang betul bagi memastikan madu yang dijual adalah bersih dan mempunyai khasiat yang tinggi. Pada posting hari ini, saya ingin bercerita mengenai proses pengurusan madu. Sebelum proses tuaian, para pekerja dikehendaki memakai pakaian tuaian yang lengkap dengan glove dan penutup mulut. Peralatan tuai juga perlu dicuci bersih sebelum tuaian dan selepas tuaian dilaksanakan. Peralatan Tuaian adalah seperti berikut:- Pakaian yg bersih Sarung Tangan dan penutup mulut Pum Penyedut Tong Madu Alat Penapis Log yang hendak dituai perlulah direkodkan serta jangkamasa tuaian sebelum ini. Kami cadangkan jarak antara tuaian adalah minimum 4 minggu bagi membolehkan kelulut membaiki struktur sarang yang rosak disebabkan tuaian sebelum ini serta bagi memastikan madu matang dalam pot. Apakah risikonya sekiranya kekerapan tuaian di kurangkan? pada pendapat saya, koloni akan stress kerana melakukan kerja lebih masa