Posts

Kebun Durian

Image
Hujung minggu ini aku berkesempatan untuk memesin rumput di Kebun Durian Ayah Mertua yang berkeluasan 2 ekar di Beserah. Selama dua hari memotong rumput mengunakan mesin potong rumput Takana yang baru dibeli dalam bulan Disember tahun lalu. Hari pertama menggunakan mesin potong rumput yang baru aku terasa agak kekok. Maklum ler inilah kali pertama menggunakan mesin yang baru dibeli. Aku main belasah ajer. Cuba untuk membiasakan diri dengan mesin tersebut. Mesin yang aku beli dengan harga RM450 seunit, tidaklah terasa berat. Agak ringan dan mudah digunakan. Menurut taukeh kedai yang aku beli, ianya mesin yang simple dan ringan. Ternyata dakwaan taukeh kedai tur memang benar. Mesin Tanaka memerlukan minyak 2T untuk membantu pembakaran minyak dengan kadaran 20 liter minyak dengan 450ml 2T. Kalau minyak 2T terlebih, kadar pembakaran minyak dalam kebuk akan menjadi tidak efisen dan karbon yan tidak terbakar akan dikeluarkan di ekzos spt minyak hitam. Kalau ini terjadi, minyak kena tamba

Arowana @ Kelisa

Image
Cuaca masih tidak menentu sekarang. Hujan turun mencurah-curah memandakan musim banjir akan bakal melanda Pantai Timur. Kelantan & Terengganu sudah mula dilanda banjir dan Pahang masih bertahan setakat ini. Esok 3hb Jan 2011, merupakan hari pertama persekolahan. Ia juga menandakan genap 3 tahun Arwah Ibu mertuaku meninggalkan kami. Hari ini ke sekolah anak untuk membayar yuran pendaftaran dan membeli buku latihan. Seminggu bercuti, tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan kerana hujan, hujan & more hujan. Aku terbaca iklan mengenai penternakan ikan kelisa yang dijalankan oleh Oversea Delight SB (ODSB) melalui laman sesawang www.arowana2u.com. Puas aku selidiki semua info mengenai ODSB dan konsep penternakannya yang ditawarkan. Aku ada mendaftar dalam laman ini tetapi sehingga kini masih tiada maklumbalas daripada syarikat. Mungkin busy kot nak sambut tahun baru. Aku cuma nak tahu mengenai pakej yang ditawarkan dan masih ada kolam yang masih kosong.  Antara pakej yang aku ber

Lawatan Rakan Kongsi

Pada hari Jumaat yang lepas aku dan Nizam pergi ke tapak projek cili fertigasi yang dilaksanakan oleh Kooperasi Agro Jaya Pahang di Kampung Pandan Kuantan. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran penuh projek cili fertigasi yang akan kami laksanakan sekiranya mendapat persetujuan dan sumber kewangan yang mencukupi. Ia juga bertujuan untuk membantu kami membuat anggaran bilangan pokok yang patut kami tanam sebagai permulaan bagi proses pembelajaran. Kami menganggarkan antara 500 hingga 1000 pokok akan ditanam sebagai permulaan. kajian kami juga mendapati bahawa dengan teknik dan tektik yang betul, projek ini boleh dilaksanakan dengan mudah dan cepat. Jangkaan pada bulan ke-3, pokok cili yang ditanam sudah mula matang dan boleh dituai walaupun dengan kadar tuaian yang sedikit kerana pokok belum matang.  Pokok dijangka matang pada bulan ke-4 dan seterusnya sehinggalah pokok sudah tidak lagi produktif. Menurut penyelia tapak, pokok cili padi ini boleh bertahan sehingga 12-16 b

Cili Fertigasi - Kooperasi Agro Jaya

Image
Ari Ahad sempat gaks aku cilok lawat ke kebun Koperasi. Adik aku turun daripada KL untuk amik stock cili untuk dijadikan sampel kepada contact di Pasar Borong. Aku amik 5 kilo dengan harga ladang RM10.00 sekilo.   Pokok Berumur 2 Bulan  Pokok Berumur 3 Bulan - sudah boleh dituai  Anak benih  Anak Pokok berumur sebulan Hasil Cili

