Kebun Durian



  1. Hujung minggu ini aku berkesempatan untuk memesin rumput di Kebun Durian Ayah Mertua yang berkeluasan 2 ekar di Beserah. Selama dua hari memotong rumput mengunakan mesin potong rumput Takana yang baru dibeli dalam bulan Disember tahun lalu.
  2. Hari pertama menggunakan mesin potong rumput yang baru aku terasa agak kekok. Maklum ler inilah kali pertama menggunakan mesin yang baru dibeli. Aku main belasah ajer. Cuba untuk membiasakan diri dengan mesin tersebut. Mesin yang aku beli dengan harga RM450 seunit, tidaklah terasa berat. Agak ringan dan mudah digunakan. Menurut taukeh kedai yang aku beli, ianya mesin yang simple dan ringan. Ternyata dakwaan taukeh kedai tur memang benar.
  3. Mesin Tanaka memerlukan minyak 2T untuk membantu pembakaran minyak dengan kadaran 20 liter minyak dengan 450ml 2T. Kalau minyak 2T terlebih, kadar pembakaran minyak dalam kebuk akan menjadi tidak efisen dan karbon yan tidak terbakar akan dikeluarkan di ekzos spt minyak hitam. Kalau ini terjadi, minyak kena tambah atau kurangkan minyak 2T.
  4. Dalam 2 hari memotong rumput, dapat ler aku cover setengah ekar. itupun hanya 4 jam sehari aje. so kalau nak habiskan baki 1.5 ekar tur, kenalah aku spend lagi 3 hujung minggu motong. Rasanya baki yang kat atas bukit tur aku belasah dengan racun ajer ler sebab rumput baru dan bukannya anak pokok.

Comments

Popular posts from this blog

Cara Permohonan Tanah

Proses Tuaian Madu

Kandungan dan Khasiat Beebread Kelulut