Fertegasi

Ari ini aku melawat tapak projek cili fertegasi yang dilaksanakan oleh kawan daripada Koperasi Agro Jaya Pahang Berhad di Kampung Pandan. Sampai di sana aku disambut oleh En Latif yg merupakan penyelia di Tapak Projek . Tapak projek berkeluasan 12 ekar tetapi hanya kira2 4 ekar telah digunakan untuk penanaman cili fertegasi. Terdapat sekitar 7 ribu pokok cili telah ditanam melalui dua fasa. Fasa pertama, pokok sudah sedia di tuai pada awal bulan oktober. fasa kedua melibatkan 1300 pokok akan dituai dalam masa 2 bulan. Dijangkan kira2 18tan cili padi akan dituai sehingga abis musim. aku dalam proses pembelajaran bagi memulakan projek aku sendiri. Masa hanya tuhan sahaja tahu bila aku sudah berani nak memulakanya. Aku ada snap beberapa gambo dan akan aku upload dalam blog ini sedikit masa lagi... ari ne x berape berkesempatan sebab perut agak kekenyangan kerana menghadiri Jamuan Raya. Gambo yang aku snap adalah spt gambar anak pokok semaian, pokok matang, sistem paip, etc.

Buku : Kolonel Jihad - Antara Mitos dan realiti

Sudah lama nak mencoretkan mengenai buku ini tetapi tidak mempunyai kesempatan. Sepanjang bulan Ramadhan ini terlalu banyak kerja2 pejabat yang perlu diberikan perhatian. Hari ini merupakan hari ketiga akhir di bulan Ramadhan. Ini bermakna tinggal esok sahaja aku berkerja kerana pada hari Khamis akan bercuti sehingga 20hb Sept. bercuti panjang gamaknya. So, selamat menyambut hari lebaran yang bakal menjelma. Mohon ampun dan maaf sekiranya coretan di blog ini bisa melukakan sesiapa sahaja. Kolonel Jihad tulisan Abdul Manaf Bin Kasmuri dan diterbitkan oleh Nur Ilham Publication. Beliau merupakan seorang Pegawai Atasan ATM berpangkat Leftenen Kolonel yang telah bertugas sebagai anggota pengaman PBB di Bosnia. Pengalaman beberapa tahun di Bosnia menyebabkan beliau bersara awal dan terlibat dengan kerja-kerja sukarela di kawasan konfik. Keseriusan beliau dengan kerja-kerja sukarela telah membawa beliau sekali lagi ke negara ISLAM bergolak Bosnia sekali lagi. Kehadiran kali kedua beliau

Merdeka! Malaysia

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53 tahun. Sudah separuh abad umur Malaysia dan sepatutnya sudah semakin matang. Tetapi hakikatnya kita masih tercari-cari formula untuk memastikan hubungan antara kaum tetap stabil seperti sebelum ini. Malam 31hb aku dan family dalalam perjalanan balik daripada KL ke Kuantan. Singgah sebentar pekena Satey Kajang Hj Kasmuri di Gombak sebelum meneruskan perjalan pulang. Aku sebenarnya tidak perasan malam tersebut adalah malam 31hb sehinggalah aku berhenti sebentar di R&R Temerloh kerana rasa mengantuk yang semakin menggila. Bila sampai di R&R, aku terdengar bunyi mercun yang dilepaskan oleh kakitangan R&R dan baru ler aku teringat tentang malam istemewa ini. Kepada rakan2 sekalian, selamat menyambut hari kemerdekaan diucapkan. Dan yang teramat penting sekali, Ramadhan sudah menghampir 2/3 bulan. Kita sudah masuk 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Semoga diberikan kelapangan oleh Allah supaya dapat memperbanyakan ibadah di hari-